Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Islam dan bola sepak

Anda percaya tak, sebenarnya ramai pemain bola sepak gred A didunia nih beragama islam..?? Phuii.. Ramai der.. Berikut antara pemain gred A yang beragama islam yang dapat teman senaraikan.. Ada banyak lagi, tapi tak daya nak tulis semua.. Kalau ada yang tertinggal tuh, kira halal laa.. Mana mana player yang tak kenal tuh, sila la tanya pakcik Google.. Insyallah beliau akan menjawab soalan anda tuh..

Ada lagi.. Contohnya, Hatem Ben Arfa yang main utk kelab Marsille, Armand Traore yang merupakan pemain kelab Arsenal tetapi dipinjamkan ke Juventus,  Lassana Diara, adik beradik Toure (Kolo, Yaya dan Ibrahim Toure), Nicholas Anelka, Eric Abidal, Frederick Kanoute dan ramai lagi.. Itu baru sikit.. Tak masuk yang dah bersara macam Zinedine Yazid Zidane, Salif Keita dan lain lain.. Sebenarnya, ramai lagi pemain gred A yang beragama islam tapi anda tak tau. Malah dikatakan jugak sebenarnya Thiery Henry jugak beragama islam.. Tentang Henry nih teman tak tau kebenaran dia.. Kalau betul, alhamdulillah.. Selain daripada tuh.. Kelab Man City, ada ramai player islam.. mereka ialah, Edin Dzeko, Abdisalam Ibrahim, Mohammed Abu, Abdul Razak, Karim Rekik.
Anda perasan tak..?? Ramai player semasa dan bekas player Arsenal adalah beragama islam.. Contohnya, Kolo Lassana DiaraThiery HenrySamir NasriBakary SagnaRami Shaaban, dan  Nacer Barazite.. Teman percaya, mesti ada lagi yang tak reveal lagi.. Player arsenal bukan sikit.. Okeh, teman ngaku, teman fan berani mati Arsenal, dulu kini dan selamanya.. MUAAHAHAHA..

Dalam ramai ramai pemain gred A tuh, antara yang menarik perhatian ialah kisah pengislaman Franck Ribery. Pada asalnya, ramai tak tau dia beragama islam sampailah menjelang game Piala Dunia 2006 kat Jerman antara pasukan Perancis dan Switzerland. Time game nak start, tanpa ragu dan kesal,  beliau tadah tangan dan baca doa.. Lepas tuh, perihal agama beliau menjadi bualan.. Sampaikan satu hari tuh, majalah L’Express menyiarkan berita bahawa ada seorang pemain kebangsaan Perancis beratur untuk beribadah dimasjid dan orang tuh ialah Franck Ribery..

Franck Ribery berminat dan join islam masa dia main untuk kelab Galatasaray, Turki pada tahun 2005 yang mana pada time tuh beliau jatuh chenta dengan awek merangkap bini beliau, Wahiba Belhami yang berketurunan Maghribi. Ini antara factor kenapa dia peluk Islam.. Pernah ditanya pada beliau tentang agama baru dia iaitu islam, dan dia jawab, ‘’Islam adalah sumber kekuatan saya didalam dan diluar padang’’.. Kewl habis.. (-kisah nih ada dalam buku Akhirnya Ku Temui Cinta-Mu)

Kebanyakan kisah pengislaman pemain bola nih, teman dapat daripada buku keluaran Utusan Karya Sdn Bhd bertajuk ‘’Akhirnya Ku Temui Cinta-Mu’’ dan ada sedikit pencarian yang teman buat sendiri.. Moh le beli buku nih, murah je, RM12.90.. Takkan tiket wayang Transfomer boleh beli, buku nih tak bole pulak kan..?? Sama je harga kot.. hahaha.. Kat Minerva Jalan TAR ada jual, tapi agak limited.. First come first serve.. Selain kisah pemain bola tuh, ada beberapa tokoh lain yang turut memeluk islam ada dikisahkan dalam buku tuh.. Selamat membeli dan membaca..





-Selamat Berpuasa-

Monday, January 2, 2012

3 bulan dah berlalu.....

Phuiii.. sedar tak sedar dah 3 bulan blog nih takde postage baru.. Looser kan..?? Nak buat macam mana, comitment hidup mengatasi segala galanya.. Keje aje dah makan 3/4 daripada 24 jam.. Duit memang masyuk, tapiiiiii....(sila isi tempat kosong)

Kadang kadang terasa menyesal jugak amik Kejuruteraaan awam.. Tapi tiba tiba hilang rasa menyesal tu bila terasa diri bertuah ada kerja elok, bos baik, worker indon yang matang, awek engineer yang comel.. hahahaha.. 

Allah know best for me, he has a plan..

Maybe anda ingat teman langsung tak online.. Sebenarnya, teman ada je.. Selalu masuk blog member yang rapat terutamanya blog adwa, momoy, azizulhakim, belalang, pendekar miecyber, tia dan sebagainya.. Tapi biasa laaaa... silent reader.. 

Obviously, zaman bergumbira utk manusia macam teman nih,sememangnya dah tamat.. Jadi either like it or not, i need to face it..Sekarang teman dah tau kenapa engineer biasanya botak tengah.... Nak tau kenapa..?? Sila la teka... Sila sila.. HAHAHAHA..

Sebelum meletakkan tanda noktah pada postage looser nih, suka teman nak ingatkan,... kepada yang masih belaja tuh, study elok elok, fokus.. Maybe for this time you will never see how important it is, but after you  get through on it, anda akan kata,  

''haduiiii.. aku nyesal aku tak study elok elok..''

*Teman nak kasi soalan cepumas.. Sapa rindu kat blog nh, angkat kaki..!! hahahaha


Sunday, August 7, 2011

I’m Back..!!

Assalamualaikum

Akhirnya dapat jugak teman puaskan nafsu teman nak berblog.. Sori der, teman sibuk kebelakangan nih.. Biasa la, makan gaji, mana bole buat company macam bapak teman yang punya.. Insyaallah, teman akan cuba berblog macam biasa, tapi mungkin tak sekerap dulu.. Kalau dulu, 3 jam depan laptop, steady lagi.. Sekarang susah sikit..

Untuk bulan mulia nih, kebanyakan entry mungkin berbaur nasihat sikit.. Kalau anda panas mata, panas hati atau panas segala bahagian, digalakkan anda untuk tidak meneruskan bacaan memandangkan teman takkan bertanggungjawab terhadap tahap emosi anda.. Disebelah kanan atas web browser anda, ada tanda pangkah.. Sekali kelik je, anda selamat dari kepanasan..

Walaupun agak terlambat seminggu, disini teman nak mengambil kesempatan untuk buat ucapan.. Disini, teman mewakili diri teman, member kamching dan tak kamching, anak dara jiran sebelah, Pak Mat, Pak Tam, Cik Man, Mr Saad dan seluruh mereka yang mengenali teman secara luar dan dalam ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Kepada ‘’penchenta gastrik’’ dibulan Ramadan, harap harap anda tobat le segera memandangkan anda tak tau bila ‘’bateri’’ anda nak kong..

Mood: sedang membersihkan sawang di blog.. ^.^

Monday, July 4, 2011

13 Vs 11 = 11 menang

Malaysia melayakkan diri untuk beraksi di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun ditapau 2-3 oleh bangau aka Taiwan.. Gol Malaysia dijaring oleh Safiq Rahim dan Zakuan dimana gol mereka ternyata ''JANTAN'' dan tidak memerlukan belas ihsan pengadil, manakala gol taiwan diperoleh oleh player Taiwan yang sememangnya teman tak kenal dan tak perlu kenal..

Malaysia mendahului dengan Zakuan merembat bola masuk hasil sepakan percuma dari jarak sederhana jauh sebelum Taiwan merapatkan jurang gol dengan jaringan kepten dia yang tak beberapa nak kacak tuh (sempat ngutuk tuh.. hahaha).. Selang beberapa ketika, Safiq Rahim pulak mencipta nama sebagai penjaring apabila beliau dengan selambernya menyumbat gol kedua Malaysia untuk Malaysia mendahului 2-1.. Hanya pada minit terakhir sebelum babak pertama tamat, Taiwan memperoleh panalti selepas Mahali ''tersengaja'' menjatuhkan pemain taiwan didalam kotak panalti.. Hasil panalti tersebut, Taiwan berjaya mengikat kedudukan kepada  2-2 dengan agregate 4-3..

Bermula babak kedua, segalanya seakan tidak menjadi buat Harimau Malaya apabila SEGALA BENTESAN dan SENTUHAN menjadi faul.. Senang cerita, player taiwan tak boleh disentuh.. Didalam babak kedua, berlaku adegan '''tarik menarik'' dan tiarap meniarap (hanya player taiwan tertiarap) dalam kotak panalti antara Fadli Shas dan player Taiwan.. Berhubung insiden itu, pengadil menghadiahkan Taiwan panalti sebijik, dan itu dibantah oleh Fadli Shas.. Akibat bantahan tuh, Fadli Shas dilayangkan kad kuning.. Takda warning, terus kad.. Stail ref vietnam nih sebijik macam Ben William.. Yang teman hairan tuh, pehal dia tak kasi kad merah terus.. Kasi je la kad merah, senang sikit kami rakyat Malaysia nak hentam anda.. Okeh, sambung story.. Panalti tuh bagaimanapun gagal disempurnakan apabila Sharbinie menunjukkan skil rahsia dia dengan menafikan sepakan player taiwan tuh.. Keputusan kekal, 2-2 dengan agregate masih memihak kepada Malaysia, 4-3 dan dalam masa sama Malaysia masih memegang kelebihan gol ditempat lawan..

Seakan tidak berpuas hati dengan kegagalan panalti tadi, Taiwan terus mengasak ''mencari'' panalti  gol dan hasilnya, mereka berjaya memperoleh satu lagi panalti, kali nih disebabkan oleh Sharbinie menjatuhkan player Taiwan dalam kotak panalti. Taiwan tidak mensia siakan peluang, mereka berjaya mencuri sebijik lagi gol..  Selepas gol ketiga Taiwan, tiada lagi gol dicatatkan melainkan beberapa insiden seperti layangan kad kuning kepada kedua belah pihak.. Kira kira pada minit ke 80, Malaysia berpeluang menambah jaringan apabila Fakhri Saarani yang membuat larian solo dijatuhkan didalam kotak panalti, MALANGNYA, reffree Vo Minh Tri tak nampak atau mungkin beliau buat buat tak nampak.. Lalu game diteruskan seperti biasa.. Keputusan kekal, Malaysia 2-3 Taiwan, dengan agregate 4-4 tetapi Malaysia diistihar sebagai pemenang dengan penentuan kelebihan jaringan ditempat lawan..

Malaysia        Vs        Taiwan
2(2)      Jaringan     3(1)
4        Agregate       4
Malaysia menang dengan kiraan jaringan gol ditempat lawan


Selepas nih, Harimau Malaya akan bertemu skuad Singa dari tembok seberang.. Skuad Singa nih bukan sebarangan, seandainya Harimau Malaya masih dalam mood ''lemau'' lagi, memang bungkus le jawabnya.. Walaubagaimanapun, teman optimis Harimau Malaya mampu menumbangkan Skuad Singa yang rata ratanya dibarisi ''non-origin'' player.. Kalau Lubnan pun mampu ditewaskan oleh pasukan Olimpik Malaysia, insyaallah  tak mustahil Singapura pulak akan ditumbangkan oleh  Harimau Malaya.. Jadual perlawanan adalah seperti berikut..

-23hb Julai, Malaysia Vs Singapore. Venue: Singapore-
-29hb Julai, Malaysia Vs Singapore. Venue : Bukit Jalil- 

Teman menahan perut nak membuang air masa tgk bola tadi.. 
Tapi demi Malaysia, sanggup teman tahan.. hahaah

Thursday, June 30, 2011

Harimau ketuk Bangau dua kali.. MUST READ

Kisah harimau dan bangau:

Pada satu hari, harimau belang didatangi seekor Bangau yang kecik tapi kerek.. Dia mencabar harimau bertarung dengan dia.. Dia kata, harimau tuh looser kalau tanak lawan.. Lalu dengan rileknya harimau menyahut cabaran bangau tuh.. Untuk 20 minit pertama, harimau tuh kelihatan lemau habis.. Nak buat macam mana, harimau baru bangun tido.. Tu pasal lemau sikit.. Lepas 20 minit, harimau tuh tiba tiba je jadi ganas.. Mengaum aje kejenya.. Terkam sana terkam sini.. Bangau asyik mengelak je.. Tapi sepandai pandai bangau mengelak, kene gak 2 bijik kat kepala.. Lepas kene 2 bijik kat bangau tuh, harimau rilek sikit.. Tak ganas sangat..  Bangau pun amik kesempatan, bangau pulak ketuk harimau, makanya harimau kene sebijik..  Sampai la habis masa, keputusan muktamad, bangau kene 2 bijik manakala harimau menang dengan hanya kene sebijik.. Sebenarnya, harimau boleh kasi lagi banyak bijik.. Malangnya taring harimau lupa nak asah semalam.. Tumpul sikit.. Walaupun tumpul, menang weh.. 2 bijik berbalas satu pulak tuh.. Terkedek kedek Bangau mengelak terkaman Harimau.. Kesian Bangau.. teruk gak la dia kene sergah..Nakal harimau nih.. hahahaha.

Malaysia Vs Taiwan:

Malaysia menapau Taiwan dengan 2 gol berbalas 1, dengan gol Malaysia dijaring oleh Safiq Rahim dan Zafuan, gol taiwan pulak disumbat oleh Chen Po Luang.. Gol Safiq agak cun, optimis try je, tapi masuk.. Swing pulak tuh.. Ngam ngam kene tiang gol, terus masuk.. Style.. Gol Zafuan, hasil sepakan sudut dengan beliau menanduk bola tanpa was was dan ragu lalu menjadikan defisit 2 gol tanpa balas.. Malangnya, kealpaan defend Malaysia dihukum oleh Chen Po.. Mungkin anda tak percaya, gol Taiwan tuh merupakan satu satunya shot on target oleh striker Taiwan pada babak kedua.. Satu shot on target, tapi terus gol.. Aiiyak... Tapi takpe laa.. Biasa laa, bola tu bulat.. Kita rilek sudah laa.. Tak payah nak tunjuk bagus mengutuk orang lain.. 

Ada orang tak puas hati dengan performance Safee..  Nih teman nak gtau, sebenarnya Safee cedera sikit, tapi tak serius.. Disebabkan dia ''agak'' cergas, King Gopal masukkan dia.. Malangnya, masa game tadi, dia tak mampu main dengan baik sebab dia still injured.. Sebab tu second half dia dikeluarkan, diganti dengan Fakhri.. Pasal Matyo dan Apek, mereka memang tak cergas.. Jadi tak boleh main pun.. Itu yang King Gopal kata laa.. Tapi apa yang teman nampak, King Gopal nih macam buat strategi je.. Mesti ada sebab dia simpan player gred A tuh.. Kalau betul mereka injured, kenapa pulak dia boleh duduk kat bangku simpanan.. Soalan misteri tuh.. 

Mahali dengan Chanturu pun sama gak.. Kenapa mereka tak diturunkan..?? Padahal mereka nih memang mantop kot.. Chanturu sebagai contoh, walaupun masih gugup dan selalu lepaskan peluang one by one masa wakil kelantan, tapi dia laju gile babeng.. Setaraf dengan Kunalan kot.. Mahali pulak, defender kental.. Kalau Amar couple dengan Mahali, kompom kental habis dah defend.. Nih pendapat teman.. Pendapat masing masing.. Subjektif kan..?? haha

Harap harap second length nanti, Malaysia menang atau at least seri.. Kalau Taiwan menang 1-0 pun, Malaysia kalah dengan kiraan jaringan gol tempat lawan.. Tak mau la gitu.. Teman harap nanti 1st eleven ''sebenar'' akan main utk second game nanti..

Sesi berangin:

Tadi masa tengok bola kat McD, ada sorang ''mangkuk hayun''.. Asyik mengutuk je.. Kalau dia kutuk Taiwan takpe gak.. Nih Malaysia dikutuknya.. Main macam budak la, sepak lembik la.. itu la, ini laa.. Hekkelleh.. Kerek la lu orang tua... Lu bagus sgt ke hapa..?? Cuba lu main..?? Boleh..?? Cakap memang senang.. Buat tengok..!! Menang pun kutuk, kalau kalah, apatah lagi.. Manusia gini, sumbat je dalam logi penapisan najis.. Kemon tol.. Noob..!! Berbulu sebentar.. .


Friday, June 24, 2011

Yeehhaaa... Malaysia monang..!!

Walaupun posting nih agak lambat.. tapi gua tak dulik.. Gua nak gak post.. hahaha... Seperti yang anda sedia maklum, Malaysia baru je menapau Lubnan dalam game kelayakan olimpik 2012.. Malaysia menapau Lubnan dengan 2 gol berbalas satu, yang menariknya, kedua dua gol Malaysia tuh boleh dianggap cun terutama gol Wan Zack.. One touch kot.. Stail.. Anda nak tgk gol tuh..?? Sila kelik sini..

Malaysia menjadi wakil tunggal Asia Tenggara mara ke 3rd round kelayakan olimpik, bersama sama Qatar, Iraq , Palestine, Australia, Syria, UAE, Korea Selatan, Uzbekistan, Arab Saudi, Jepun dan Oman.. Kalau ikut rangking, Malaysia yang paling rendah, tapi rangking hanya pada kertas.. Makanya, tak payah pedulik sgt dgn rangking tuh.. Bergelar pasukan Underdog, cabaran Malaysia tak patut dipandang mudah sebab selama nih, takda siapa pun sangka Malaysia boleh pergi sejauh nih.. -Sila la terkesima sebentar bersama teman..

Kenapa anda patut bangga..??
1. Malaysia menang dengan hanya 10 pemain diatas padang.. Sorang kene kad merah
2. Malaysia menang walaupun penyokong tak ramai.. Banyak kerusi dari penyokong..
3. Malaysia telah menapau Lubnan, yang memegang status pasukan pilihan
4. Malaysia adalah wakil tunggal Asia tenggara.. Indon pun tak layak tau..
5. Malaysia adalah tanah tumpah darah anda.. I lap u Malaysia..!!

-Jadi anda nak bangga tak..?? tepuk perut tanya selera.. ^^

Kredit: Info Dan Rangking Bola Sepak Malaysia
Kredit: Sokernet.com

Monday, June 20, 2011

P2P File Sharing Website

Kenapa teman guna P2P file sharing:

1. Mudah.
2. Percuma
3. Internet laju gile babeng
4. Duit dah banyak habis bayar bill berokben dan fix line. rugi la kalau tak guna
5. McD ada provide WiFi percuma
6. Bactrack 5 dicipta untuk hack wireless
7. Ultrasurf pulak dicipta untuk ''anon surfing''
8. Sharing is caring
9. Bosan takde benda nak buat
10. Tak mampu beli DVD ori
11. Tak nak sokong penjual DVD cetak rompak
12. Undang undang dibuat untuk dilanggar
13. Drama kat TV semua tak boleh masuk kepala.. Semuanya silly crap..
14. Komputer teman ada 500GB space kosong
15. Belum kira external hardisk yang baru saya beli
16. Mak cakap jangan membazir.. Amalan setan..
17. Takde masa nak pegi panggung wayang
18. Kebanyakan movie yang tak berbaloi untuk ditonton di panggung wayang.. Contohnya cicakman..
19. Sebab sebenarnya takde sebab munasabah nak pegi tgk wayang
20. SEBAB TEMAN RAKYAT MALAYSIA.. kalau teman rakyat indonesia, kompom teman tgk movie indon.. takkan teman nak tgk movie sri lanka pulak.. noob..

Tak boleh bukak website file sharing..?? Tak perlu le nak bising bising sgt.. Hide je IP Address anda.. Takde masalah pun sebenarnya.. =.=''

*sape ada link download KL Gangster..?? hangkat kaki..!! Jangan tak caya.. teman dah tgk 2 kali kat wayang wooo... kiranya teman antara penyumbang kepada RM11 juta tuh.. ^_^

**mode bizi masih belum hilang.. hahaha

Wednesday, June 15, 2011

Kemon tol.. P2P dah kene blocked..

Berikut adalah 10 laman P2P yang dah diblock oleh SKMM..



Sehingga ke saat teman dok taip ayat sekarang nih, Anonynomous Hacker telah pun ''berkerja''.. Hasilnya, laman web Politeknik, dan Tour-Malaysia dah konfirm kene hack.. Ini la akibat jika rakyat jelata mengamuk.. Yang hairan tuh, depa sibuk nak block file sharing web.. Yang porno segala bagai tuh tanak pulak dia block..Bersepah kot web porno.. 
 
Kalau bayar UNIFI sampai RM149, tapi sekadar boleh surf Facebook atau Twitter, itu maksudnya.... (fill in the blank).. Huh.. Noob..!! Setakat nih, hanya ada satu web filesharing P2P yang teman tau, masih tak kene blocked iaitu wupload

Sumber: Kene Hack dot com
Sumber: Jom RIleks




mood: kuciwa tahap gaban

Tuesday, June 14, 2011

REVEAL..!! Sepuluh taktik pelajar meniru,

Sepanjang 3 tahun teman belajar diploma, meniru dan ditiru umpama asam garam student.. Tanpanya, maka tak berwarnalah alam peperiksaan, alam ujian dan alam quiz.. Ibarat irama dan lagu, pabila dipisah, bosan jadiknya..  Kali nih teman buat entry untuk revealkan cara student meniru.. Kepada bakal guru, sila ambil perhatian.. Kalau student anda buat gini, anda paham paham je laa.. hahaha..

Penafian: Meniru tuh tak bagus untuk kesihatan.. Sila baca entry nih dengan niat yang baik..
1. Poket doremon
Boleh kata cara paling best untuk digunakan.. Malangnya nota tuh agak limited..  Nota kecik akan disimpan didalam poket.. Lalu menyebabkan poket tuh dikenali sebagai poket doremon.. hahaha.. Biasanya hanya subjek berkaitan ilmu kira-kira je yang sesuai untuk menggunakan teknik nih.. 


2. Mata power

Yang nih memerlukan kerjasama member.. Caranya, masa ujian, silalah duduk sebelah member yang pandai tahap cipan.. Bila anda tak tau jawapan, tanya la dia.. Nanti mesti dia angkat kertas jawapan dia sambil memberikan anda peluang utk tgk..


3. Meja ajaib

Teknik kegemaran teman.. Cara paling sempoi dan munasabah.. Sama ada anda tulis segala fakta atas permukaan meja atau anda taruk je buku kat laci meja tuh.. Pandai pandai hidup laa.. Tak pandai cover, paham paham laa.. Alaa, kene repeat je pun.. 


4. Tulisan halimunan

Cara nih, hanya sorang mamat bernama Azlan Bin Obet je yang guna.. Macam mana..?? Dia poie tulis segala jenis formula kat atas kalkulator yang berwarna hitam.. Jika dipandang dari jauh, anda takkan nampak tulisan tuh.. Cara yang selamat tapi menjadi sangat disaster jika tiba-tiba lec nak pinjam kalkulator anda..


5. Toilet pintar

Cara budak sekolah.. Tak uptodate sgt.. Dengan meninggalkan sebijik buku didalam toilet, maka anda bebas untuk carik jawapan untuk soalan yang anda tak tau tanpa masalah.. Tapi awas.. Kalau anda poie ke tandas sampai 14 kali untuk 1 jam, makanya anda akan menarik perhatian encik pengawas untuk membuat serbuan ke tandas.. Maka, berhati hati lah..


6. Surat layang

Posto tak bertauliah akan menjalankan tugasan nih.. Satu kertas kecik yang dikoyak daripada A4 paper, akan ditulis soalan.. Lalu di berikan kepada sorg member yang pintar dan baik hati.. Nanti dia akan jawap soalan tuh.. Biasanya, kertas jawapan tuh akan melayang seantero kelas.. Tu pasal kadang kadang satu kelas tulis jawapan sama, padahal jawapan tu salah.. Ketara sgt menirunya.. hahaha


7. A4 size

Nih pun cara kegemaran teman.. Sebelum masuk ujian,tulis satu note penuh. lengkap dengan graph dan segala bagai maklumat yang patut dimasukkan untuk subjek ujian tuh..  Kertas A4 yang penuh dengan maklumat tuh, akan diselitkan dibawah kertas untuk menjawab ujian.. Bila perlu, selak la kertas tuh.. Sila gunakan kertas yang ''agak'' sama dengan warna kertas menjawab ujian anda.. Malangnya, jika anda guna kertas yang mempunyai warna yang ''sgt'' berbeza, memang anda carik nahas sebenarnya..  Kalau anda perasan, kadang kadang, lec suka bagi soalan ujian dengan kertas berwarna, dan anda perlu tulis jawapan di kertas itu.. Kenapa..?? Sebab sebenarnya lec pun dah tau taktik nih.. Lec pun student gak dulu.. 


8. Bahasa isyarat

Isyarat biasa digunakan untuk mendapatkan jawapan.. Cara nih hanya sesuai jika soalan yang dikemukakan ialah soalan objektif.. Kalau anda pikir anda nak pakai cara nih untuk soalan subjektif, maka anda akan dikategorikan sebagai student noob.. Kebiasaannya mereka akan menggunakan isyarat seperti batuk, isyarat tangan atau ketukan meja.. Awas..!! Jangan sesekali menggunakan bunyi sendawa atau kentut sebagai pengantara bahasa isyarat, melainkan anda bersedia untuk mnerima terajang dibahagian abdomen..


9. Bisikan nurani

Nih biasanya orang guna kalau emergensi seperti masa menjawab dah nak tamat atau time pengawas nak kutip kertas jawapan.. Time tuh kompom semua kalut, dan bising.. Itu lah masanya student akan bercakap secara berbisik, untuk bertanya jawapan.. Bisikan nurani tak sesuai untuk student yang suaranya garau macam ramli sarip kerana bisikan nurani tersebut akan menjadi ''lolongan nurani'' dan seterusnya menyebab student tuh kantoi.. 


10. Teknologi

Yang nih, dikalangan member teman, cara nih dipelopori oleh sorang mamat bernama Arif Aziz.. Disebabkan kamera henpon dia boleh dikategorikan sebagai power, maka beliau akan mengambil gambar buku nota dan disimpan didalam henponnya.. Kalau anda nampak member anda pegang henpon kat bawah meja sambil menjawab soalan, anda perlu paham, beliau sedang konsentrasi menjawab soalan beliau dengan bantuan teknologi.. Jangan lupa silentkan henpon anda.. Kalau tak, anda memang menempah bala..


Harap harap lec tak kejam sgt sampai suruh student buat mcm gambar nih.. hahaha


Adios.. Assalamualaikum..

Saturday, June 11, 2011

Sembang : : Shoutmix gila atau Nuffnang gila atau Blog gila..??

Tak yaha cite banyak.. Ce tgk gambau nih.. Nih bukan edit okeh..!! Serius jadi tadi.. hahaha..




-HAHAHA.. Kepelikan sebentar..

Sembang : : Macam mana nak buang navbar blogger..??

Entry nih dah lama terbengkalai lantaran kebizian melampau.. Memandangkan teman ada masa sikit nih, teman setelkan je la entry nih.. Harap entry nih bermanfaat utk anda..

Anda tau navbar tuh hapa..?? Navbar blogger tuh ialah navbar yang ada kat atas blog yang pakai template biasa.. Kalau anda nak buang navbar tuh, anda kene edit sikit template anda tuh.. Mudah je sebenarnya..  Navbar tuh ada pro dan kontra sebenarnya.. Pro, anda senang nak balik dashboard.. kontranya, ada button Report Abuse.. Malah pada sesetengah mata, navbar tuh kelihatan menganggu background.. Background dah cun habis, tetiba ada plak navbar.. tak best betul..

Cara nak buang..
1. Download backup template anda.. In case anything happen, tak la bermasalah..
2. Pergi ke Design > Edit HTML > Expand template
3. Cuba find Section ''Body''.. Hold Ctrl dan picit F.. Carik keyword ''Body''.. Tak paham, cuba tgk gambar..
yang kat atas tuh ialah navbar

Dalam structure ''content'', ada section ''body''.. cuba search..

Pastekan aje code tuh kat section ''body'' tuh..

tgk, sekarang navbar tuh dah hilang..

4. Anda pastekan keseluruhan code nih, pada section body
#Navbar1 {
margin: 0;
padding: 0;
display: none;
visibility: hidden;
}
5. Preview.. Kalau jadik, save je.. Selesai..

Kalau anda pakai template yang takde navbar, tetibe anda nak pakai navbar tuh.. Anda boleh buat jugak.. Anda buat cara yang sama, cuma bezanya, anda tak perlu paste code yang berwarna merah tuh..

Mudah kan..?? Meh la try..

Sembang : : KL Gangster memang gangster..!!

Movie nih pun teman dah layan.. Secara overview, teman kasik movie nih 4 out of 5 utk rating wajib tonton.. Serius stail cerita nih.. Boleh kata full action movie nih.. Malah koreografi fighting pun tak mengecewakan.. Tak la nampak buat buat sgt.. Dan yang lebih utama, ending dia sesuai dgn kisah utama dia.. Tak la macam KL Drift tuh.. Ada pulak ending dia, ''Zack, aku cintakan kau''- kata scha alyahya (entah hapa nama watak dia) kepada Shamsul (Zack).. Noob habis.. 

Movie nih berkisar kepada Malek, bekas banduan yang dibebaskan dari penjara.. Dulunya Malek nih gangster.. Lepas dia kene sumbat dalam penjara, dia berubah jadi baik.. Sebenarnya, Malek nih dia kene khianat oleh Shark sampai menyebabkan dia kene sumbat dalam penjara.. Malek ada adik.. Namanya Jai.. Jai nih orang kuat Shark.. Kira dia macam balaci Shark laa.. Apa je yang Shark suruh, mesti dia buat.. Boleh kata Jai nih ada macam macam kaki.. Kaki gaduh, kaki pukul, kaki duit, kaki kurap.. (*ops, gurau..) hahaha.. Dikisahkan pulak, Shark nih tak puas ati dgn Malek.. Jadi dia nak hapuskan la malek nih.. Caranya..?? Dia suruh Jai..  Wow.. Sampaikah hati Jai nak bunuh abang dia..?? Cuba la teka..

Hinggalah ke akhir movie, ada sumthing happen pada Zizan @ Padil.. Nak tau hapa jadi kat dia..?? Poie la tgk movie tuh.. Teman tak boleh nak cerita penuh, tak adil la kan..?? Kesian mereka berlakon susah payah.. Download..?? Jangan laa..!! Apa kata anda poie ke wayang.. Sokong la movie nih.. Serius anda tak rugi.. Moh le kita ke wayang.. hahaha

**teman suka watak Corrie @ Dragon.. Dia berlakon sebijik macam taiko.. Syabas.. hahaha


Sembang : : X-Men..?? boleh laaaa...

Dalam seminggu nih, teman dah tgk 2 movie best.. Yang pertama, X-Men dan yang kedua KL Gangster.. Secara jujurnya, kedua dua movie memang sedap untuk dilayan di wayang.. Agak berbaloi la anda bayar RM13 tuh..   Untuk entry nih, teman review sikit pasal movie X-Men.

Movie X-Men, kalau anda nak tau kenapa Professor X lumpuh, mana Magnetto dapat topi dan sejarah permusuhan mereka, anda patut tonton movie nih..  Scene X-Men bermula pada tahun 1940-an, dan seterusnya lompat ke tahun 1960-an yang mana zaman tuh menggunakan latar belakang zaman perang dingin antara Soviet dan USA.. Actually movie nih ceritakan tentang first generation of mutant yang mana pelopor mutant nih ialah Professor X, Magnetto dan Sebastian Shawl..  Dalam movie nih, Professor X dan Magnetto merupakan member kamcing pada asalnya, malah Professor X sendiri mengajar Magnetto mengawal kuasa dia.. Kira mereka nih macam best mate la..  Kesana kesini sama sama.. Tapi ada selisih sikit antara mereka yang menyebabkan mereka tak sehaluan..  

Ada satu watak antagonis, Sebastian Shawl.. Magnetto dan Professor X  bergabung tenaga nak tewaskan Sebastian Shawl, mamat nih mutant gak.. Dia berkemampuan manipulasi tenaga, kiranya tak guna la orang tembak dia pasal dia boleh serap kuasa.. Kenapa Shawl nih dibenci oleh Magnetto..?? Sebab Shawl dah bunuh mak Magnetto masa Magnetto dan keluarganya jadi tawanan Nazi..  

 Dalam banyak banyak mutant, teman tertarik dgn satu mutant yang berbentuk setan atau nama saintifik dia, Azazel. Agak style la dia main hilang hilang, sebijik macam karekter Anti-Mage dalam game DoTa.. Dengan ekor setan, ditambah muka yang tak beberapa nak kacak berserta perangai yang haramjadah, memang dia layak digelar Red Devil..  

Teman ada perasan, satu bad idea tentang X-Men nih, pengadun movie nih secara halus cuba menerapkan kepercayaan kepada wujudnya Holocoust Yahudi.. Ce anda tgk, masa awal movie, Magnetto dan family dia ditahan oleh askar Nazi dengan time tuh Magnetto pakai vast dengan lambing Zionist. pada belah kiri dada dia. Kemudian ditunjuk pulak scene buruh paksa dipaksa kerja untuk Nazi.. Biasa laaa.. Bila movie barat masuk wayang, tak mungkin mereka lupa nak sebarkan ideology karut mereka tuh.. Propa kene lebih.. Kalau tak, bukan laa yahudi namanya..

Sampai sekarang, teman masih tertanya tanya, kenapa Professor X botak..?? Bukan main kacak dia dengan rambut belah tgh masa muda.. Adakah dia botak kerana dia kene kanser..?? atau dia tensen takde awek..?? atau dia tensen sebab Mystique pilih nak kapel dgn Magnetto, bukan dgn dia..?? hahaha.. Mystique pun dah tua sebenarnya.. ce tgk gambau tuh..

**Sebenarnya teman nak buat entry nih hari isnin lepas.. Tapi sibuk mengalahkan PM, tak boleh nak buat hapa la.. Adakah teman terlambat..?? Arghhh.. persetankan semua tuh.. Teman tak kira, teman nak buat gak entry nih.. hahaha

Friday, June 3, 2011

Sembang : : Aku cukup benci dengan batu api yang berapi..!!

Amaran: Entry nih menggunakan bahasa yang sedikit kesat.. Jika anda tak mampu menerima bahasa gini, dicadangkan agar anda tak meneruskan sesi pembacaan.. -Admin @ Kudin @ Ayie @ Brad pitt.
*Erk, Brad Pitt..?? hahaha ^.^

Maaf cakap, tapi teman anti sungguh dengan manusia yang suka menghasut atau bahasa comelnya ''batu api''.. Manusia gini, memang seumpama memintak penerajang tanpa belas ihsan atau penampar jepun tahap ke lapan.. Malah ada yang lagi advance tuh, mintak kedua-duanya sekali.. Hebat..

Sebenarnya entry nih relate dengan ''kes besar'' yang berlaku dalam dunia blog nih.. Heh. jangan ditanya teman kes hapa benda.. Teman taknak kasitau memandangkan kes ni melibatkan aib orang.. Berdosa hukumnya mendedahkan aib orang.. Malah nabi sendiri dah pesan, ''janganlah kamu membuka aib orang lain walaupun dihadapan keluargamu sendiri''.. Dalam alquran pun dah tulis, jangan aibkan orang.. Tak elok..!! Cuba anda search terjemahan surah al-hujuraat, ayat 11 dan 12.. Apa yang tertulis dalam al-quran tuh..?? Ce cite sikit..

Teman taknak sebelah mana mana pihak sebab teman tak tau pun hujung pangkal kisah.. So, leave it.. Tak payah amik pusing hal mereka.. Tentang hal mereka, biarkan mereka selesaikan secara professioanl.. Setel..

Komen batu api.. Seyes..ada komen ''berjaya'' menjadi batu api.. Tahniah..!! Anda baru je menempah tiket ke neraka selama-lamanya.. Macam taik pun ada.. Der.. Ko tak pikir ke apa yang ko tulis tuh boleh buat orang terasa hati dan seterusnya menyebabkan orang lain bermusuhan..?? Haduii.. Otak letak kat lutut ke hapa..??  Matang la sikit weh.. Pikir dulu sebelum post komen.. Nak marah kang, dah beso panjang.. -such a looser.. =.=''

Tuhan beri manusia dan haiwan sebijik otak.. Tapi yang membezakan antara manusia dan haiwan tuh ialah akal dia.. Hidup dengan otak adalah berbeza dengan hidup menggunakan akal..

Itu satu hal.. satu hal lain ialah bahasa komen yang agak kesat.. Dah la jadi batu api, ayat pulak mantop habis.. Sampai boleh tacing gua.. Cuba anda empathy, letakkan diri anda dalam situasi dia.. Apa perasaan anda bila anda ''dihujah' sedemikian rupa..?? Teman nih hardcore, tapi teman pun boleh nangis baca ''sumpahan'' anda tuh.. Terasa diri nih sangat keji.. Daripada anda sibuk dok jadi batu api tuh, lagi baik anda tak komen apa apa.. Dosa tak dapat, jari pun tak letih.. Kan mudah tuh..

''guru yang hebat ialah pengalaman.. Malangnya pengalaman 
tuh adalah guru yang kejam''..

Tak kisah la sape betul sapa salah.. Yang pasti, itu hal masalah mereka.. Kita orang luar, jangan nak sibuk sibuk jadi batu api.. Bukan ada faedah pun.. Si polan bin si polan buat salah pada si polanah binti si polan.. Itu kan hal masalah mereka, yang anda sibuk jadi  batu api tu pekehal..?? Anda dapat laba..?? Dapat untung..?? Apa untungnya dengan 2 manusia bermusuhan..??  Dapat dosa ada laaa.. Yang untung cuma Devil bin Demon. Anda tak untung pun.. 

Dengan satu kejahatan, anda akan diingati sampai mati.. 
Malangnya, sepuluh kebaikan belum tentu mampu membuatkan anda dihormati..

Terpulanglah bagaimana anda nak ''cuba memahami'' entry nih.. Pada teman, pendapat adalah subjektif.. Ini adalah pendapat teman yang lahir dari sanubari dalaman teman.. Tak suka..?? Takpe.. Teman paham, tak semua orang berkongsi pilihan yang sama kan..?? hahaha

Heh.. Sekali lagi teman gtau.
Serius teman benci dengan batu api..
Sape yang terasa tuh, padan muka..!! Muaahahaha

Kepada kedua-dua pihak yang sedang menghadapi masalah tuh, semoga allah memudahkan urusan anda.. Kepada yang sibuk dok jadi batu api tuh.. Sedar sedar laa.. Allah tu maha kaya.. Hidup nih ibarat roda.. Hari nih hari anda, sok lusa hari dia.. Orite..?? Hahaha..Adios..

Assalamualaikum.. ^^


Our live is so brief.. That is the reason why we should find the meaning of our life.. There is two kind of living, live for nothing or live for everything.. Just mirror on ur soul..



**Penafian: Ini bukan entry kontroversi.. Ini jua bukan entry konspirasi.. Ini hanyalah entry berani mati.. HAHAHAHA.. Mintak maaf kepada orang yang datang menyepam teman.. teman masih dibelenggu kerja.. sori yep..Nanti teman dah ''bebas'', teman BW macam biasa ke blog anda.. ^^

Sunday, May 29, 2011

Sembang : : Barcelona Win The Title..!!

(Saje je tulis title bahas inggeris.. hahaha)

Barcelona mengatasi Manchester United dengan tiga gol berbalas satu.. Gol Barca dijaringkan oleh Pedro, (minit 26),  Messi (minit 54) dan Villa (minit 68) MU pulak dapat gol saguhati yang dijaringkan oleh Abang Shrek atau nama saintifik beliau Wayne Rooney pada minit ke 34..

Perkara yang best ialah, ada 4 kad kuning dilayangkan, masing masing 2 kepada Barca dan 2 kepada MU.. Tapi dari segi faul, MU memang hebat.. MU buat 16 kali faul berbanding 5 oleh Barca.. Mesti ada yang nak kata ref bias kan..?? Sudah laa.. Kalau kalah, mesti nak tuduh ref bias.. Hapa daaa.. hahahaha

Barca buat 22 kali shot dengan 12 daripadanya adalah shot on target.. Daripada semua serangan  yang mereka buat, Barca dapat. 3 bijik gol . MU pun not bad la jugak, mereka buat 4 shot degan HANYA satu shot on target.. Walaupun serangan mereka lemah, mereka tetap dapat gol sebijik.. 

 Yeah..!! Aku kaya..!! -Jerit Unkle Pep Guardiola

Penguasaan bola, Barca pegang 68% manakala bakinya MU pegang.. Erk, mintak tolong calculate jap.. 100 tolak 68, berapa yep..?? Sori la, calculator teman dah habis bateri.. HAHAHA..

Dani Alves keluar dan beliau digantikan oleh seorang toyol yang berambut. pada minit ke 88. Nama toyol tuh ialah Puyol.. Kenapa teman panggil dia toyol..?? Sebab dia menyelinap macam toyol.. Laju je.. Disamping tuh, nama dia pun lebih kurang kedengaran macam toyol kan..?? Haiz orang tua nih, tak padan dengan tua.. haha.. Selain tuh, Barca buat 2 lagi pertukaran iaitu Pedro keluar digantikan Ibrahim, dan Villa keluar dengan beliau digantikan oleh Keita.. MU buat 2 pertukaran iaitu Fabio keluar, digantikan dengan Nani, dan Carrick keluar digantikan dengan Scholes..

Sebelum lupa, Man OF The Match menjadi milik Abang Long Xavi.. Dia la punca gol Pedro disamping berjaya meng'kucar-lacir'kan pertahanan MU.. Beliau ternyata sukar digugat dengan tackle-tackle manja daripada player MU.. 

Seyes teman cakap, Manchester United bukan lawan Barcelona.. Selambe je Barca titik MU tadi.. 3 gol berbalas 1 pulak tuh.. Kalau anda tengok game tuh, anda akan nampak betapa Barca berjaya ''menganjing'' player MU.. Taktik short passing dan mengelakkan bola atas serius berjaya buat MU gigit jari kaki. kanan dan kiri. Sampaikan player MU kelihatan mati kutu kejap.. Ada satu scene tuh, cameraman focus pada Sir Alex Fergusan.. Sambil mengunyah shinggam, muka dia kelihatan merah sambil menggenggam tangan . Marah benar dia tuh.. ^.^

Heh, tak payah la anda nak cakap ref  (Viktor Kassai) tuh bias.. Dalam game, mesti ada pihak kalah menang.. Standart la tuh.. Terima je dengan hati terbuka.. Kalah atau menang, tak kisah, janji dah bagi yang terbaik.. Best team win.. 

p/s: komen haters tak diperlukan.. Sekian.. HAHAHA..

 It is over, and it was some time ago. United were taken apart by a team of the very highest quality. In that there is no disgrace, But disappointment is wracked on their faces. Goodbye to Van Der Sar, Scholes and probably some others. Barcelona? Same again next year. Who can stop them?

Sumber: ESPN 

- Ramai gle penyokong MU kat McDonald Bandar Tun Hussien Onn tadi.. Penyokong Barca ciput je.. hahaha

Saturday, May 28, 2011

Sembang : : Sesi mengutuk makhluk tuhan

Kalau dah suka..
Kentut yang bau bangkai tahap hao liao tuh pun dikatakan wangi.. Tapiii... Kalau dah benci, uiiii.. taruk la minyak wangi 14 botol sekali pun, tetap busuk.. Mentaliti manusia..  Takde sape boleh pertikai.. hahaha..Manusia.. Biasa laa..

Kalau dah suka..
Dia tak kasi hapa pun tak kesah.. Janji dah suka.. Yang lain boleh la ditolak ketepi..Tapii... Kalau dah tak suka pulak, kasi la hapa pun, 1001 macam hadiah.. Tetap dia komplen.. itu la, ini la.. Haiz.. Manusia.. Biasa laa..

Kalau dah suka..
Awek negro yang hitam legam tahap bontot kuali pun dikata manusia paling cun dalam dunia.. Kalah Sharifah Amani yang comel lote tuh.. Nak buat macam mana.. Dah suka punya pasal.. Cuba kalau tak suka, ''Uiiii.. Itulah dia orang paling huduh dalam dunia..'' Maybe tu la ayat yang keluar daripada mereka.. Kan..?? hahaha.. Manusia.. Biasa laa..

Kalau dah suka..
Taruk la segala macam garam hempedu, sanggup ditelannya.. Tapi..Gula yang kompom manis nak mampus tuh, ditolak bulat bulat sebab dah benci punya pasal.. Hebat..!! Bukan senang nak telan garam hempedu.. Kira manusia bertuah je la yang berkemampuan sebegitu..

Kalau dah suka..
Kalau dah suka, orang kata A.. dia pun kata A.. Orang kata B.. Dia pun nak kata B jugak.. Cuba orang dibencinya.. Orang tu kata A, dia dah sampai Z dah.. Hebat kan..?? hahaha..

Kalau dah suka..
Kasi la sebundle fakta, semuanya dikatakan auta.. Tapi kalau orang yang dia suka tuh kasi doblas bundle auta, semua nya dikatakan fakta.. Suka punya pasal.. yang nih pun boleh tahan gak bestnya.. hahaha

Adakah anda manusia dijajah..?? Adakah anda manusia yang matang..?? Adakah anda manusia yang berakal..?? Adakah anda manusia yang bijak menilai..?? Adakah anda manusia yang luas pandangan..?? Tepuk perut, tanya selera.. HAHAHA..

Mood: mengutuk diri sendiri.. lalala~

Sembang : : I HATE Uuu...

Uhh.. teman hate sape..?? Teman hate blogger.. Blogger mana..?? Blogger yang suka copy paste, lepas tuh buat muka selamba macam entry tuh nenek sebelah mak dia yang punya.. Serius teman benci..

Orang yang suka copypaste nih tak pikir ke, betapa tensionnya nak buat entry terutamanya berbentuk ''tips'', dan ''ilmiah''.?? Nak kene pikir lagi, nak kene buat kajian, rujukan sana sini, habis masa lagi, dah la berukben kene bayar.. Takkan tu pun tak paham paham lagi..?? Jujur teman cakap, kalau dia ada SIVIK, dia takkan copy paste.. Sebab dia takde SIVIK la dia suka suka je copy paste, lepas tuh buat muka tak tau malu.. Siap tunjuk kerek lagi dengan si empunya entry.. Punya la taik manusia gini..

Kalau dia copy, sila la taruk backlink, atau sekurang kurangnya buat ayat sendiri, takpe lagi.. Nih tak, bulat bulat, dia copy.. Dan disebabkan itu jugak, mata si empunya pun menjadi bulat bulat menahan marah.. Silap haribulan, boleh terkeluar bijik mata siempunya entry tuh.. 

Ada orang suggest pakai coding disable highlight, dan ada plak yang lagi extreme, suruh pakai disable right click.. Jujur teman cakap, semua tuh tak berguna dan teman tak minat memandangkan coding tuh akan menyusahkan orang BW.... Dan lagi best, teman senang senang je boleh atasi coding tuh.. Tak payah nak hack bagai.. Tak caya..?? Nih teman nak ajar, ce tgk bawah nih elok elok..

Anda pergi ke
Tools >> Options >> Content >> Sila jangan tick ruangan ''Enable Javascript''
Sebenarnya, coding tuh boleh didisablekan dengan mudah.. Tak caya, cuba la sendiri.. Anda cuba pergi kemana mana blog yang apply coding tuh.. Serius anda akan nampak coding tuh sebagai ''sampah''.. Dah la menyusahkan reader blog anda,,, tak function pulak tuh.. Rugi je buat..

Kebanyakan orang terutamanya blogger otai, kalau dia singgah blog yang ''menyusahkan'' dia, teman berani cakap, dia akan dengan gear manualnya kelik ''pangkah'' kat penjuru atas window.. Kalau yang pakai tabs tuh, kompom dia akan right click>>close tabs tuh.. Nih bukan main main okeh..  Jadi kalau anda ada apply coding tuh, buang je laa.. Tak berguna pun.. Yang lebih memeritkan, kompom si blogger otai tuh TAKKAN menyemak lagi  ke blog anda.. Kan dah rugi tuh..

Berbalik kepada topik asal.. Kepada blogger semua, berblog lah dengan ikhlas.. Tak guna anda copy paste entry orang lain.. Pada teman, sape yang suka copy paste dan kemudian mengaku dia punya, dia sama je macam seorang pencurik.. Dah la mencurik, menipu diri sendiri lagi.. Anda ada blog, anda buatlah blog anda tuh mengikut acuan anda sendiri.. Kenapa mesti curik entry orang..?? Looser betul lah..

p/s: mencik mencik mencik..!! i tak shuker tauwww.. 
HAHAHA
=.=''

Bukan teman yang kene copy paste, entry nih lebih kepada ''meluahkan perasaan kesian'' kepada ''mangsa'' copy paste nih.. 

Thursday, May 26, 2011

Sembang : : Makcik bergelar hajjah dan RON95

Ada sorang makcik, dia claim dia Hajjah.. Claim bukan main lagi.. Padahal dialah manusia paling sesat dialam fana nih.. Cisdel sungguh.. Nak taw sape dia..?? Heh, tgk link bawah nih.. Tapi teman tak galakkan anda bukak pasal nanti dia dapat UV free.. Untung la dia.. Apa yang pasti, dia memang kurang ajo.. Kalau ikutkan hati teman nih, nak aje teman ''spanar-spanarkan'' wajah beliau tanpa belas dan ihsan...



Teman nak nasihatkan kepada anda semua dan diri teman sendiri, tak kira apa warna anda.. Kita hidup didalam kotak warna berbilang warna, so sila tolong jangan buat hal.. Jangan kerana sikap menunjuk  kecantikan warna anda, warna lain jadi mangsa.. Ingat, ada satu warna yang suka memendam rasa.. Warna yang lembut, tapi mampu bertukar warna bila bila masa je.. Err.. tak payah ditanya warna apa tuh.. Sila la main teka teka.. hahaha..

p/s: sikap cuba melaga lagakan antara bangsa dan agama adalah tak boleh diterima.. Kepada SKMM, sila jangan jadi kayu api.. Mintak tolong kerjakan sikit ''makcik'' si batu api tuh okeh.. Adios..

''Ibarat mencurah RON95 kedalam bara,
serius anda takkan memadamkan bara tuh.
Silap haribulan, makin marak nanti''

Assalamualaikum


***********************
Penafian: 
Sila baca dengan minda terbuka.. Tiada niat teman nak bakar ''tong gas''.. tapi sekadar ingatan kita bersama.. Semoga allah memberkati kita.. Insyaallah..

Tuesday, May 17, 2011

Sembang : : Mintak maap noo..

Nih teman nak mintak maap kepada semua stalker, sepam'er, komen'er dan sebagainya yang sudi menyemak kat blog teman yang tak seberapa nih.. Teman nak mintak maap sebab teman takley nak menyepam anda dengan jayanya dalam minggu nih.. Insyaallah lepas semua selesai, teman akan kembali didunia blog yang fana nih untuk menyepam anda tanpa segan silu dan malu.. Sori to say, teman memang bizi minggu nih.. *aitcheh, nak speaking sokmo.. 
^-^

Tatkala teman mengepos entry nih, percaya la teman tak berada didepan pc, sebaliknya teman tgh koje macam org gila..
Hahaha



*kalau dah ada anak bini, gimana agaknya ye kehidupan teman nih..?? hahaha..

Saturday, May 14, 2011

Sembang : : Cara nak backup blog

Heh, kali nih memang teman bengang tahap kelapan.. Macam mana tak bengang, semua entry yang dipublished selepas hari rabu hari tuh hilang tanpa kesan.. Tadi pun teman bukak blog, check entry, kompom entry latest hilang.. Kat twitter Blogger, dia cakap cuma temporary hilang.. Tapi teman check, hilang habis.. Takde recover dah.. Cisdel sungguh.. Nasib baik le ada backup, teman import je balik.. Setel.. Cuma teman nak tanya, sapa yang permanently hilang entry..?? angkat tangan macam teman.. ^^

Uihh.. Macam mana nak buat backup..?? Haaa.. Ni yang teman nak kasitaw nih.. Backup blog adalah dalam bentuk XML, simpan dalam cakera keras atau nama saintifiknya ialah Hard Drive.. Entry teman hilang bersama komen, lepas teman import balik, semua masalah setel.. Heh, Disini, teman nasihatkan anda semua untuk buat backup jugak.. Lagi elok kalau dapat buat backup hari kali anda published entry.... Nanti kalau ada masalah, senang je anda nak setelkan..

Cara nak backup blog:

1. Poie ke ''Setting''.. Rujuk gambau kat atas.. Anda kelik sekali je.. Kalau anda kelik banyak kali, takkan ada perbezaan pun.. Sungguh nih.. hahaha

2. Picit button ''Export Blog'' macam kat dalam gambau diatas.. Kalau anda tak nampak button tuh, teman cadangkan sila lah poie ke kedai Optik.. Beli spek sebijik..

3. Bila window ''Export Blog dah terbuka, kelik kat download yang kaler oren tuh.. Teman ada buat line kaler merah.. CUba baca apa dia tulis orite..?? Rujuk gambau diatas nih..

4. Nanti bila anda picit ''Download'', akan ada keluar pop-up macam gambau diatas nih.. Anda simpan File tuh.. File tuh dalam format XML

Dah setel.. Sebelum terlupa, anda sila simpan XML File tuh kat folder yang mudah anda nak cari.. Kang tak dapat cari, naya tuh.. Sekarang teman nak ngajo cara nak upload balik backup tuh.. Caranya seperti dibawah..

1. Anda poie ke ''Setting'' dan anda picit button ''Import Blog''.. Lepas anda picit, nanti anda akan dapat satu window macam gambar diatas.. Apalagi, anda browse dan search le XML FIle yang anda simpan tuh..Lepas anda isi captcha tuh, anda  tunggu le beberapa minit.. Dia tengah upload tuh... Kecepatan proses nih bergantung kepada kelajuan berukben anda.. Kalau laju, cepat je setel. Kalau line serupa siput sedut, tunggu le sejam dua....
*No Buffering bak kata Sam Bunkface..
- tetibe jek.. hahaha

2.Nanti lepas dah setel upload XML FIle, akan keluar window gini.. Anda akan nampak ada menatang kaler hijau mundar mandir kat window tuh.. Tunggu kejap, dia tengah trace komen segala bagai yang hilang.. Komen dan entry tuh akan diupload balik.. Anda jangan risau, dia cuma akan upload entry yang hilang je.. Entry yang tak hilang, dia takkan copy.. Orite..


3. Lepas semua setel.. Akan kelua plak window macam gambar diatas.. Kat dalam gambar diatas, ada 4 entry dan komen teman yang hilang.. Dia dah recover balik.. Dia tanya teman, nak publish yang mana..?? Jadi teman pun tick le semua, publish semua sekali..

Haaa.. Sekarang cuba check entry anda.. Teman berani jamin, kompom semua entry ada.. Walaubagaimana pun, teknik nih cuma available untuk entry yang anda sempat save.. Entry latest yang anda tak save, akan hilang didalam kenangan.. Jadi teman menyeru lee, setiap kali anda publish entry, save backup dulu.. Bukan untuk orang lain, untuk kesenangan anda gak.. ^^

Yang tadi anda backup tuh sebenarnya cuma backup entry dan komen.. Dia tak backup template anda.. Jadi anda jangan lupa backup template anda.. Caranya..?? Rujuk bawah plak..

1. Poie ke ''Design'', dan picit button ''Download Full Template''.. Rujuk gambar diatas..

2. Yang nih pun sama, anda perlu simpan File tuh.. File tuh jugak dalam bentuk XML.. Save dan setel..

Heh, semua dah setel.. Anda tak perlu risau lagi kalau masalah berlaku jika anda amik langkah keselamatan macam teman kisahkan nih.. So, selamat membaca dan jugak selamat beramal.. ^^

Assalamualaikum..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP