Thursday, April 7, 2011

Sembang : : Kalau Dah Fanatik..

Kalau dah fanatik.. Semua daripada sesuatu yang dia tak suka tuh ditolak bulat-bulat.. Malah ada yang tolak segitiga-segitiga.. Langsung tanak dengar pendapat atau penjelasan daripada sesuatu yang dia tak suka.. Senang cite, pendapat daripada sesuatu yang dia tak suka tu boleh la ditolak mentah mentah sebab pendapat atau penjelasan tuh bukan la  datang daripada kalangan apa yang dia suka..Pada dia, apa yang dia suka tuh, itu la yang terbaik.. Cakap la apa pun, haram tak jalan.. Bagi la segala mcm bukti.. Hampeh nak tunggu perubahan..

Kalau dah fanatik.. Semua selain dari apa yang dia suka tuh adalah tak betul.. Sekali pun apa yang dia suka tuh dah ternyata menyimpang.. Menyimpang dari track sebenar..  Wow.. Susah kalau hati dah legam nih.. Nak marah, dah besar panjang.. Nak maki, nanti kita dimaki balik.. Malah dapat free gift, dosa kering.. Sape yang rugi..?? Kita jugak..

Kalau dah fanatik..Mula la dengan penuh kebanggan menceritakan kebaikan sesuatu yang dia suka sebagaimana yang dah diceritakan kepada dia oleh sesuatu yang ketiga.. Kemudian, disambung cerita keburukan sesuatu yang dia tak suka sebagaimana yang diceritakan kepadanya oleh sesuatu yang ketiga..  Langsung tak malu beb.. Sampaikan kerana nak menghina, sanggup dikisahkan sesuatu yang cukup hina walaupun dia tak pasti kesahihan hal tuh.. Kerana sesuatu yang dia suka.. Sanggup dia tanggung dosa.. Cool kan...??

Kerana fanatik.. Sesuatu yang dah dikenal hati budi dari kecik pun boleh jadi lawan paling dibenci..  Kerana fanatik jugak sesuatu yang melahirkan dia pun sanggup diketepikan padahal itu la sesuatu yang sepatutnya dia lindung, itu la sesuatu yang patut dia utamakan dan sesuatu itu jugak yang banyak berkorban untuk dia.. Nak buat mcm mana.. Fanatik punya pasal..

Kerana fanatik.. Ada bukti sahih depan mata..Malah bukti bergerak-gerak... Siap kaler-ful.. Nak dia percaya..?? Dikatanya konspirasi.. Nak dia percaya..?? Dikatanya fitnah.. Nak dia percaya..?? Dikatanya berniat tak baik.. Nak dia percaya..?? Dikatakannya cubaan menyemai benih kebencian.. Padahal dia tak mampu terima hakikat walaupun bukti terpangpang depan mata.. Malah sanggup buat itu buat ini demi menidakkan bukti tuh.. Kerana apa..?? Kerana fanatik..

Kerana fanatik.. Sesuatu kebaikan daripada sesuatu yang baik tuh dibuang buta buta.. Hanya kerana sesuatu kebaikan tuh bukan datang daripada sesuatu yang dia suka.. Malah kalau nak diikutkan, kalau tak kerana kebaikan tuh, dia dah boleh mati kebuluran.. Tapi, dia apa peduli.. Janji apa yang dia suka tuh sentiasa bertahta di hati.. Maybe betul kata orang.. Sepuluh kebaikan belum tentu mampu menyaingi satu keburukan..

Kerana fanatik..Setakat bermaki-makian, hanya perkara biasa.. Malah sanggup bermaki-makian dengan bermati-matian demi sesuatu yang dia suka tuh..Satu je soalan aku.. Apa yang ko dapat dengan bermaki-makian..?? Dapat duit.. ?? Takk..!! Dapat da wau sin alip..?? Yee..!! Apa.. da wau sin alip..?? Apa tuh..?? Dosa...!! Owh.. Dosa..... (*sila baca dalam intonasi yang betul untuk meng'feeling part nih)

Kerana fanatik.. Sanggup dia melihat sesuatu yang sama pada hak-nya dengan diri dia, dihina dengan teruk.. Patutnya disebabkan sesuatu yang dihina tuh sama pada hak-nya dengan dirinya, maka seharusnya dia lindung.. Tapi adakah dia lindung sesuatu tuh..?? Takk.. Kenapa..?? Sebab penghinaan tuh adalah datang daripada  sesuatu yang dia suka.. Atau mungkin yang menghina tuh adalah sebahagian daripada yang dia suka..

Kerana fanatik.. Manusia jadi hipokrit..

12 Drop Your Comment:

adwafarahin April 7, 2011 at 6:02 PM  

manusia mmg begitu lah

Awie Omar April 7, 2011 at 6:59 PM  

rasa nak follow lak, anyway selamat berkenalan. keep bloging K!

dari :

http://notaekstravaganza.blogspot.com

Miecyber April 7, 2011 at 10:36 PM  

Bersederhana adalah ayang terbaik...

Maybank2u.com tingkatkan tahap keselamatan

Ayie April 7, 2011 at 10:45 PM  

adwa- kita tegur dia, kompom dia maki kita balik

Ayie April 7, 2011 at 10:47 PM  

awie- thanx bro.. Nanti aku folo ko bro.. Internet prob sekarang nih.. Hahaha

Ayie April 7, 2011 at 10:49 PM  

mie- setuju bro.. sederhana adalah terbaik..

faiz April 8, 2011 at 2:37 AM  

fanatik ni adikberadik kembar taksub...kalo xbtol cara bley sesat..

Kakzakie Purvit April 8, 2011 at 9:46 AM  

Kerana fanatik juga manusia sanggup berbunuh-bunuhan karier, saudara-mara malah bunuh diri. Na'uzubillah Himinzalik....

Lya Amie April 8, 2011 at 11:40 AM  

dasat nye mnusia kerana fanatik ! =.='

Ayie April 8, 2011 at 7:22 PM  

Faiz- betul tuh.. Silap masuk terus ke neraka.. Muaahahaha..

Ayie April 8, 2011 at 7:23 PM  

Kakzie- kerana fanatik jugak sanggup mengaku murtad.. wow.. dasat..

Ayie April 8, 2011 at 8:41 PM  

alia- taw tape.. memang dasat.. hahaha

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP