Sembang : : Mari hantar borang BE
Dah nak 30 April nih.. Anda sedar tak anda ada tanggungjawab..?? Haaa... Bagi sesapa yang masih belum submit borang BE (*tak ada kaitan langsung dengan Nuffnang okeh..^.^ ) kepada LHDN.. Jangan le nanti dah saat akhir baru nak submit, menyusahkan nanti..
Kalau taknak hantar..?? Takde pape.. cuma aku nak gtaw le, kegagalan mengemukakan borang ini adalah satu kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.. Tak le teruk sgt kan..?? Jadi kalau taknak hantar, buat derk je udah le.. Lepas tu tunggu je writ mahkamah sampai.. So, rajin-rajin le tgk peti surat tuh.. Mana taw surat dia sampai awal.. Boleh buat kenduri sikit sikit..
LHDN ada kasi nasihat, semua pembayar cukai diminta untuk mengemukakan borang itu dalam tempoh yang telah ditetapkan dan menggunakan perkhidmatan e-Filing kerana ia mudah, tepat dan selamat. Kalau anda nak keterangan lanjut, andai boleh melayari laman web rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan melalui talian 1-300-88-3010
p/s: jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, anda dapat surat chenta.. (*sila nyanyi dengan betul)
20 Drop Your Comment:
perghhh..satu ingatan yg penting..surat pun dah hilag nie
aku tak hantar lagi..
Kakak dah hantar 2 minggu lepas. Kakak buat N3 juga tentang ini sebaik dapat EA terus isi BE and hantar...
khalis- hantar jangan tak hantar.. kang bro masuk lokap, sape nak update blog..?? hahahaha
Abu- erk.. kalau dapat BE dari nuffnang, tak payah hantar kot.. hahahaha..
kakzakie- wow.. memang pantas dan efisien le akak nih.. hahaha
hehe..masa memula chii tgk tajuk,,ingtkan BE nuffnang...ihiks..nasib baik baca sampai abih...
huhuhu..chii xperlu nk pk lg..lum layak pun :p
sorry terus terang aku tak faham daa....
apa itu BE??? huhuhu.. tak taw pun
atok belum layak lagi....hoyeyyy...hihi
ko da hantar ke ayie?
den x layak lagi.heheh
*maaf bertanye BE itu apa pak?
Huuu, banyaknya cukai nak bayar ye. Tu belum masuk duit PTPTN nak bayar lagi tu. Hehehe.
Chii- Nasib baik BE Nuffnang tak payah hantar LHDN.. hahaha
Awie- kalau tak paham, sila klik link nih,
http://zakiepurvit.blogspot.com/2011/04/borang-be.html
Anis- BE tuh ialah borang cukai.. senang cite.. HAHAHA..Kalau tak hantar, denda dan penjara atau kedua duanya sekali.. ^^
Atok- erk, bukan pangkat atok diwajibkan hantar ke..? hahaha
Adwa- err, aku pun tak layak kot.. hahahaha
Tira- biasa laa.. Duduk kat mana-mana pun, cukai kene bayar.. Termasuklah penduduk Papuan New Gunie pun terpaksa bayar cukai.. Cuma jumlah bayaran tuh bergantung kepada tempat tuh.. Kat Malaysia, nilai cukai tak le teruk sgt.. Masih boleh diterima.. ^^
ouhh , aniss budak2 lagi.. tak taw hal cukai-cukai nie... ngee =)
Anis- budak budak..?? Nah gula gula.. poie main jauh jauh.. HAHAHAHAHA
Post a Comment