Saturday, May 7, 2011

Sembang : : Untukmu Ibu

Teman ada entry spesel untuk anda.. Tapi entry nih republish, dah tak fresh dah sebenarnya.. Walaubagaimanapun, teman nak publish balik sebab teman rasa ramai tak baca lagi entry nih.. Orite..?? 

Sebelum mulakan pembacaan,
atau
Sambil baca tuh, layan sikit lagi nih..

Sepanjang saya hidup, sekurang-kurangnya 8 kali ibu saya tipu saya hidup hidup.. Macam macam dia tipu saya.. Tapi saya redha.. Saya cuma ada dia sebagai ibu..

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA  
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA 
Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA 
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."


PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT  
Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental. Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA  
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM  
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."


PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH  
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."


PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN  
Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK! Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

kita akan menghargai sesuatu apabila kehilangannya. Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.....

43 Drop Your Comment:

Siti Aziz May 7, 2011 at 3:16 AM  

baru lepas ucap kata sayang kat my mom.. eheh..

Unknown May 7, 2011 at 3:36 AM  

sedihhh .. segan nak cakap sayang kat mak . dapat jerit dalam hati aje .. takpun , tolong mak buat kerja , kasi mak rehat puas2 ..

cikida May 7, 2011 at 4:34 AM  

huwa....nk blik jmpe mak...sedihhhhnye bce ni..nsib td bru pas gayut ngn mak.smpt bg ucapan slmt hri ibu,,tp mak ckp kan ahad ni..adoii,,sempat pulak mak wat lwk,,huuhu..neway,,nice entry.=)

faiz May 7, 2011 at 7:21 AM  

btol tggikan kasih syg mak...kisah mak kau ke ni bro..

Kakzakie Purvit May 7, 2011 at 7:57 AM  

Anak-anak dulu tak macam anak sekarang. Anak dulu kasihnya dipendam di hati walau riak perbuatan jelas akan kasih dan sayangnya.

Anak sekarang mudah berkata sayang pada emak tapi banyak perlakuan yg boleh menghiris hati.

Kakak pun dapat e-mail kisah ini...
Rasa tercalar hati dan luruh airmata.

jack May 7, 2011 at 8:16 AM  

Sedih juga cerita ni ye..nasib baik aku tak menangis...hehe..

anez zamri May 7, 2011 at 8:40 AM  

huhuhu..tetibe rindu kat mak... :(

Abu Bagi May 7, 2011 at 9:03 AM  

aduh aku baca entry ni sampai habis..sedih pulak aku..

al fatihah tuk mereka yang telah pergi..

semoga ibu ibu sentiasa sihat dimaping keluarga...

nak call ibu aku sekarang..rindu..

Unknown May 7, 2011 at 9:06 AM  

wah....penulisan yang hebat..heheh :) slmt hari ibu...sy syg ibu sy jugak! :)

Fyqa May 7, 2011 at 10:11 AM  

nak nanges baca entry ni :')

sekamar rindu May 7, 2011 at 10:19 AM  

salam...

jasa ibu tiada tolok bandingnya...
selamat hari ibu..

Unknown May 7, 2011 at 10:35 AM  

Good entry. Nicely done. Kasih ayah bawa bahagia, kasih ibu membawa ke syurga.

Unknown May 7, 2011 at 11:09 AM  

selamat hari ibuu buat semua ibu,mama,umi,mak ,mummy di seluruh dunia :)

Ayie May 7, 2011 at 11:15 AM  

Siti- wow.. pantas dan efisien.. hahaha

Ayie May 7, 2011 at 11:15 AM  

Tia- Uhh.. tak perlu segan weh.. rugi oh.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 11:16 AM  

Cikida- erk, hari ahad..?? hehehe

Ayie May 7, 2011 at 11:17 AM  

Faiz- tak la bro.. aku dapat emel kisah nih.. saje je kongsi untuk renugan bersama.. lagipun entry nih bersempena hari ibu.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 11:17 AM  

Kakzakie- tak semua orang pandai luahkan kasih sayang.. Ada cara berbeza untuk lakukannya dan itu bergantung kepada individu tu sendiri.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 11:18 AM  

Jack- nasib baik hati ko takde hati tisu.. kalau tak.. hahahahahaha

Ayie May 7, 2011 at 11:19 AM  

SLW- sapa la tak rindu kat mak.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 11:19 AM  

Abu- yep.. Alfatihan utk mereka yang dah tiada, kasihi mereka yang masih available.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 11:20 AM  

Kure kure- erk, nih orang lain tulis bro.. bukan aku.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 11:20 AM  

Fyqa- err, sila la amik tisu.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 11:21 AM  

Azroy- kasih ibu selama-lamanya.. kasih ayah tiada taranya.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 11:21 AM  

Chii- hepi mothers day.. (*saje je speaking.. hahaha)

Ayie May 7, 2011 at 11:22 AM  

SR- selamat hari ibu juga utk akak.. ^^

Miecyber May 7, 2011 at 12:12 PM  

" Kasih ibu tiada tandingannya."

Statement ini tidak sesuai untuk ibu ibu yang membuang bayi mereka sendiri .

Osama Laden seorang Idola

Cik TeN10 May 7, 2011 at 12:34 PM  

sgt tersentuh hati bca kisah ni.. doa seorang anak juga adlh hadiah buat seorang ibu.. so sentiasalah berdoa ea..

Anonymous May 7, 2011 at 12:45 PM  

Assalamualaikum Ayie,

Besarnya pengorbanan seorang ibu. Memandang muka ibu saja Allah dah beri kita pahala, apa lagi kalau kita menjadi anak yang baik kepada ibu.

Ceiler Mun May 7, 2011 at 1:37 PM  

huwaaa..menangis sepuas2 alam...T__Tv


nak share kat facebook ea...tQ :)

Aleen Aiden May 7, 2011 at 1:44 PM  

sedih...... :(

cik azeya May 7, 2011 at 2:06 PM  

mak saya sanggup buat ape saje untuk saye, kadang2 rasa tak mampu nak balas jasa beliau. :'(

Ayie May 7, 2011 at 2:20 PM  

Cik Ten10- ibu tetap dihati.. cuma orang tak solat je yang tak mendoakan ibubapanya.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 2:21 PM  

Kunang kunang- mak saya lahirkan saya, susukan saya, jaga saya dari kecik sampai dah keje, manjakan saya.. tu sebab kenapa saya sayang mak saya.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 2:22 PM  

Bella bell- Uhh jangan nangis.. tak bagus utk mata anda.. ^^

Ayie May 7, 2011 at 2:22 PM  

Aiden- sedih jugak.. :'(

Ayie May 7, 2011 at 2:23 PM  

Cik Azeya- kasih ibu tiada taranya.. Kasih ayah tiada bandingnya..

Ayie May 7, 2011 at 3:02 PM  

Miecyber- hahahaha.. perli tajam tuh.. hehehe *thumb up utk miecyber

Deanna Syaqieza May 7, 2011 at 8:28 PM  

sye folow

deannasyaqieza18.blogspot.com

Dear Yayah May 7, 2011 at 8:46 PM  

T___________________T

Ayie May 8, 2011 at 12:10 AM  

Deana- Haloo sis.. ^^

Ayie May 8, 2011 at 12:10 AM  

Ainur- ^_^

adwafarahin May 8, 2011 at 3:58 AM  

gila rindu mak aku skrng kot :(

nyway slmt hr ibu tok mak ko jugak ayie! :)

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP