Friday, April 15, 2011

Sembang : : Kerana ''koma'' punya pasal..

Kali nih, aku nak mengamuk sikit.. Uhh.. Mengamuk..?? Ganaih bebeno kome nih ayie.. Nih kaki layan DVD wrestling le nih.. Hahaha.. *Sila abaikan.. Berbalik pada cite asal.. Aku nak mengamuk pasal ''koma''.. Uhh.. Koma..?? Ye laa.. Koma... Err, bukan koma tak sedo diri tuh.. Nih koma , anak kepada penanda wacana.. Paham..?? Eh.. Anda pening. kah.?? kalau tidak, bagus laa.. HAHAHA.. *serius, nih la intro paling teruk pernah aku buat.. ^.^

Setegheit to de point.. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, aku tulis satu entry yang ''agak berat'' untuk dibaca.. jadi, kalau anda nak baca, dialu-alukan.. Kalau anda tak minat, aku tak paksa anda baca sebab entry nih mungkin menyebabkan anda pening kepala atau konfius.. hehe.. 

Sekarang aku nak tanya anda, penanda wacana tuh penting tak..?? Kalau anda tanya aku, aku akan jawab, penanda wacana tuh sangat la penting.. Ia umpama ''jantung'' kepada ayat.. Ayat kelihatan tak ''hidup'' kalau takde penanda wacana nih.. Malah, kalau ayat dibina tanpa penanda wacana, pemahaman boleh jadi lain (bergantung kepada cara berfikir orang tuh).. Tu la antara punca kenapa kadang kadang orang tak faham apa yang orang tulis.. Lagi-lagi budak mcm aku nih.. 

Jujur aku cakap, aku nih jenis lambat pickup kalau ''bermain'' dengan ayat, atau kosa kata atau sebagainya.. nikan pulak ''bermain'' dengan ayat yang tak ada penanda.. Tapi kalau main ngan math, insyallah, boleh belasah...Sebab tuh aku cukup menyampah dengan subjek KOMSAS.. Sebab aku tak bole bla ngan subjek tuh.. Dah la dulu time kelas BM, aku selalu lari masuk toilet.. Memang elok bebenor le tuh.. hoho.. -Sori ye KOMSAS.. Dikau bukan didalam sanubariku.. Uhh.. Pilunya. 

''Penanda wacana tuh hapa..??''

Erk, penanda wacana tuh ialah tanda pada ayat .. Contohnya ialah titik (.), koma (,), sempang (-) dan sebagainya... Penanda wacana nih umpama ''signboard'' untuk ayat laa.. Tak boleh langgar, nanti anda salah faham.. HAHAHA...

Oyeah, cukup sudah aku merepek.. Sekarang meh folow aku.. Aku review, kenapa aku tensen ngan orang yang tulis tanpa penanda wacana.. Lihat contoh dibawah.. -Err, sebelum tuh, bia aku reviewkan keadaan ketika ayat nih dibaca.. 

Aku berdebat dengan rakan aku pasal rangking  Universiti dunia.. Debatan tuh menyebabkan wujud satu perdebatan yang tak bertajuk.. Tapi point dia ialah  ''Popular berdasarkan rangking dan Popular berdasarkan Kualiti''.. Sampai la satu ayat tuh dia tulis dan aku dah salah faham dengan ayat yang dia tulis. Hal sebenarnya, dia cuba memaksudkan bahawa dia menyokong pendapat ''kualiti lebih penting daripada populariti''.. Tetapi tulisan dia menyebabkan aku tersalah faham.. Aku beranggapan bahawa dia menyokong ''populariti lebih penting daripada kualiti''..  

Sebelum anda meneruskan pembacaan ayat dibawah nih.. tutup mata anda, dan cuba bayangkan, jalan raya tanpa signboard, apa jadinya..?? haaa..TEPUK DADA TANYA SELERA.. Sekarang bukak mata dan baca ayat dibawah dengan SEKALI IMBAS je..

kalau setakat popular kualiti xde apa maknanye
 Nih apa yang dia tulis, sebijik okeh.. jangan kata aku tipu

Berdasarkan ayat diatas, apa yang anda faham..??
A- ''Popular dengan kualiti'' tak ada maknanya..
B- ''Popular'' tiada makna kalau ''kualiti'' tak ada
C- Tiada jawapan

Okeh, sambung.. Kalau orang mcm aku nih, jenis yang suka baca sekali imbas je dan kurang pikap (lambat faham ayat), kompom akan pilih jawapan A... Manakala kalau orang tuh jenis suka baca detail dan suka tenung ayat lama-lama atau otak dia memang pikap habis, kompom pilih jawapan B.. -Jawapan C hanya untuk budak kecik yang masih tak reti membaca.. Sila take note.. Hahaha..

Sebenarnya, jawapan yang betul adalah B.. Kalau anda sekali imbas je, anda akan nampak ayat diatas ''seperti sebuah statement''.. Cuba tengok ayat dibawah yang aku faham dengan sekali imbas.. Kelihatan mcm statement kan..?? 

''kalau setakat popular kualiti xde apa maknanye''
 
Tapi kalau anda tenung ayat tuh, anda akan perasan,  itu bukan ayat statement, tapi ayat soalan.. Kenapa..?? Cuba renung sekali lagi.. Anda akan nampak bahawa ''koma'' tak diletakkan pada tempatnya.. Sepatutnya diantara ayat popular dan kualiti perlu ada ''koma'' (,).. Malangnya tak ada.. Tu sebab aku ter'pilih jawapan A, dan seterusnya menyebabkan aku dah salah faham maksud ayat tuh.. Seterusnya menyebabkan perdebatan menjadi PANAZZZ.... hehehe.. Okeh,.. Sekarang cuba tgk ayat kat bawah nih plak..

''kalau setakat popular, kualiti xde, apa maknanye??''
atau sekurang-kurangnya, letak satu koma untuk memisahkan ayat.. dan jangan lupa tanda soal..

''kalau setakat popular, kualiti xde apa maknanye??''

Ayat diatas adalah ayat yang memberi erti sebenar.. Perhatikan, diantara perkataan popular dan kualiti, ada tanda koma (,).. Maksudnya begitu jauh berbeza berbanding apa yang aku faham dengan sekali imbas (tanpa koma).. Adakah anda faham.apa yang cuba aku sampaikan nih.?? Aku dah cuba memahamkan anda nih.. Kalau anda tak faham jugak, rugi la aku tulis entry nih.. ^.^

Jadi bila anda suka tulis tanpa penanda wacana, jangan marah kalau orang lain salah faham.. Ni la sebabnya..  Anda kene faham, bukan semua orang ada ''bakat'' dalam bahasa.. Dan aku bukan dikalangan orang yang ada bakat dalam bahasa nih, Harap faham.. Sebelum aku menutup tirai entry, aku nak anda semua taw..

Bahasa jiwa bangsa.. Tanpa bahasa, siapalah kita..

p/s: Kalau anda nak kondem, sila kondem dengan berhemah dan dilengkapi PENANDA WACANA.. Kalau tak, anda akan membuat aku tensen untuk membacanya.. HAHAHA.. 

Anda dibenarkan untuk membayangkan aku sedang berperang komen di FB, dan last sekali aku malu bila aku sedar yang aku dah salah faham pada komen beliau.. Kira mcm aku serang orang yang sebenarnya datang nak backup aku.. Arghhhhh.. Malu gle weh.. Segan... Apehal la aku ni  sengal-sengal ubi..?? Uhh tidak.. Genetik sapo la nih..  HAHAHA.. -Awas, jangan salahkan ibu mengandung..!!


Usop wilcha pun taw kome.. kome.. kome...
dan fullstop.. HAHAHAHA

35 Drop Your Comment:

Ustaz Love April 15, 2011 at 3:05 AM  

fenin.. fenin.. :D

Abu Bagi April 15, 2011 at 3:21 AM  

terima kasih cigu..yg tu rupanya dikatakan penandawacana..ingat2 lupa dah..tpi aku suka subjek KOSAS..even tak hebat pun mengarang keh keh :)

Ayie April 15, 2011 at 3:41 AM  

ustaz- memang fenin.. Nak publish pun ter'usha2 lagi.. takut ada salah.. hahahaha

Ayie April 15, 2011 at 3:42 AM  

GiveAsh- Uhh.. cigu..?? HAHAHAHAHA..

alexayussida April 15, 2011 at 3:52 AM  

hehe yeayy dapat pick up :P

biasakan mata baca laju2..tp lama2 buat bnda sama cm gini leh penin gak:P

Ayie April 15, 2011 at 3:59 AM  

hahaha.. satu ayat, ada dua maksud.. kene hati2.. silap2 boleh jadi gaduh.. HEHEHE.. ^^

adwafarahin April 15, 2011 at 4:38 AM  

yelah lepas nie kene hati2 menulis cikgu BM da mai dah

takut2!

haaha

Ayie April 15, 2011 at 6:15 AM  

adwa- aku dah siap tali pinggang.. Tebal dan lebar.. tunggu mangsa je nih.. haahahaha

Miss Shikio April 15, 2011 at 7:10 AM  

saya pilih C lah tadi.. mknanya saya masih budak2.. yeeyyy!!! hahaha~

Ayie April 15, 2011 at 7:16 AM  

erk..?? apakah..?? hahahahahahaa

Sharinginfoz April 15, 2011 at 8:04 AM  

Pening dan pening..... apa citernya panjang lebar ni, sorry

Ayie April 15, 2011 at 8:08 AM  

cerita..?? kes kerana ayat tidak diletakkan penanda wacana bernama koma, maka aku salah faham dan membantai orang tanpa segan.. lalu...AKU MALUUU... hahaah

Siti Aziz April 15, 2011 at 9:18 AM  

hahahahaha....=)

faiz April 15, 2011 at 10:16 AM  

ok ye murid2..lepas kite belajar koma ni,kita beralih ke noktah plak ye...heheh

mykhalis April 15, 2011 at 3:54 PM  

serius aku bagi 100 likes kat post ini..tak mengarut dan harus setiap blogger baca..

Hafriz Mohamad April 15, 2011 at 6:22 PM  

fuhh~ mmg entri yg brat..
smpai x larat nk pikul... huhu.. hihi~

anyway.. nice en3!! ^_^

Miecyber April 15, 2011 at 8:35 PM  

Alamak Cikgu Bahasa Melayu dah marah...

Fakta Menarik Tahun 2011

Awie Omar April 15, 2011 at 9:03 PM  

entry bukan main ... penuh dengan ilmiah sehingga menggangguguat urat saraf kepalaku

Ayie April 15, 2011 at 11:54 PM  

siti- uhh.. gelak ye anda..?? hahaa

Ayie April 15, 2011 at 11:55 PM  

faiz- lepas tuh, tanda seru, tanda soal, dan sebagainya.. hahahahaha

Ayie April 15, 2011 at 11:55 PM  

hafriz- memang berat bebeno.. aku peram dulu owh, baru berani nk publish.. hahahahaha

Ayie April 15, 2011 at 11:56 PM  

khalis- uhh.. tengkiu.. tengkiu.. *mata blink blink.. ^^

Ayie April 15, 2011 at 11:57 PM  

miecyber- Uhh.. ganaih benor cikgu la nih.. mengamuk saje.. hahahaha

Ayie April 15, 2011 at 11:57 PM  

awie- jangan kata urat kepala ko, urat kepala aku pun dah berpintal2.. hahahaha

Admin April 16, 2011 at 12:48 AM  

Panjan sunguh pengertian KOME,
Bagus info begini,saya menulis lintang pukang je.tapa tanda kome amat penting dlm script HTML

sekamar rindu April 16, 2011 at 1:03 AM  

salam..

boleh jadi pakar bahasa...

Ayie April 16, 2011 at 3:01 AM  

aku dan teksi- Uiihh.. takda kome, memang tak comply le html tuh.. hhahahaha

Ayie April 16, 2011 at 3:02 AM  

sekamar rindu- erk.. pakar bahasa..?? kelas BM dulu saya selalu lari kak oii.. hahahahaha

Awie Omar April 16, 2011 at 9:02 AM  

nasib la video si usop tu, tak stress sgt

Unknown April 16, 2011 at 10:17 AM  

penerangan yang sangat berkualiti nih bro...

memang kualiti lebih penting dari kualiti... tapi kualiti itu boleh datang dengan meningkatnya populariti dan sebaliknya... huhuhu...

Anonymous April 16, 2011 at 1:23 PM  

haha! penanda wacana memang peting untuk fahamkan org...
klu masa chat pn perlu penanda wacana..
kekadang aku confius, dia tanya ker bgtau...

Ayie April 16, 2011 at 2:34 PM  

PB- thanx bro.. kualiti dan populariti saling memerlukan.. hehehhe

Ayie April 16, 2011 at 2:35 PM  

♕ Mr.IX ♂- kalau typo tuh, aku still bole paham bro.. tapi kalau takde penanda wacana nih, memang tensen la weh.. hoho

.::: Princess MOMOY :::. April 17, 2011 at 12:30 PM  

bro ayie
serius momoy suka entry ni
biarpun simple jer tapi mesej padat
haha...bagus la otak u bro
satu ayat jer tapi boleh create entry best!
cayalah
bravo !!

Ayie April 17, 2011 at 4:42 PM  

momoy- eh, itu pujian kan..?? waaah.. tengkiu momoy.. hahahaha

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP