Sunday, August 28, 2011

Peringatan Sebelum Balik Ke Kampung

Periksa kenderaan anda, pastikan semua jenis lampu pada kenderaan anda dalam keadaan baik.. Kalau ada yang dalam keadaan tak baik tuh, baik baik kan dia.. Untuk kesenangan anda jugak..
Periksa insuran, roadtax kereta anda.. Musim raya nih, speedtrap memang selalu ada, jadi memang menyakitkan kalau anda kene speedtrap dan dalam masa sama anda takde roadtax.. Double saman tuh beb..

Periksa tayar, kalau bunga cun, jalan je laa.. Kalau dah botak tuh, baik anda pikir 14 kali untuk meneruskan perjalanan.. Bukan apa, takut masalah tengah jalan nanti..

Rancang perjalanan anda.. Seeloknya, ikutla schedule yang dah dirangka oleh pihak PLUS.. Bukan hapa, schedule tuh sebenarnya untuk mengelakkan kesesakan jalan raya..

Jangan bawak barang banyak sangat.. Berat berlebihan boleh menyebabkan momentum kenderaan meningkat dimana momentum yang terlalu tinggi akan menyukarkan kenderaan berhenti.. Mungkin kelihatan macam tak penting, tapi ini fakta..

Kalau anda letih, lebih baik anda rileks dulu.. jangan rushing.. Tak lari kampong tuh dikejar.. So, jangan risau okeh..?? Kalau ada pemandu kedua, itu lagi bagus.. At least ada teman berbual..

Adalah digalakkan untuk anda menggunakan smart tag, atau touch n go.. Bendealah nih memudahkan anda dimana anda tak payah nak beratur amik tiket atau bayar duit..

Sediakan wang mencukupi sebab pihak tol sememangnya tak menerima kredit kad.. Sekalipun kad anda adalah daripada jenis Gold Class, nyata sekali ianya tak berguna..
Tinggalkan rumah dengan dikunci sepenuhnya.. Nih bertujuan untuk mengelakkan rumah anda diceroboh ketika ketiadaan anda.. Pencurik dan penyamun tak mengambil cuti sempena hari raya.. Dan lagi satu, sila jangan tulis ‘’Tuan Rumah Pulang Bercuti’’ dan digantung kat depan gate kerana ianya ibarat tiket masuk wayang bagi pencurik..  Pencurik sememangnya mencari rumah yang kosong untuk dikerjakan.. Kalau anda kurang bijak, anda tulis je ‘Rumah Orang Tua’’, lalu digantung kat pagar depan.. Yang nyatanya, pencurik takkan cuba mencurik kerana beranggapan rumah tuh rumah orang tua..

Jangan lupa tanggalkan dan matikan segala punca eletrik.. Kebanyakan kes kebakaran rumah adalah berpunca daripada litar pintas.. Tapi awas, jangan tutup soket oksigen akuarium ikan anda, melainkan anda nak tengok ikan anda yang mahal tuh terbujur kaku pabila anda pulang nanti..

Bagitau jiran jiran sebelah menyebelah yang tak balik beraya supaya mengusha ushakan rumah anda ketika ketiadaan anda.. Dan tinggalkan nombor telefon sekali.. Mana tau ada emergensi, nanti boleh la beliau call anda..

Selain bagitau jiran anda, lagi bagus anda gtau abang polis.. Teman dapat tau, semua cuti abang dan kakak polis dibekukan bagi menjaga ketenteraman awam.. Betapa mereka berkorban demi anda.. Solute sikit..!!

Periksa barang anda.. Pastikan barang keperluan anda dibawak bersama.. nanti kalau tertinggal, kan satu hal lagi nak pusing balik nak ngambik bende alah tuh.. Ubat ubatan, jangan lupa bawak.. Bukan hapa, takut klinik kat kampong anda tuh tutup.. Ye laa, dia pun nak balik raya gak..

Duit raya, sila sediakan awal awal.. nanti senang pabila anda dikerumuni kanak kanak riang yang menagih duit raya..  Kalau bapak budak yang menagih duit raya, dipersilakan anda untuk kasi penerajang sulung kepada beliau.. Jangan malu malu..

Yang terakhir, pandu cermat jiwa selamat.. Walaupun kereta anda ada turbocharger yang digabung bersama intercooler yang membolehkan anda memcut 0-100 dalam 10 saat, tapi itu tak bermakna anda bebas menekan pedal minyak anda.. Ingatlah orang tersayang.. Hari raya untuk bergembira, bukan berduka..

5 Drop Your Comment:

arituarini August 28, 2011 at 4:16 AM  

selmat hari raya....berhati2 dijalan raya..

Siti Aziz August 28, 2011 at 5:50 AM  

selamat hari raya ayie... ^_^V

faiz August 28, 2011 at 7:00 AM  

peringatan duit raya pon ade sekali..hehe..

SELAMAT HARI RAYA

Anonymous August 28, 2011 at 8:46 AM  

Selamat menyambut hari raya aidilfitri Ayie.

Anonymous September 10, 2014 at 10:01 AM  



my site ... freesexlovire

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP