Saturday, April 9, 2011

Berita : : Kedah Menang

KANGAR 8 April - Kedah menumpaskan Perlis 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Utama di sini malam ini. Kedah memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-29 yang disempurnakan oleh Baddrol Bakhtiar. Pengadil Shamsuddin Ibrahim memberi penalti selepas penjaga gol Perlis, Mohd Amirul Rosli menjatuhkan penyerang Kedah, Mohd Khywil Muhymeen dalam kotak penalti pada minit ke-28.
Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan agresif sehingga pengadil terpaksa melayang tiga kad kuning kepada pemain Kedah dan dua kepada pemain Perlis. Kejayaan itu membolehkan Kedah menduduki tangga kelima dalam carta liga dengan mengumpul 15 mata dalam 10 perlawanan manakala Perlis tercorot dalam kedudukan liga dengan tiga mata. - Bernama
 Berita Selanjutnya: Utusan Melayu

*nih maksudnya hapa..?? Perlis tak power atau Kedah sememangnya power..?? Uhh.. Kompius.. hahaha

2 Drop Your Comment:

.::: Princess MOMOY :::. April 10, 2011 at 8:55 AM  

kedah memang power bro
tambah lagi kedah punya golkeeper yang encem. wahaha...
Japan Made Cafe a.k.a Cosplay Restaurant"
Dia kata saya cantik TAPI saya..."

Ayie April 10, 2011 at 6:09 PM  

Nih minat pasukan kedah sebab pasukan dia atau keeper dia..?? hahahaha.. kantoi disitu..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP