Game Malaysia Vs Selangor
-Sekadar luahan perasaan.. Tak suka entry ni, anda boleh kritik, tapi segala makian dan kritikan yang disifatkan sebagai tidak matang, tak akan dilayan sama sekali malah mungkin akan di'delete-
-Kritik la secara matang-
-Sekadar luahan perasaan.. Tak suka entry ni, anda boleh kritik, tapi segala makian dan kritikan yang disifatkan sebagai tidak matang, tak akan dilayan sama sekali malah mungkin akan di'delete-
-Kritik la secara matang-
Posted by Ayie 16 Drop Your Comment
Labels: Serius
Amaran: Entry nih menggunakan bahasa yang sedikit kesat.. Jika anda tak mampu menerima bahasa gini, dicadangkan agar anda tak meneruskan sesi pembacaan.. -Admin @ Kudin @ Ayie @ Brad pitt.
*Erk, Brad Pitt..?? hahaha ^.^
Tuhan beri manusia dan haiwan sebijik otak.. Tapi yang membezakan antara manusia dan haiwan tuh ialah akal dia.. Hidup dengan otak adalah berbeza dengan hidup menggunakan akal..
Our live is so brief.. That is the reason why we should find the meaning of our life.. There is two kind of living, live for nothing or live for everything.. Just mirror on ur soul..
Posted by Ayie 40 Drop Your Comment
p/s: sikap cuba melaga lagakan antara bangsa dan agama adalah tak boleh diterima.. Kepada SKMM, sila jangan jadi kayu api.. Mintak tolong kerjakan sikit ''makcik'' si batu api tuh okeh.. Adios..
Sila baca dengan minda terbuka.. Tiada niat teman nak bakar ''tong gas''.. tapi sekadar ingatan kita bersama.. Semoga allah memberkati kita.. Insyaallah..
Posted by Ayie 4 Drop Your Comment
JOHOR BAHRU: Bukan sekadar memikat dan melarikan isteri seorang pemandu lori yang hamil tiga bulan, seorang pelajar ‘Awang Hitam’ didakwa berlagak sebagai suami wanita berkenaan sejak setahun lalu dan tinggal sebumbung meski pun mereka berdua tiada sebarang ikatan sah. Lebih membimbangkan, penuntut Afrika di kolej swasta di Selangor dipercayai bukan Muslim dan sekiranya mereka bersekedudukan ia dikhuatiri menyimpang akidah wanita dan bayi yang dijangka lahir Disember lalu. Tidak cukup dengan kejayaan melarikan wanita itu, Awang Hitam berkenaan dengan berani menghantar SMS kepada suami wanita itu mengugut mahu mengambil tindakan sekiranya masih mengganggu keluarganya. Selain itu, Awang Hitam terbabit mendakwa suami wanita itu pernah merogol dan memukul wanita berkenaan, sebelum mengakui wanita itu kini isterinya.
Posted by Ayie 15 Drop Your Comment
Labels: Serius
TELUK INTAN – Sepasang suami isteri ibarat cacing kepanasan selepas menyedari mereka dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penipuan mengenai penawaran projek dan tender yang tidak wujud di sekitar Perak dengan nilai keseluruhan RM6.3 juta sejak sebulan lalu. Song Siew Weng, 49, yang mempunyai ketinggian 1.73 meter dan berbadan gempal manakala isterinya, Chong Heoy Choo, 50, pula berbadan gemuk serta memiliki ketinggian 1.60 meter dicari selepas menghilangkan diri beberapa hari lalu. Kebanyakan mangsa terpedaya dengan pasangan tersebut ekoran lakonan mantap kaki tipu itu yang sering membuat temu janji di restoran mewah dan menaiki kereta mahal. Selain itu, pasangan tersebut turut memberi derma mencecah ribuan ringgit di rumah-rumah ibadat dan pusat pendidikan untuk mengaburi mata orang ramai. Difahamkan, pasangan dari Taman Perkasa di sini itu telah memperdaya lima pelabur dengan nilai kerugian terbesar bernilai RM767,464.
Posted by Ayie 21 Drop Your Comment
Labels: Serius
Setegheit to de point.. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, aku tulis satu entry yang ''agak berat'' untuk dibaca.. jadi, kalau anda nak baca, dialu-alukan.. Kalau anda tak minat, aku tak paksa anda baca sebab entry nih mungkin menyebabkan anda pening kepala atau konfius.. hehe..
Aku berdebat dengan rakan aku pasal rangking Universiti dunia.. Debatan tuh menyebabkan wujud satu perdebatan yang tak bertajuk.. Tapi point dia ialah ''Popular berdasarkan rangking dan Popular berdasarkan Kualiti''.. Sampai la satu ayat tuh dia tulis dan aku dah salah faham dengan ayat yang dia tulis. Hal sebenarnya, dia cuba memaksudkan bahawa dia menyokong pendapat ''kualiti lebih penting daripada populariti''.. Tetapi tulisan dia menyebabkan aku tersalah faham.. Aku beranggapan bahawa dia menyokong ''populariti lebih penting daripada kualiti''..
Berdasarkan ayat diatas, apa yang anda faham..??A- ''Popular dengan kualiti'' tak ada maknanya..B- ''Popular'' tiada makna kalau ''kualiti'' tak adaC- Tiada jawapan
atau sekurang-kurangnya, letak satu koma untuk memisahkan ayat.. dan jangan lupa tanda soal..
Anda dibenarkan untuk membayangkan aku sedang berperang komen di FB, dan last sekali aku malu bila aku sedar yang aku dah salah faham pada komen beliau.. Kira mcm aku serang orang yang sebenarnya datang nak backup aku.. Arghhhhh.. Malu gle weh.. Segan... Apehal la aku ni sengal-sengal ubi..?? Uhh tidak.. Genetik sapo la nih.. HAHAHA.. -Awas, jangan salahkan ibu mengandung..!!
Usop wilcha pun taw kome.. kome.. kome...
dan fullstop.. HAHAHAHA
Posted by Ayie 35 Drop Your Comment
Labels: Serius
ADELAIDE: Seorang wanita Australia yang berhasrat membakar bahagian sulit suaminya tetapi tidak sengaja menyebabkan lelaki itu menemui ajal, dibebaskan daripada tuduhan membunuh selepas hakim memutuskan perbuatannya akibat daripada penderaan yang dialami sejak berdekad. Rajini Narayan, 46, membakar suaminya, Satish Narayan, pada 8 Disember 2008 selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit.
Posted by Ayie 17 Drop Your Comment
Labels: Serius
BROKDORF, Jerman - Seorang remaja berusia 20 tahun hilang kawalan menyebabkan kereta sport bapanya yang berharga £275,000 (RM1.35 juta) remuk akibat terbabas di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Namun, remaja tersebut dan seorang penumpang wanita berumur 19 tahun hanya mengalami cedera ringan selepas kereta sport Gumpert Apollo itu terbabas baru-baru ini. Seorang jurucakap polis berkata: "Kereta itu remuk sepenuhnya dan hanya bahagian penumpang yang masih berada dalam keadaan baik." Pihak berkuasa kini melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada remaja itu memandu dengan laju di kawasan yang mempunyai had kelajuan 80 kilometer sejam. Kereta sport itu merupakan salah sebuah kereta yang paling laju di dunia. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 2.8 saat. - Agensi
Posted by Ayie 2 Drop Your Comment
Labels: Serius
KUALA TERENGGANU - Gara-gara bergaduh siapa patut jaga seekor kura-kura, seorang anggota polis dan adiknya cedera dalam kejadian berhampiran sebuah pasar raya di Permaisuri, Setiu di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 7.30 malam itu dikatakan berlaku apabila adik anggota polis berusia 22 tahun itu hendak menyerahkan seekor kura-kura kepada seorang gadis yang ditemui di hadapan pasar raya berkenaan. Sebaik sahaja kura-kura itu diserahkan kepada gadis terbabit, dua lelaki dipercayai rakan kepada adik anggota polis tersebut datang dan mengajak mangsa pergi ke belakang pasar raya tersebut. Kedua-dua lelaki itu kemudian bertindak menumbuk mangsa kerana tidak puas hati kura-kura itu diserahkan kepada gadis berkenaan.
Posted by Ayie 17 Drop Your Comment
Labels: Serius
KOTA TINGGI: Kehilangan buah sawit di Felda Aping Barat serta kawasan berhampiran terjawab berikutan penahanan dua lelaki di Batu 2, Kampung Bukit Samsu di sini, semalam, selepas pemeriksaan mendapati mereka menyumbat 25 tandan komoditi curi itu di dalam kereta Proton Wira. Dalam kejadian jam 2 petang semalam, kelapa sawit berkenaan ditemui disumbat di dalam but serta tempat duduk belakang Wira terbabit. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata kakitangan pusat pengumpulan buah sawit Felda berkenaan ternampak kedua-dua suspek berusia 20-an memunggah sawit ke dalam kereta. “Mereka menghubungi Balai Polis Mawai memaklumkan kejadian itu. Polis mengekori kereta terbabit dan setiba di Batu 2, suspek diarah berhenti oleh Ketua Balai Polis Mawai, Sarjan Ibrahim Mamat yang mengetuai operasi.
Posted by Ayie 6 Drop Your Comment
Labels: Serius
KUALA LUMPUR 12 April – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dianugerah Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax di Copenhagen, Denmark baru-baru ini. KLIA juga mengekalkan kedudukan antara 10 lapangan terbang terkemuka dunia dengan menduduki tempat kesembilan, pada majlis yang sama. Malaysia Airport Holdings Bhd, operator KLIA, dalam satu kenyataan menyebut kemenangan itu mencerminkan tahap perkhidmatan tinggi anggota imigresen di lapangan terbang berkenaan. "Berdasarkan maklum balas yang diterima, ia bukan sahaja dari segi kecekapan keseluruhan perkhidmatan, malah kualiti dan budi bahasa anggota individu,” katanya.
Posted by Ayie 4 Drop Your Comment
Labels: Serius
SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi.Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Posted by Ayie 8 Drop Your Comment
Labels: Serius
KUALA LUMPUR - Dua gadis mendakwa mereka kini berdepan maut apabila seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan lalu. Akibatnya, kedua-dua sahabat karib itu kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Lebih menakutkan, walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau. Mereka juga sudah menghabiskan wang kira-kira RM50,000 untuk menjalani rawatan tersebut.
Posted by Ayie 29 Drop Your Comment
Labels: Serius
MERSING 10 April – Hajat dua anggota tentera untuk menangkap ikan di Pantai Sekakap di sini, terbantut apabila mereka menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan rentung pagi ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota tentera terbabit kira-kira pukul 10.30 pagi memaklumkan penemuan mayat tersebut. Menurutnya, mayat itu ditemui ketika kedua-dua anggota tentera itu mencari kayu untuk memasang jaring ikan di belukar pantai berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Jalan Mersing-Sekakap.
Posted by Ayie 6 Drop Your Comment
KUALA LUMPUR: Dua bot nelayan tempatan ditahan dipercayai oleh agensi penguatkuasaan Indonesia di perairan negara kira-kira 45 batu nautika dari Barat Daya, Pulau Pinang dan 25 batu nautika dari perairan antarabangsa Malaysia-Indonesia, semalam. Menurut sumber Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM), dua bot berkenaan dari Hutan Melintang, Perak dipaksa masuk ke sempadan perairan negara berkenaan, walaupun cuba dihalang pihak berkuasa negara ini.
Menurut satu kenyataan yaang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar empat helikopter dan dua buah kapal peronda ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat. "Dua helikopter yang terlibat ialah jenis AW139 dari APMM, manakala dua helikopter jenis Super Lynx dan Fennec dari TLDM."APMM telah menghubungi bot Indonesia melalui radio bagaimanapun tiada maklum balas yang menyebabkan satu arahan menggunakan pembesar suara dibuat agar kedua-dua bot tersebut dilepaskan," kata kenyataan itu.Bagaimanapun, usaha untuk membebaskan semula krew kedua-dua bot tempatan itu tidak berjaya kerana krew bot pihak berkuasa Indonesia itu mengacukan pistol ke arah helikopter APMM.
Posted by Ayie 4 Drop Your Comment
Labels: Serius
TELUK KEMANG 8 April – Polis kini masih memburu baki 17 daripada 109 pendatang tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Tahanan Lenggeng, dekat sini, Isnin lalu. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, sehingga hari ini, seramai 92 PATI telah berjaya ditahan semula.
``Kita sedang menggiatkan usaha memburu 17 lagi tahanan yang masih bebas ini dan kita yakin semua mereka akan dapat ditahan berikutan keadaan mereka yang tidak mempunyai wang dan makanan. “Kita percaya saki-baki tahanan ini masih berada di sekitar kawasan Lenggeng ini dan kita akan meneruskan operasi memburu bagi mengelakkan mereka pergi ke kawasan bandar,'' katanya selepas menghadiri Seminar Pencegahan Jenayah Zon Selatan, di Port Dickson di sini hari ini.
Posted by Ayie 4 Drop Your Comment
Labels: Serius
KANGAR 8 April - Kedah menumpaskan Perlis 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Utama di sini malam ini. Kedah memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-29 yang disempurnakan oleh Baddrol Bakhtiar. Pengadil Shamsuddin Ibrahim memberi penalti selepas penjaga gol Perlis, Mohd Amirul Rosli menjatuhkan penyerang Kedah, Mohd Khywil Muhymeen dalam kotak penalti pada minit ke-28.
Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan agresif sehingga pengadil terpaksa melayang tiga kad kuning kepada pemain Kedah dan dua kepada pemain Perlis. Kejayaan itu membolehkan Kedah menduduki tangga kelima dalam carta liga dengan mengumpul 15 mata dalam 10 perlawanan manakala Perlis tercorot dalam kedudukan liga dengan tiga mata. - Bernama
Posted by Ayie 2 Drop Your Comment
Labels: Serius
KUALA TERENGGANU: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lain semata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam. Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad, 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.
Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu. “Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).
“Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar,” katanya. Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan. Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.
Posted by Ayie 6 Drop Your Comment
Labels: Serius
Ada satu berita panas utk peminat Liverpool.. Sila la baca kalau minat.. Kalau tak minat pun, baca je laa.. kesian aku menulis letih2.. hahaha
KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), mengesahkan bintang bola keranjang NBA, LeBron James menjadi pemegang saham minoriti kelab itu selepas menandatangani perjanjian dengan pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG). FSG, menerusi divisyen Fenway Sports Management, berjaya mengikat perjanjian untuk bekerjasama dengan firma pemasaran sukan pemain Miami Heat itu, LRMR Branding & Marketing, untuk menjadi wakil eksklusif di seluruh dunia.
Sejauh mana minat James terhadap kelab itu bagaimanapun tidak didedahkan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LRMR, Maverick Carter turut menjadi pemegang saham minoriti.
James, yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik bersama Amerika Syarikat, mahu menggunakan perjanjian itu untuk memantapkan portfolionya di peringkat antarabangsa dan mengembangkan peluang komersilnya.
Posted by Ayie 6 Drop Your Comment
Labels: Serius
Penahanan seorang lelaki berusia 27 tahun bersama sepucuk pistol jenis Baretta dan sebilah parang di sebuah taman perumahan di Setapak, di sini, kelmarin, membuahkan hasil apabila dua lagi rakan subahatnya ditahan tidak lama kemudian. Dua lagi rakannya masing-masing berusia lewat 20-an ditahan di Serdang dan kumpulan itu dipercayai terbabit dalam beberapa kes pergaduhan di sekitar Lembah Klang.
(Sekadar gambar hias-hiasan)
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, polis menerima aduan daripada orang awam mengatakan akan berlaku satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di kawasan perumahan berkenaan. Menurut sumber polis, beberapa anggota kemudian dihantar ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan sebelum melakukan pemeriksaan terhadap individu yang mencurigakan di kawasan berkenaan.
Posted by Ayie 6 Drop Your Comment
Labels: Serius
© Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP