Monday, April 11, 2011

Berita : : Wah..!! Mersing masuk Utusan Melayu

MERSING 10 April – Hajat dua anggota tentera untuk menangkap ikan di Pantai Sekakap di sini, terbantut apabila mereka menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan rentung pagi ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota tentera terbabit kira-kira pukul 10.30 pagi memaklumkan penemuan mayat tersebut. Menurutnya, mayat itu ditemui ketika kedua-dua anggota tentera itu mencari kayu untuk memasang jaring ikan di belukar pantai berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Jalan Mersing-Sekakap.
Berita Selanjutnya: Utusan Melayu

Sebenarnya, kes pembunuhan tuh tak la menarik minat aku, sebab pada aku, sekarang nih kes bunuh dah mcm drama bersiri.. Orang pun dah naik bosan gamaknya..  Tapi apa yang menarik minat aku ialah tempat mayat dijumpai.. Area tempat mayat dijumpai sebenarnya merupakan venue kegemaran aku dan sepupu aku memancing.. Kat situ ada satu teluk namanya teluk lanun.. Siap ada kelong kot kat teluk tuh.. Ikan sangat banyak kalau kene musim.. Sgt la nice utk pemancing tegar di seluruh Malaysia.. Wahh.. Hebat kan..?? Sekarang dah masuk paper.. Dah terkenal la kawasan tuh.. Kompom untung la makcik jual ikan bakar, makcik jual udang goreng, pakcik jual sata dan makcik jual keropok lekor kat tepi jalan tuh.. Oh, lupa, Mersing Johor ialah kampung encik abah.. *err, perlu ke beritaw..?? hahaha 

p/s: makcik pakcik yang berniaga kat tepi jalan nun, jangan gatal2 nak naik harga, memang aku tak beli dah kalau pakcik makcik naikkan harga sesuka hati.. Muaahahaha

6 Drop Your Comment:

adwafarahin April 11, 2011 at 4:38 AM  

haha berhantu la tmpt tu nnt

Ayie April 11, 2011 at 4:47 AM  

jangan la pegi waktu malam.. pegi la waktu siang.. hahaha

GiveAsh April 11, 2011 at 9:41 AM  

pas ni takyah la ko pgi memancin kat situ lagi...hooo..!

Filippo April 11, 2011 at 2:53 PM  

arghhh gian weyy nk g mancing situ..layan tenggiri dengan belitung...masyukkkk..ahha

(sorry komen xde mengena ngan pembunuhan di atas(

Ayie April 11, 2011 at 3:35 PM  

giveash- habis tuh nak mancing mane der..? pasar..?? hahaha

Ayie April 11, 2011 at 3:36 PM  

filippo- apa barang belitung.. moh le kite tangkap siakap celah batu.. kalau tak putus tali, memang saje je le.. hahha

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP