Monday, August 29, 2011

Perkara Wajib Di Pagi Raya Aidilfitri


1.       Bertakbir
Bertakbir pada 1 syawal adalah amalan yang disyariatkan. Apalagi, jangan lupa bertakbir okeh..?? Sesekali je pun, jangan la berkira sangat tenaga anda tuh..

2.       Mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin muslimat
Greeting sesame manusia beragama islam adalah perkara yang bagus.. Biasanya orang akan cakap ‘’Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin’’.. Tapi kalau nak diikutkan, adalah lagi bagus kalau anda boleh meniru para sahabat rasullullah.. ‘’Apabila para sahabat rasullullah bertemu dihari raya, sebahagian mereka akan mengucapkan kepada mereka yang lain, -taqabbalullah minma waminka, yang bermaksud semoga allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

3.       Mandi pagi hari raya
Yang nih memang wajib.. Kalau sesapa yang tak mandi tuh, anda patut bermusahabah diri.. Kalau anda ingat bau peluh anda tuh sewangi ros mekar mewangi, anda memang silap.. Jadi, sila bertamadun sikit, jangan mengundang gangguan kepada manusia lain hanya disebabkan sikap anda yang tak suka mandi pagi atas alasan air sejuk..

4.       Makan sebelum solat hari raya
Ramai yang tak tau, sebenarnya adalah disunatkan menjamah makanan sebelum berangkat untuk menunaikan solat aidilfitri. Kebiasaannya rasulullah akan menjamah kurma dalam jumlah ganjil pada pagi hari raya. Hadis riwayat Bikhari, Anas bin Malik r.a berkata, ‘’Rasulullah s.a.w tidak akan ke tempat solat pada pagi hari raya sebelum memakan beberapa biji kurma’’

5.       Memakai pakaian yang cantik
Haaa.. Time nih la nak melaram dengan baju baru yang cantik dan menarik kau memang debom.. Tapi jangan berlebih lebihan pulak, sesungguhnya islam tidak mengalakkan pembaziran..  Kalau sampai 15 pasang baju anda beli, baik anda Tanya diri anda, anda ada masalah ke..?? hehehe

6.       Solat hari raya
Yang nih memang tak patut dilupakan.. Kalau anda boleh terlupa, anda sememangnya dalam masalah besar yang perlu diatasi.. Mana mungkin orang boleh lupa solat aidilfitri melainkan orang tuh buat buat lupa..  Sesudah solat tuh, adalah bagus kalau anda boleh tunggu kejap, dengar khutbah yang disampaikan free of charge..

7.       Kunjung mengunjugi
Kunjung mengunjung adalah amalan mulia, selain dapat merapatkan silaturahim, kunjung mengunjugi dapat member peluang kepada mereka yang dah lama tak berjumpa untuk berjumpa kembali. Disamping itu kanak kanak riang turut berpeluang untuk meningkatkan koleksi duit raya yang mereka peroleh sepanjang hari raya. Manakala untuk orang bujang, ini la masa nak usha sepupu sepapat yang cun dan masih available.. Mana tau ada yang sangkut.. Sesungguhnya jodoh itu dalam tangannya.. hehe

8.       Bersedekah
Memberi kanak kanak riang duit raya jugak dikategorikan sebagai sedekah.. Tapi adalah lagi bagus kalau dapat disedekahkan duit untuk membantu orang yang didalam kesusahan atau mungkin bersedekah kat masjid.. Dapat pahala bro..

9.       Zakat
Zakat adalah perkara paling best.. Zakat adalah diwajibkan kepada mereka yang cukup syarat.. Apa syarat dia? Heh, yang tuh cari la sendiri.. Kalau anda menepati syarat tuh, sila la jangan abaikan zakat fitrah okeh..?? Dan sebelum terlupa, sila bayar zakat fitrah sebelum solat aidilfitri.. Kalau tak sempat, sendiri mau ingat laaa… hahaha..

2 Drop Your Comment:

faiz August 29, 2011 at 5:54 PM  

kunjung mengunjung tu mmg benda pelik kalau org xbuat..

cik najah August 29, 2011 at 7:40 PM  

wah.. qlah pling suka part jalan2.. hehe XD

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP