Sunday, April 3, 2011

Sembang : : Komen saya terhadap pengkomen yang saya jumpa..

Aku selalu gak ''melepak'' kat area-area Oh Media dan area yang sewaktu dengannya.. setiap kali aku melepak, mesti aku banyak baca ayat org bersembang.. ada yang bersembang penuh minat, ada yang lebih gemar bermaki-makian, malah ada yang cerdik siap bagi backlink utk setiap hujah mereka.. berdasarkan tuh, aku buat satu entry tentang status pengkomen nih.. so, sila la baca pendapat aku nih.. hehehe


Pengkomen berlagak bijak:
Cukup berlambak aku jumpa.. Ada jugak pengkomen yang mengomen yang pada pandangan aku nih mempunyai ciri-ciri orang berlagak pandai.. Macam mana aku tak cakap mcm tuh, bila aku tanya detail tentang issue yang dibincangkan langsung tak boleh dijawap.. So, aku labelkan budak jenis nih sebagai org yang suka berlagak pandai..Setakat baca dalam paper  pastu hentam bagai nak rak, serupa tak payah.. kalau betul nak hentam, baca buku, buat sikit study, fahamkan betul2.. then baru hentam.. bukan setakat semberono..  Aku cukup menyampah baca komen yang digarap/ditulis tanpa perincian.. Paling tidak pun bagi la backlink.. Ada gak sumber nk dirujuk.. Serius, bosan.. Entah dari mana dia dapat fakta pun tak taw.. Entah-entah fakta tuh MakCik Jenab kampung sebelah yang kasi..  Baik tak payah.. Kalau takde backlink atau tak jumpa backlink, at least bagitaw dari mana dia dapat fakta tuh.. majalah ke, paper ke.. janji ada.. ni tidak..

Pengkomen versi haters:
Pengkomen versi nih banyak aku jumpa kat dalam blog dan web.. Mereka nih terdiri daripada haters tentang issue yang dibincangkan yang mungkin disebabkan mereka pernah ada masalah dgn issue tuh dan mereka tak berpuas hati.. Lalu mereka hadir sebagai pengkomen haters dan biasanya org mcm nih terdiri daripada orang yang memang taw apa yang dia tulis.. Kalau anda nak kenal org mcm nih, anda tgk cara mereka berhujah.. Mereka akan beri banyak point yang sememangnya betul kalau ikut logic akal.. Pengkomen jenis nih biasanya mengkomen berdasarkan pengalaman mereka.. Pada aku, pengkomen versi mcm nih, perlu diambil perhatian oleh oleh pihak yang terlibat dengan issue yang dibincangkan tuh  sebab komen mereka adalah tentang kelemahan issue yang dibincangkan tuh.. Kalau pihak terlibat ambil berat tentang komen mereka dan cuba perbaiki, insyaallah, pihak tuh boleh naik taraf..

Pengkomen dari pengguna tertekan: 
Yang nih pengkomen yang sedang menghadapi masalah dgn issue yang dibincangkan,.. Pada aku pengkomen nih lebih kepada cuba meluahkan rasa tak puas hati sebab mereka sedang berhadapan dgn masalah yang berkaitan dgn issue yang dibincangkan.. Maybe mereka tak taw mane nak luahkan perasaan, maka blog adalah tempat yang sesuai.. Kepada pengkomen versi nih, anda patut pergi kepada Khidmat Pelanggan.. Kalau mereka tanak bertanggungjawab, pergi ke KPDN&HEP.. Insyaallah mereka akan bantu anda.. Kita pengguna, kita ada hak..

Pengkomen bijak:
Aku suka baca komen daripada org mcm nih.. Pengkomen jenis nih terdiri daripada haters atau lovers, tapi yang membuatkan aku melabelkan mereka pengkomen bijak ialah sikap mereka berhujah dengan fakta lengkap, siap dengan backlink dan sebab kenapa statement tertentu dibuat.. org jenis nih memang aku solute.. Nampak sikit matang dan bijak bila berhujah..  At least ada jugak la komen bijak yang aku boleh dapat.. haha

So, anda versi pengkomen yang mana..?? tepuk dada tanya selera.. hahaha

13 Drop Your Comment:

adwafarahin April 3, 2011 at 1:55 AM  

errr aku x tau aku yg mane
haha

Ayie April 3, 2011 at 2:03 AM  

tape.. ada masa lagi nk pikiaq.. hahaha

adwafarahin April 3, 2011 at 2:13 AM  

cettt..ko la pttnye bg pandangan ape daa

Ayie April 3, 2011 at 2:15 AM  

tak bole.. sensetif issue.. HAHAHA.. kang kene sue.. kesian aku.. hahhaa

faiz April 3, 2011 at 2:46 AM  

kalo entry aku ade komen aku dah kira bersyukur sebab tahu ade org baca entry aku...

Ayie April 3, 2011 at 3:05 AM  

sama la kita.. kalau tade komen pun, ''stat'' naik, itu pun aku dah syukur.. haha..

.::: Princess MOMOY :::. April 3, 2011 at 9:33 AM  

cayalah ayie. mmg suka baca komen orang
tapi momoy tak suka nak komen
kecuali yang menarik minat
Korang pernah main game ni?"

Ayie April 3, 2011 at 11:30 PM  

thanx momoy.. tapi sesekali membetah komen orang lain, syiok taw.. time tuh la kita bole tgk org tuh jenis matang atau tak.. hahahaha

.::: Princess MOMOY :::. April 6, 2011 at 1:04 PM  

hihi...momoy tak tahu momoy masuk dalam kategori mana
Katak Puru boleh dimakan???"

Ayie April 6, 2011 at 4:28 PM  

mane boleh judge diri sendiri.. hahahaha

Jack April 11, 2011 at 7:52 PM  

Aku pengomen mana ye..jap2..pikir jap...erm...zzz..

Kenapa risaukan trafik blog?

Ayie April 11, 2011 at 8:09 PM  

jack- HAHAHAHA.. tido bro..??

mykhalis April 13, 2011 at 7:42 PM  

khalis tak kira bijak tak bijak.. orang komen oooo pun dah kire best,, nnt dah besar cam oh media lainla..skrang small timer je..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP