Sunday, April 3, 2011

Sembang : : Mitsubishi dan Proton

Aku cukup heran, kenapa ye, kalau nak membandingkan kereta Proton, mesti Mitsubishi yang jadi pilihan..?? Kenapa..?? Kenapa mesti Mitsubishi..?? Kenapa bukan Hyundai..?? Atau Kia..?? atau paling kokak pun, pilihla Produa.. (*Aku rasa Produa lagi bagus kot dari Proton) Aku rasa terpanggil untuk luahkan kehairanan aku berkenaan hal nih.. Jujurnya, aku agak terkilan dengan stigma masyarakat malaysia nih.. Suka sgt membandingkan sesuatu yang class biasa-biasa je  (*Proton) dgn sesuatu daripada high class. (*Mitsubishi). Aku bukan penyokong Proton, tapi pada aku, kalau nak menghentam Proton sekalipun, sila la hentam dengan penuh ilmiah.. ni tidak.. Entah hapa-hapa dicakapnya.. Lagi satu, kalau nak hentam tuh, pilihla syarikat yang sesuai..

Sekarang aku nak terangkan kenapa Proton tak boleh dibandingkan dengan Mitsubishi.. 

Yang pertama sebab Mitsubishi dan established lebih 100 tahun.. Aku google tentang founder utk Mitsubishi nih, dia dah wujud sejak tahun 1870.. Tak percaya..?? Klik link nih.. Jadi untuk syarikat yang dah wujud beratus tahun, malah terlibat dalam pelbagai bidang termasuk perbankan, machinery dan war tool, apa kemampuan yang dia ada..?? Adakah syarikat yang hanya berusia 28 tahun (Proton founded pada  1983) setanding dengan Mitsubishi..??Jawapannya tak.. pada aku, Proton jauh lebih rendah tarafnya berbanding Mitsubishi.. Jadi kalau nak membanding Proton dengan syarikat lain, Mitsubishi bukan pilihan yang betul.. Mitsubishi nih ibarat ''sifu'' kepada Proton..

Yang kedua sebab Mitsubishi pernah mengeluarkan kapal terbang.. Ramai yang tak taw pasal benda nih.. Pada aku, kalau syarikat tuh mampu untuk menerbangkan kapal terbang, setakat menjalankan kereta, bukan kerja susah kan..?? Jadi adakah menghairankan kalau kereta yang mereka keluarkan tuh sgt bagus..?? Takkan..?? Eh, Anda tak percaya mitsubishi keluarkan kapal terbang...?? tape, klik je sini.. Untuk pengetahuan semua, Mitsubishi A6M Zero adalah diantara pesawat perang yang digeruni oleh pihak berikat.. Dikisahkan jugak, setiap pilot kapal terbang nih adalah pejuang Kamikaze yang membunuh diri dengan menghempaskan pesawat mereka selepas peluru habis.. Malah kapal terbang nih ada 9 variasi yang berbeza diantara satu sama lain.. Berbalik pada cerita asal, Kenapa aku tak suka bila Proton dibandingkan dengan Mitsubishi.. A6M Zero adalah diantara sebabnya.. Proton cuma mampu keluarkan kereta, tapi Mitsubishi plak mampu keluarkan kapal terbang.. Jadi sangat tidak adil untuk dibandingkan antara Proton dan Mitsubishi..


Yang ketiga sebab Proton dibentuk dengan bantuan Mitsubishi.. Dalam erti kata lain, sewaktu era Tun Dr Mahathir, dasar pandang ke timur yang di ilhamkan oleh Tun menyebabkan Proton dibentuk mengikut konsep Mitsubishi.. Dalam perkataan lain, Mitsubishi nih boleh diumpamakan mcm sifu besar kepada Proton.. Jadi kalau anda membandingkan antara Proton dan Mitsubishi, sama je mcm anda membandingkan seorang student U dengan dekannya.. Mudah kan..?? Kepada yang tak taw tuh, Proton Perdana dibuat berdasarkan model Mitsubishi Galant, manakala Proton Wira dibuat berdasarkan Mitsubishi Colt/Lancer,.. Model Proton yang lain, kalau anda nak taw dibuat berdasarkan model mana, sila google sendiri.. HAHAH..


Yang keempat sebab Proton cuma terlibat dalam industri kereta sahaja, sebaliknya Mitsubishi dah terlibat dalam pelbagai industri.. Mereka mempunyai kewangan yang maha kukuh berbanding Proton, jadi jangan ditanya kenapa Proton taknak buat RnR dan hanya bertindak menggunakan sumber sedia ada.. Ini disebabkan oleh faktor kewangan.. Untuk buat RnR, banyak kos perlu dilabur jika tidak mempunyai kemudahan khusus.. Jadi sikap Proton tanak buat RnR, boleh diterima..(*tapi kalau selama-lamanya tanak buat RnR, kita memang patut argue).. Untuk pengetahuan anda, selain industri kereta, Mitsubishi terlibat dalam industri kimia, nuklear, perbankan, eletrik, minyak, plastik dan industri berat lain..  malah mereka ada  Research  Institute.mereka sendiri.. Jadi untuk melaksanakan RnR, mereka tak ada masalah pun.. Berbeza dgn Proton..

Sebab kelima ialah pada 2007, mereka berjaya membina (dan mungkin menjual) hampir 1.3 juta kereta keseluruh dunia.. Cuba google, berapa banyak kereta Proton yang dibina/dijual pada 2007.. Adil atau tidak anda membandingkan brand yang hebat mcm Mitsubishi dgn Proton.. Kalau anda bandingkan jugak, memang la Proton kelihatan sgt ''kecik''.. apalaa.. ^.^

Pada aku sangat tak matang la kalau anda nak membandingkan antara Proton dan Mitsubishi.. Kalau anda nak bandingkan, sila bandingkan antara Proton dan syarikat seperti Hyundai atau syarikat yang lebih sesuai..  Kalau masa established tuh tak sama, at least hampir-hampir kira okeh laa.. Hyundai established tahun 1947, kirenya tak la jauh sgt (*walaupun 40 tahun beza).. Ini ialah hanya pendapat aku sebagai orang biasa.. Kalau ada salah dan silap tuh, mintak maaf laa.. Apa yang aku tulis nih, sekadar berdasarkan pemahaman dan pendapat aku je.. Opinion is a very subjective issue while it may change due to a people in how the way they thinking... So, maybe pendapat aku mungkin tak sama dgn anda kan..?? Pendapat kan hak individu.. hahaha..

Kalau anda tanya pendapat aku tentang Proton, aku akan jawap kualiti Proton masih ditakuk lama.. Bukan nak menghina, tapi itu hakikat.. Pihak Proton perlu buat study lebih sikit la kot.. Kalau tak, Produa akan naik jadi carmaker terbesar Malaysia mengatasi Proton.. Nak backlink..?? ehehe.. klik je kat backlink Proton tuh, ada dia bagitau pasal status jualan Proton kat situ.. hahaha

p/s: Kalau ada salah, tolong betulkan.. Tapi tolong cakap elok2 yep.. Aku boleh terima teguran.. Lagi satu, Kalau ada pendapat tuh, bgtaw la aku.. Aku boleh terima pandangan org lain.. hehehe..

4 Drop Your Comment:

Ustaz Love April 3, 2011 at 2:04 AM  

Salam...

Wahh.. panjangnya entry.. memang sungguh berinformasi.. TQ ;)

Ayie April 3, 2011 at 2:19 AM  

thanx ustaz.. bukan hapa, saya cuma nk luahkan pendapat.. pada saya, nk keluarkan pendapat tak salah, tapi biarlah ilmiah.. nampak sikit matang tuh..

kadang-kadang org tak boleh nk terima pendapat.. mcm yang saya tulis,

opinion is a very subjective issue while it may change due to a people in the way how they thinking....

.::: Princess MOMOY :::. April 3, 2011 at 9:39 AM  

salam dear ayie.
artikel menarik
ada info sekali ngan fakta
dasyat la
momoy nyer based on experience
kalau entry referencc, just bagi backlink asal tapi kita olah semula ngan ayat yang ringkas dan difahami.

momoy suka blog awak. dari awal follow awak mmg suka kaji dan study . bukan cakap kosong. terbaik la bro.

Korang pernah main game ni?"

Ayie April 3, 2011 at 11:29 PM  

thanx momoy.. entry nih dibuat sebab nk luahkan pendapat je.. hahaha.. thanx sekali lagi.. hehehe

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP