Warghhh.. Hari nih penuh kecelakaan.. Aku takkan lupa tanggal 27 april.. Hari penuh masalah bermula dari pagi membawa ke petang.. Macam macam hal.. Rasa macam nak mengamuk pun ada.. Dah le badan lesu pasal demam belum kebah.. Ditambah plak masalah bertimpa timpa, memang menensenkan.. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga dihempap pokok lepas tu terhantuk kat jalan..
Bangun pagi, terus samba henpon.. Haaaa.. Hambik ko.. Subuh dah nak habis.. Apalagi, subuh gajah le jawabnye.. Rasanya dah set alarm dah, tah pehal tak berbunyi.. Tak puas hati punya pasal, aku godek-godek henpon.. Rupa-rupanya aku sudah set alarm ke 6 petang, bukan 6 pagi.. Satu hal laa.. Boleh sabau lagi..
Keluar rumah, nak panaskan engin moto.. Aku pun tendang la starter kaki tuh.. Tendang sekali, terus hidup.. Tapi bunyi moto sangat le pelik.. Biasanya mengaum, tapi hari nih bunyi moto mcm lemau je.. Tak lama lepas tu, engine mati.. Tendang sekali lagi, hidup tapi lepas tu mati balik.. Dalam kepala hotak aku, engine moto sebu le tuh.. Orite le, aku tak kesah sangat.. Bukan masalah besar pun.. Last sekali, aku tarik chok then tendang.. Haa, kali nih oke, engine hidup.. Tapi bunyi moto masih dalam kepelikan.. Dengan sopannya aku pun goyang-goyangkan moto.. Masa goyang tuh baru aku terpikir, enjin boleh jadi sebu sebab air.. dan malam tadi hujan.. Makanya, inferens awal aku ialah ''Air masuk dalam le tuh''.. Tape le, masih boleh terima lagi.. Time aku prulas throttle, aku nampak ada titisan air keluar daripada ekzos.. Makanya, aku anggap teori aku memang betul.. Cara nak setel, aku pun panaskan engine dalam 15 minit.. Nanti dah panas, hilang le sebu engine tu..
Then aku pun jalan laaa.. Masalah dipagi hari pun berakhir.. Aku skip terus pegi ke petang hari okeh.. Masa petang, dalam kol 5.30, akak aku call mak.. cakap keta dia takley start.. Mak pun call encik abah dan yang pastinya encik abah suruh aku g amik akak aku.. Hosh.. Dalam hujan lebat, nak ngamik naik moto..?? Bia bonar.. Tambah plak jem dan jalan licin, adakah aku wajar membantah..?? Okeh, aku bantah.. tapi aku cakap elok-elok laa.. Bukannya membentak macam orang gila.. Pikir punya pikir, bapak aku bikin la plan, dia cakap tinggal keta kat situ kejap.. Lepas tu karang malam sikit, aku pegi tgk keta tu hapa masalahnya.. Orite le, mudah je tuh.. Aku pun dengan penuh kasih sayang suruh le mak aku ngamik akak aku naik keta dia.. nasib baik mak nak ngamik..Kalau idak, nasib le akak ooii.. Adikmu ini taknak amik port.. HAHAHA..
Dalam kol lapan, aku rembat keta mak aku nak g nengok keta akak aku tuh.. Hapa masalahnya..engine rosak ke.. tayar tercabut ke.. Gerabox tertanggal ke.. Maka sebagai langkah keselamatan, aku pun bawak la member mekenik aku.. Nasib baik beliau free harini.. Andai kat dia nak dating, memang masalah lee.. Aku bukan taw sangat pasal keta nih.. Kalau pasal moto bole le aku godek-godekkan..Pendek cite, aku pun mara bahaya la ke keta akak aku tuh.. Sampai kat keta, aku tekan le alarm.. wow.. takde bunyi weh.. Dalam kepala aku dah suspek ada masalah nih.. Bukak je lock keta, aku terus cuba start keta.. kecececekkk... kececekk.. (*bunyi engine time aku pulas kunci).. Tapi hidup tak jugak.. Bunyik je lebih.. Uhh.. Apakah yang terjadi..?? Cubala teka.. cuba laa.. HAHAHA..
Nak taw hapa masalahnya..?? Masalahnya ialah BATERI KONG.. Macam mana aku taw bateri kong..?? Sebab bila aku masukkan kunci, takde bunyi ''bib''.. Then aku terperasan batang pulas lampu kat stereng tuh tak bertutup.. Maka aku pun buat la konklusi bateri kong.. Masalah satu dah setel.. Masalah kedua plak.. Jumper.. Mana nak rembat..?? Puas melilau tanya orang kat situ.. Kalau ada jumper, tak le masalah sgt.. Aku jump kan aje, kompom keta start.. Pikir punya pikir, member aku kasi idea.. Swap je bateri keta tuh.. Bateri keta MyVi masuk bateri keta Kenari.. Setel..
Cadangan tuh agak style la jugak.. Tapi sikit menensenkan memandangkan aku kene bukak bateri dari kedua bijik keta.. Kan namanya menyusahkan.. Tape lee.. Alang-alang, buat je laa.. Aku start enjin keta Kenari then aku terus cabut bateri keta kenari tuh.. Lepas tuh aku sumbat masuk bateri kereta kenari kedalam keta MyVi.. Bateri keta MyVi pulak aku sumbat dalam keta kenari yang dah hidup tuh.. Jadi takde le masalah..
Aku yakin anda akan soal:
Adakah keta kenari yang telah dihidupkan enjinnya, boleh dibuka baterinya tanpa menyebabkan engin keta kenari yang telah sedia hidup tu mati..??
Jawapan aku BOLEH.. Hanya orang yang tak paham kereta je kata tak boleh.. Kereta masih boleh hidup dengan bateri ditanggalkan.. Bateri berfungsi untuk mengenakan charge eletrik kepala plug untuk hidupkan engine.. Bila engine dah hidup takde le masalah lagi.. Kalau anda ada masalah bateri keta kong, dan dalam masa sama anda takde jumper.. anda boleh cuba cara nih.. Apa yang penting, anda perlukan sebijik keta lain (yang sama jenis baterinya).. Anda amik bateri keta tuh, then sumbat dalam keta anda.. Syaratnya, anda perlu hidupkan kereta tuh terlebih dahulu sebelum bateri dicabut.. Kalau tak hidupkan engine sebelum bateri dicabut, anda akan digelar PLAWOK terhebat abad ini.. Aku nak gtaw anda, engine yang tengah hidup tuh akan recharge balik bateri anda yang dah kong tuh.... Jadi anda jangan takut atau panik.. Dan jangan membazir duit beli jumper.. Orite..
Makanya dipendekkan cerita, kedua bijik keta pun hidup le.. Masalah kedua setel.. Aku bawak keta Kenari dan member aku bawak keta MyVi.. Masalah ketiga plak enter frame.. Masalah tuh dinamakan KESESAKAN JALANRAYA.. Anda pun taw le, kalau dah sebut SERI KEMBANGAN, kompom le jem ialah satu rutin kehidupan disitu.. Makanya, sekali lagi aku rasa nak mengamuk..Dapat plak ada pakcik teksi tunjuk hebat nak main cilok-cilok dari tepi.. Nak potong Q la kononnya.. Heh, silap haribulan, jangan harap aku kasi.. Dah la signal tak kasi.. Suka suka nenek dia je nak buat macam tuh.. Hapa..?? Dia punya roadtax harga sejuta..?? Yang pasti orang tua bawak teksi tuh usha aku dengan panas sekali.. Aku pun usha la dia sekali.. Nak takut hapa.. Dia ingat dia sorg je gangster.. Dah kompom belakang aku nih ada member follow naik MyVi.... Dapat plak member aku nih dulunya kaki gaduh.. Takde le masalah sgt.. (*sila jangan salah anggap.. Aku bukan kaki gaduh yep. Aku baik weh.. ^.^).. Err.. Kalau anda ada masalah ngan orang yang suka potong Q nih, sila lawan.. Yang penting anda kene berani.. Jangan kasi peluang.. Orang mcm nih memang tak reti bahasa.. Kadang kadang, orang biadap, perlu diajar cara biadap jugak.. Bersabar pun ada batasnya.. Tapi kalau anda jenis yang agak slow, sila jangan buat hal.. Harap maklum.. =.=''
Satu hal dah setel.. Sampai kat jalan yang agak lengang.. Aku pun cuba la memecut Keta Kenari tuh.. Kononnya nak sampai cepat.. Sampai ke 80km/j, enjine keta seakan mengaum.. Wah.. Ini sudah lebih.. Masalah lagi nih.. Aku try main clutch, heh, dan dengan bangganya aku mengesahkan, clutch plate dah terbakar atau dari segi saintifiknya, clutch plate dah jahanam.. Macam mana aku taw..?? Bila kereta agak ''berat'' nak pergi walaupun anda main clutch, itu tandanya ada masalah dengan clutch plate anda.. Yang keduanya, kadang-kadang anda masuk gear tak betul... Siap ada bunyi ''krekkkkkk''.. Bunyi seakan engine tercabut.. Bila anda memandu keta manual, anda tak payah sangsi pasal daya kilas atau bahasa pasarnya, ''pikap'' kereta tuh.. Pikap kete manual sangat powerful.. Tapi bila pikap kereta seakan menurun, sila la paham paham.. Anda perlu spent sikit duit untuk keta anda.. Dan satu lagi cara nak kenalpasti masalah clutch nih ialah dari kelajuan keta.. Macam mana..?? Kereta anda tak boleh bawak lebih 100km/j (plus minus)., kalau anda cuba melepasi kelajuan tu, anda akan perasan engine anda seakan mengaum dan yang pasti ngauman dia sangat berbeza dari kebiasaanya..Macam harimau mati bini le ngaumannye.. Senang cite, jika anda benar benar paham keta anda, anda akan nampak perbezaan yang aku maksudkan tuh..
Malas nak berceloteh banyak banyak.. Nak taknak, aku terpaksa la bawak slow-slow.. Akhrinya sampai le ke rumah bonda.. Hari yang penuh masalah pun berakhir didepan PC dan aku taipkan untuk anda baca.. Sebelum aku tutup blog nih, aku nak ingatkan anda,
- jangan biarkan air masuk dalam ekzos moto.. Ekzos aku agak ''mencucuk bulan''.. Maybe tu kot antara sebabnya air hujan dengan mudahnya masuk dalam ekzos aku.. Kalau anda tak pernah ada masalah gini, sila abaikan.. Ingatan ni khusus kepada pemilik moto 2 stroke macam 125zr atau RXZ atau Yamaha CDI atau Suzuki RC100 atau yang seangkatan dengannya.. ^^
- Kalau keta anda tak bole hidup, sila jangan panik.. Sila cuba trace apa masalah keta anda.. Masalah biasa ialah bateri.. Bila bateri kong, keta akan tunjuk simptom mcm yang aku tulis kat atas tuh.. Kalau ada jumper, sila jump-kan dengan keta lain.. Atau anda call member anda bawak keta yang sama jenis baterinya.. Pastu tukarkan aje diantara keduanya.. Caranya..?? Sila rujuk tulisan diatas..
- Bila anda memandu, sila utamakan keselamatan dan yang lebih penting sila bersopan.. Bila anda berkurang ajar, anda perlu ingat, ada orang yang lagi kurang ajar dari anda.. Silap-silap anda kene lepuk sat lagi.. Bersopan adalah lebih baik kerana sabar setiap manusia ada batasnya.. ^^
- Bila anda memandu kereta manual, masa tengah jalan tuh, sila alihkan kaki kiri anda daripada pedal klac tuh.. Jangan letak kaki anda diatas pedal klac kerana jika anda letak kaki anda diatas pedal klac, anda akan beli tekanan kepada clutch plate.. Tekanan tu akan menyebabkan klac sentiasa bergesel dan mengurangkan tempoh hayatnya.. Sila hanya usik pedal klac tuh jika keadaan memerlukan.. Orite..??
Sekian terima kasih.. ^^