Wednesday, April 13, 2011

Berita : : Kalau dah namanya pencuri

KOTA TINGGI: Kehilangan buah sawit di Felda Aping Barat serta kawasan berhampiran terjawab berikutan penahanan dua lelaki di Batu 2, Kampung Bukit Samsu di sini, semalam, selepas pemeriksaan mendapati mereka menyumbat 25 tandan komoditi curi itu di dalam kereta Proton Wira. Dalam kejadian jam 2 petang semalam, kelapa sawit berkenaan ditemui disumbat di dalam but serta tempat duduk belakang Wira terbabit. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata kakitangan pusat pengumpulan buah sawit Felda berkenaan ternampak kedua-dua suspek berusia 20-an memunggah sawit ke dalam kereta. “Mereka menghubungi Balai Polis Mawai memaklumkan kejadian itu. Polis mengekori kereta terbabit dan setiba di Batu 2, suspek diarah berhenti oleh Ketua Balai Polis Mawai, Sarjan Ibrahim Mamat yang mengetuai operasi.
Berita Selanjutnya: Harian Metro

Kalau dah namanya pencuri, tak ada halangan langsung.. Nak mencuri punya pasal, kete pun boleh angkut 25 tandan kelapa sawit.. Pakai kete proton plak tuh.. Sekarang sape kata kete proton tak power..?? Kete proton boleh jadi lori weh.. Selambe je dia angkut 25 tandan kelapa sawit... Hebat kan..?.. Lepas nih kompom permintaan proton naik.. hahahaha *gurau gurau


6 Drop Your Comment:

Jack April 13, 2011 at 8:52 AM  

haha..hebat la mereka ni..duit pun pasal la ni..semua sanggup..kreatif pulak tu..haha

Ayie April 13, 2011 at 9:21 AM  

hahahaha.. taw tape bro.. kreatif tak bertempat..

Aisya J April 13, 2011 at 9:23 AM  

hahaha pandai betul dorg tu dalam bab bab mcm ni :p

Ayie April 13, 2011 at 9:45 AM  

itulah dinamakan keunikan.. HAHAHA..

adwafarahin April 13, 2011 at 10:59 AM  

bab2 mencuri mmg hebat!

Ayie April 13, 2011 at 10:28 PM  

hahahahaha.. manusia... duit punya pasal owh..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP