Wednesday, May 4, 2011

Sembang : : Murahnya nyawa manusia

Teman dok ngusha Harian Metro Online nih, terbaca satu berita bertajuk ''Cuma denda RM5000''.. Kalau anda nak baca, kelik sini okeh..

Daripada berita tuh, teman dapat tahu, mangsa, Ong Kim Koon, 52, yang merupakan seorang pemandu lori mati dilanggar oleh seorang pemuda yang bernama Ben Si Shen, 26. Ketika melanggar mangsa, Ben Si Shen,yang time tuh sedang memandu kereta Toyota Estima.. Berdasarkan fakta kes, mangsa nih baik hati  nak tolong pasangan melayu yang terlibat dalam kemalangan sebelum tuh.. Tapi malangnya, si mangsa dilanggar dari belakang dan digilis kakinya sampai menghadapi kecederaan parah pada kaki pada paras paha dan selepas tuh, mangsa mati..  Gambar kat belah kanan nih ialah gambar mendiang Ong Kim Koon.. Apa yang bestnya, orang yang melanggar si mangsa tu, iaitu Ben Si Shen hanya dikenakan hukuman denda RM5,500 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda serta lesen memandu ditulis dengan kesalahan berkenaan.. Murah kan nyawa manusia..?? kalau gini, anda jangan la risau sangat kalau anda dah langgar mati orang.. Denda je pun.. Hahaha *erk, ni bukan galakan kepada anda untuk melanggar orang aa.. sila jangan islap paham.. ^^

Sebenarnya kes mendiang tuh hampir sama dengan kes family teman nih.. family teman tengah berhadapan dugaan sekarang nih.. Pakcik teman eksiden moto, kaki kiri dia hancur dari atas lutut kebawah..  Bersepai weh.. Tinggal daging je.. Dah tak boleh buat apa pun, doktor suggest kaki dia dipotong..  Nak taw kisah dia, sila baca perenggan bawah plak ^^

Kes pakcik teman kisahnya gini, pagi kelmarin pakcik teman nih nak g mana entah, kat area Rompin.. Dia naik moto macam biasa.. Sampai satu kawasan tuh, seorang pemandu cina memandu Toyota Hilux bagi signal ke kiri.. Pakcik teman ni pun cilok la belah kanan.. Tup tup, pemandu toyota hilux tuh pusing kekanan padahal dalam masa sama signal ke kiri dia masih menyala.. Memang 100% salah dia.. Cerita nih teman dapat daripada saksi kejadian.. Kalau saksi tu kelentong, tu masalah dia.. Teman taknak campo.. Muaahaha..

Pakcik teman nih boleh dikira bernasib baik.. Masa dia tiba dihospital, doktor cakap cuma ada 2 pain darah je dalam badan dia.. Kalau ikut logik, dia patut dah meninggal memandangkan kecederaan agak parah dan darah dia keluar macam pili bomba.. Teman ada tanya doktor tuh macam mana dia boleh survive, doktor cakap, mungkin sebab dia pengamal silat, jadi dia ada badan yang kuat.. Tak kesah la, hapa pun, janji pakcik teman sihat.. Moral of the story, sila la menjadi pengamal silat.. Mana taw anda boleh jadi Badang moden.. HAHAHA..

Okeh, stop merepek.. sambung cite.. Masa kejadian berlaku tuh, beliau dirujuk ke Hospital Kuantan, tapi Hospital Kuantan reject kes beliau sebab tak ada kemudahan mencukupi.. *ciss.. noob punya hospital*.. Doktor pun kasi arahan untuk bawa pakcik teman ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibedah disana.. Tapi dalam masa 5 jam.. Kalau tak, mungkin umur dia tak panjang.. Maka, dipendekkan cerita, bapak teman bagitau, pakcik teman nih dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur menggunakan helikopter Datuk Jamaluddin Jarjis.. Teman tak taw la heli tu sapa punya dan tak usah la tanya sebab teman tak taw jawapanya.. Walaubagaimana pun, teman nak ucapkan terima kasih la kepada Datuk JJ yang sudi tunjukkan sikap perikemanusiaan kat pakcik teman nih.. Kalau tak, tak dapat la duit raya daripada pakcik teman hari raya tahun nih.. Berkurang duit raya teman.. Kan rugi tuh.. Heh, sekarang nih pakcik teman tuh masih ada kat GH, dalam wad ICU.. Insyaallah dia akan ditukar wad dalam sehari dua lagi..

Berbalik kepada si pemandu Toyota Hilux tuh, teman diberitahu yang mata dia cemei sebelah.. Uhh.. Cemei..?? heh, cemei tu maksudnya ''tak sempurna'', bahasa Pahang/Johor.. Dalam bahasa mudahnya, pemandu tuh buta sebelah.. Tak pasti la belah kiri atau belah kanan, tapi yang pasti dia cemei sebelah.mata. Nasib baik tak buta dua-dua.. Kalau buta dua-dua, mau 14 orang mati dilanggarnya.. ^^

14 Drop Your Comment:

Siti Aziz May 4, 2011 at 11:12 PM  

dunia2.. hmmm...

adwafarahin May 4, 2011 at 11:19 PM  

semoga pakcik kamu kembali sihat semula
aminn

Abu Bagi May 4, 2011 at 11:26 PM  

oh sedihnya..

Belalang hijau Perisik May 4, 2011 at 11:43 PM  

kena denda 5k jer? lebih kurang sama harga ngan lembu jer...

belalang juga pernah terlibat kemalangan d mana sebuah kereta melanggar trafik light merempuh belakang kereta belalang lepas tu dia pi tibai sbijik motor sebelah kereta belalang.

mamat bawak motor tu patah kaki, yang langgar tu pulak blah macam tu jer...hangin...

faiz May 4, 2011 at 11:45 PM  

mmg murah harga manusia sekarang...ade tu langgar sampai mati org tu pastu terus lari..

jack May 5, 2011 at 11:24 AM  

Ish2...apa la pemandu tu..Sebab tu orang kata kemalangan tak dapat dihidu..Apapun..semoga pakcik bro tu sihat..

Ayie May 5, 2011 at 3:03 PM  

Siti- dunia dan manusia.. haiz.. =.=''

Ayie May 5, 2011 at 3:03 PM  

Adwa- insyaallah.. semoga dia sehat, walaupun hilang kaki..

Ayie May 5, 2011 at 3:04 PM  

Abu- sape tak sedih, hilang kaki duh.. rasa macam dah gelap dunia nih..

Ayie May 5, 2011 at 3:05 PM  

Belalang- 5k je bro.. tak adil kan..?? sedangkan waris si mangsa hilang keluarga, plus trauma.. Dia cuma kene denda 5k.. lepas tuh bebas.. Sok lusa bole le langgar orang lagi..

Memang rasa nak terajang le sape yang suka langgar lari nih.. =.=''

Ayie May 5, 2011 at 3:06 PM  

Faiz- pada aku terlalu ringan hukuman tuh.. Macam tak berbaloi.. ntah hapa hapa tah..

Ayie May 5, 2011 at 3:06 PM  

Jack- insyaallah bro.. ^^

Unknown May 5, 2011 at 10:23 PM  

zaman sekarang ni, kalau ada duit, sume boleh beli....

amny May 6, 2011 at 12:01 AM  

sekarang ni mudah je orang nak mati....T____________T

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP