Berita : : 20 Pelajar Belasah Seorang Pelajar
KUALA TERENGGANU: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lain semata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam. Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad, 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.
Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu. “Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).
“Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar,” katanya. Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan. Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.
p/s: Budak2 nih terengaruh movie Zero Crow la kot..
6 Drop Your Comment:
ini mmg gangsta habes
kite bako je!
yeah.. bako sampai jadi abu.. waahaha.. sape setuju angkat tangan mcm saye..
apsal la bdk zaman sekarang nak jadi samseng dusun je..
rasanya samseng kampung dusun pun tak sudi terima mereka jadi ahli..
aku da angkat tangan da nie ayie oi!
tak nampak pun.. tinggi la lagi..!!
Post a Comment