Sembang : : Harga emas mengamuk lagi..??
Perhatian kepada Cik Kiah, Makcik Tom, Nek Ros,... Nih teman nak habak mai.. Harga emas naik lagi..!!! Apa lagi.. poie le jual emas tuh.. Bole beli Proton Inspira.. Tanak ke..?? HAHAHA..
Proton Lotus Emas.. Sekadar Gambau Hiasan..
Teman dapat berita nih dari bro Sharinginfoz, beliau kasi taw harga emas naik lagi.. Makanya, sesape nak beli emas sekarang nih, sila la hold dulu.. Tengah panas tuh.. Sok lusa dah turun harga, baru le beli.. Tak la rugi sgt kan..?? Berapa harga emas sekarang..?? Kalau nk taw harga emas sekarang, sila kelik sini.. Orite..?? ^_^
Harga emas naik, tu berita baik untuk semua pemilik emas.. Kalau nak jual, time ni la patut anda lakukan.. Kaya weh.. Silap2 boleh kawin bini no 2.. Okeh, sila abaikan.. hahaha..
Berita nih menag sensasi le.. Kompom semua pemilik emas senyum sampei ke telinga.. Tapi suka teman nak ingatkan supaya berhati-hati.. Kenapa..?? Disebabkan harga emas dah naik, makanya kompom la emas yang berada dileher anda akan menarik minat abang tak kacak yang kerjanya meragut.. Jadi, sebagai langkah keselamatan, sila la jangan nak tayang sangat rantai emas anda tuh.. Terutama time berada dibandar.. Silap hari bulan, anda jadi mangsa ragut.. Kalau hanya emas yang diragut, takpe lagi.. Cuma teman risau le kalau nyawa anda sekali diragut bersama emas.. Haiz.. kan naya tuh.. Tak memasal anda tak boleh meraikan hari raya aidilfitri yang dijangka bulan 9 nih.. lagi berapa bulan je kan..??:D
Kalau anda nak pakai jugak, bole je, tapi pakai la dengan memadai.. Tak perlu le sampai 4 kati rantai anda gantung kat leher anda tuh.. Tu menunjuk-nunjuk namanya.. Kang kene ragut, baru padan muka.. Kalau anda memang jenis pakai rantai emas, sila berjalan jauh daripada jalanraya.. Maksud teman, berjalan dikakilima yang agak jauh dari jangkauan peragut.. Biasa kan peragut naik moto.. Kalau anda jalan jauh daripada jalanraya, kompom la si peragut akan menghadapi kesukaran.. Malah silap2 peragut tuh boleh terkantoi dan menjadi mangsa belasahan sahabat dan taulan..
Jangan lupa, sila berjalan melawan arah trafik.. Kalau anda nak berjalan ke selatan, anda berjalan la kat kaki lima yang trafiknya menghala ke utara.. Nanti senang anda nak trace kalau ada orang cuba ragut anda.. Bila anda dapat trace dia nak ragut anda, anda cepat-cepat la selamatkan diri.. Nampak tak kelebihan berjalan melawan arus nih.. ?? nampak kan..??
Tu je la kot cara yang bagus nak elak jadi mangsa ragut.. Ehh.. Lupaa.. Ada satu cara yang paling efektif nak mengelakkan diri daripada diragut.. Caranya ialah.. Jangan pakai rantai emsa atau sebagainya.. Simpan aje kat rumah.. sonang cite.. Kompom anda bebas dari menjadi sasaran peragut emas.. Mudah kan..?? ^_^
p/s: jangan biarkan hidup anda diselubungi........masalah...
36 Drop Your Comment:
sila kurangkan emas di badan... [tapi, kalo GIGI EMAS macam mana ek???] hahahahahaha
gigi emas tape.. orang tak bole beza antara gigi emas dan gigi kuning tak gosok gigi.. HAHAHA
perghhhhhhhh....
itu je aku mampu ucapkan..
sebab aku xde emas...ahahahha
tp selalunya org beli emas jongkong bkn brg kemas..
Betul tu kena berjaga2 sebab akan jadi buruan macam harga getah hari itu le, anyway thanks for the link
nyesal x beli emas awal2...
Pendek kata, nak pakai emas di badan janganlah sehingga macam 'christmas tree'. Dah hilang manisnya malah mengundang bahaya.
Harga emas naik, untunglah orang yang beli dinar mas selama ni.
Sebenarnya telah ada di dalam Al-Quran yg emas dan perak akan tetap menjadi buruan selagi belum kiamat. Oleh itu ia tergolong barang yg kena zakat.
Baik simpan emas dlm bank. Kalau kat rumah boleh kena rompak dan berisiko tinggi....
atok minat nak beli emas...tp tok tak tahu nak simpan mano...prosedur dia sumo
x minat pakai emas..cm owg tua.hehe.polow cni :D
pippo- gigi emas tade ke..?? hahahaa
Faiz- yang jongkong tu, emas 999.. yang orang buat rantai tu, emas 916.. beza bro.. ^^
Sharinginfoz- Berhati-hati adalah perlu.. dan ur welcome.. hahaha...
sleepycatz- hah, tu la pasal.. kalau tak dah kaya sekarang nih.. hahaha
Kunang-kunang: Kalau pakai macam krismes tree, kompom la peragut senyum lebar.. hahaha
Kakzakie- kalau ikut harga semasa emas, memang tak berubah sejak zaman nabi.. Emas tak dipengaruhi oleh sentimen pasaran berbanding duit kertas.. Dr Mahathir pun ada mintak dagangan dibuat menggunakan emas.. Selamat katanya.. ^^
Atok- eh, bukan ada dealer ke..?? Kalau tak silap, dia ada jual dalam bentuk dinar, dirham dan sebagainya.. 1 HG emas pun ada dijual, tapi dalam bentuk jongkong.. ^^
Zaty- tak payah pakai emas, sekadar simpan untuk hari tua.. hahaha
takot nak pakai emas bagai. *sila percaya
haha
Fyqa- ye.. percaya ni.. hahahah
Nak cari emas jap..haha
jgn nk tunjuk byk emas sgt kang awak yg lemas kene ragut.huhu
Harga emas menganas sehinggakan takut orang nak beli sebab mahal dan takut kena ragut.Banyak Toke Kedai eEas mengeluh di Kelantan sekarang ini.
Handphone untuk orang buta
Harga emas mengganas sehinggakan takut orang nak beli sebab mahal dan takut kena ragut.
Banyak Toke Kedai Emas mengeluh di Kelantan sekarang di sebabkan senario ini.
Handphone untuk orang buta
harga emas tak penahnya susut...sebab itu pelaburan melalui emas suatu yang sangat menguntungkan...berbaloi-baloi!
agak mencanak jugak naiknya.. tak rugi beli 4kg hari tue
Miecyber- memang betul tu.. sape la yang nak beli dengan harga emas sekarang nih.. Habib jewel, siap buat offer menarik dalam seminggu nih.. Maybe sebab harga yang tinggi menyebabkan mereka buat offer tu.. Rasanya laaa.. ^^
Ghost Writer- Maka, meh le kite beli emas berkati kati.. baru la kaya.. hahahaa
Khalis- wow.. 4 kilo..?? beli jongkong ke..? hahahah
Adwa- taw tape.. kalau riak, nanti rugi.. ^^
Betullah.. semalam aku pie jln kat shopping complex.. tengok harga Mas melambung.. so sape2 yg ada mas yang terlebih2 tu blehlah jual.. pastu jgn lupe bayar zakat yer..
orang kate gigi emas la..bukan gigi kuning... ha3
burnkelana- betul tu.. emas perlu dizakatkan.. ^^
Siti- ehh, ada beza ke..?? hahaha
ha3... ade beza ke??? ha3
ntah.. sila tanya sesapa yang bergigi ''emas''.. hahaha
Post a Comment