Monday, April 18, 2011

Segmen''Jum Tukar Entry Dengan Cik Khalis

Huuii.. Dari harituh teman menunggu bro khalis kasi teman entry dia.. Sampai la, teman tgk email takdak pun.. Nak copy paste, tak bole sebab beliau block highlight.. Nak tanak terpaksa la teman menulis balik entry beliau.. Nasib baik le jari teman nih berkepantasan 1.2 Mbps, kalau idak, mampuh le teman nak menaipnye.. hahaha.. Tape lee.. Disebabkan bro Khalis dah review blog teman nih haaa, maka teman pun nak le REVIEW entry beliau juge.. Lalu teman taip balik entry nih.. Kalau nak tgk yang original, sila usha sini yep.. hahaha..

..........................................................................................................................
Semalam, orang rumah telipon Khalis. Dia cakap dia nak stay berpantang di rumah mak mentua sampai 100 hari. Khalis tak tanya banyak dan terus setuju Khalis cakap ''ok'' walaupun minggu lepas dia janji nak balik rumah lepas 40 hari.

My wife marah la pulak.. Dia cakap..

''kenapa abang setuju cepat sangat??? tak suka dah saya balik sana?''suara merajuk.

''takderla,, sayang yang cakap nak stay, bila sayang mintak abang kasi jerla.. nanti abang tak kasi sayang cakap berkira .. bila sayang merajuk abang kene bagi jugak.. Baik abang setuju je terus''Khalsi menerangkan.. Sebab ketika my wife talipon khalis tengah main game kereta.. hehe

''abang buat apa tue? kenapa macam tak nak cakap ngan sayang?'' Khalsi diam sebentar sambil cakap dalam hati,, inilah perempuan.. bila kita memudahkan.. dia nak menyulitkan..

Khalis pernah certa dulu isteri khalis wat permintaan masa kami berjalan di bandar dia nampak kedai emas dan mintak anting-anting..

Khalis terus setuju dan tarik tangan dia masuk kedai emas.. Sambil memilih tu, muka dia masam je. Bila khalis tanya kenapa.. dia cakap dia main-main je.. kenapa khalis perli dia.. dia mintak nak beli hanbag khalis wat tak taw je..

Khalis cakap,, handbang kalau jual tak laku.. emas nih walaupun tak dapat harga penuh tapi rugi sikit je.

Nampak tak? kenapa wanita suka merumitkan situasi? tak boleh memudahkan supaya kami lelaki boleh fokus pada kerja lain?

Khalis bagi contoh isteri sebab kami dah kawan lama.. Dari zaman ko aku.. bidih bongong jadi panggilan.. Masa berkawan dulu dia tak serumit ni.. Kalau khallis mintak meniru kerja sekolah dia kasik je.. memberla katakan, mintak belikan bateri sebab nak dengar walkman di asrama,, beresss.. takde nak merajuk-rajuk..

Kalai dia datang kedai, dan kedai Khalis kotor, dia akan sapu tanpa banyak cakap.. sekarang? dia akan bebel dulu setengah jam pot pet pot pet  sambil mengemas.. malu oo.. suara dah la kuat.. hehe..

Tapi bila berkahwin, tolak ansur yang diamalkan berbeza masa bercinta..

Contoh.. tahukah anda semua kekasih akan tahan kentut? tapi bila kahwin bangga bagitau dia kentut? siap boleh lawan kentut lagik. tolak ansur disini ialah siapa yang paling tahan bau kentut.

Tahukah anda, semasa bercinta, wanita suka menguji pasangan. nak tahu level kasih sayang? dan lelaki terpaksa memenuhi standart yang ditetapkan? tolak ansur disini, lelaki banyak mengalah,,

Tahukah anda wanita suka buat permintaan? cuba dalam masa seminggu, anda sebagai lelaki apa yang dia mintak jangan tanya.. terus cakap ok dan ya..stuju je.. Hasilnya dia takkan berpusa hati sebab anggap anda takde pendirian?

Tahukah anda yang wanita suka surprise bila pergi dating? dan anda jangan surprise kalau dia tak suka surprise anda.. Tolak ansur disini, wat surprise yang tak surprise.. biar dia dah dapat bayang2.. Jangan wat surprise yang wt dia terkejut berok pulak.

Sayang.. lengkapi abang yang seba kekurangan ini.. Abang memang tak semourna.. sebab tu abang perlukan sayang.. satu je permintaan aban.. shhhhhhh.. cubaa kurangkan membebel je.. leh tak?.. hehehe.. lagi bertambaaaaahhhh saaaaaayang abang kat sayang..

tahutak apa si dia akan cakap???

ooooo..SELAMA INI TAK SAYANG SAYA LAHH!!!
..............................................................................................................

Kepada kaum wanita yang menjadi reader di blog teman nih, apakah anda bersetuju dengan bro Khalis..?? Taip Undi-Ya atau Undi-Tidak dan dropkan didalam ruangan komen dibawah.. hahaha

2 Drop Your Comment:

adwafarahin April 18, 2011 at 6:51 AM  

ye mmg btl pon -__-

Ayie April 18, 2011 at 7:33 AM  

err.. mcm tak ikhlas jep sis.. hahahaah

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP