Sunday, April 10, 2011

Berita : : Nelayan kita ditahan Indon

KUALA LUMPUR: Dua bot nelayan tempatan ditahan dipercayai oleh agensi penguatkuasaan Indonesia di perairan negara kira-kira 45 batu nautika dari Barat Daya, Pulau Pinang dan 25 batu nautika dari perairan antarabangsa Malaysia-Indonesia, semalam. Menurut sumber Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM), dua bot berkenaan dari Hutan Melintang, Perak dipaksa masuk ke sempadan perairan negara berkenaan, walaupun cuba dihalang pihak berkuasa negara ini.
Berita lanjut: Harian Metro

Menurut satu kenyataan yaang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar empat helikopter dan dua buah kapal peronda ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat. "Dua helikopter yang terlibat ialah jenis AW139 dari APMM, manakala dua helikopter jenis Super Lynx dan Fennec dari TLDM."APMM telah menghubungi bot Indonesia melalui radio bagaimanapun tiada maklum balas yang menyebabkan satu arahan menggunakan pembesar suara dibuat agar kedua-dua bot tersebut dilepaskan," kata kenyataan itu.Bagaimanapun, usaha untuk membebaskan semula krew kedua-dua bot tempatan itu tidak berjaya kerana krew bot pihak berkuasa Indonesia itu mengacukan pistol ke arah helikopter APMM.
 Berita Lanjut: Utusan Melayu

p/s: boleh aku taw, kejadian berlaku di perairan mana..?? Perairan ntarabangsa atau Malaysia atau Indonesia..?? Apa tindakan Wisma Putra..?? Adakah ini satu penganiyaan..?? Aku yakin kawasan tuh adalah perairan antarabangsa sebab helikopter Malaysia boleh terbang kesitu..

4 Drop Your Comment:

adwafarahin April 10, 2011 at 4:22 AM  

ape kate ko jd wartawan pegi siasat perairan mane,aku nk gak tau..heheh

Ayie April 10, 2011 at 4:33 AM  

tak dapek den nak nolongnye.. hahaha

adwafarahin April 10, 2011 at 4:48 AM  

cepat2! jgn malas!!!!

Ayie April 10, 2011 at 5:01 AM  

hahaha.. kawe tok gheti nok jadi wartawe.. sat g mampuh kawe kene gelak dek kaum.. ^.^

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP