Tuesday, May 10, 2011

Berita : : Naik lagi... Haduii..

Teman bukan le nak mempersoalkan kenaikan harga gula tuh.. Tapi teman nampak seakan takde sebab kenaikkan harga gula berlaku.. Adakah kerana masalah kekurangan gula..?? Atau desakan pemborong..?? Atau memang sengaja je nak lepaskan beban kerajaan..?? Apa pun alasannya, memang kami yang kat bawah nih yang sakit..Tapi teman masih lagi bersyukur memandangkan harga gula tak le mencanak tingginya seperti harga runcit gula di Indonesia iaitu RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).. Kalau le harga gula gitu di Malaysia, memang dabel trebel le sakitnya rakyat Malaysia..

Walaupun masih rendah, sebenarnya teman tak beberapa suka le bila harga gula dinaikkan.. Masa RON97 naik, teman tak pedulik pun sebab hanya orang kaya je yang pakai RON97 nih.. Jadi memang takde alasan le peniaga nak naikkan harga.. Malah teman rasa, takpe kot sesekali kita peras ugut orang kaya.. Bukan selalu.. HAHAHAHAA.. *gelak evil

Malangnya, Bila harga gula naik, kompom harga barang lain naik.. Walaupun sebenarnya barang tuh tak guna gula pun.. Pihak peniaga kompom akan amik kesempatan punyaa.. Bukan tak kenal perangai peniaga.. Bila naik harga, semua pakat naik.. Bila turun harga, seko pun tanak turun harga.. Dasar pemeras.. *mode marah..

Kalau kerajaan buat gini disebabkan oleh penyelewengan gula bersubsidi, maka teman rasa, penaikkan harga gula sebenarnya tak patut..Anda ada KPDnHEP, maka sila la gempur mereka.. Teman pun tak gemar dengan mangkuk hayun gini.. Mereka menyeleweng dan dalam erti kata lain, mereka makan duit cukai rakyat secara haram... Tak guna tol manusia gini.. Pengkhianat negara.. Kasi buang negara laa.. *Mode keciwa

Atau mungkin kerajaan buat gini disebabkan oleh pemborong sorok gula..? Bila mereka sorok gula, permintaan akan meningkat, tapi keupayaan memberi berkurangan.. Jadi harga akan naik.. Betapa jahatnya pemborong nih.. Rasa nak lempang je mereka nih.. Tapi ini juga bukan alasan kerajaan naikkan harga..

Teman tak boleh pikir dah.. Sakit otak nih.. Mungkin ada sebab kenapa kerajaan buat gini, dan jika ada alasan kukuh, diharap dapat le encik menteri jelaskan kepada kami.. Kami orang matang, mampu menerima.. Tapi kami juga bukan manusia bodoh, sila la jangan guna alasan dangkal.. Kalau anda kasi alasan dangkal, memang anda akan hilang undi.. Teman berani cakap.. Kompom..!!

Maka, adalah digalakkan kepada anda, wahai encik menteri untuk menjelaskan kepada kami, kerana sebolehnya kami taknak tersalah anggap dan menuduh nuduh.. Kang kami jugak dapat dosa..
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani
[al Hujurat, 49:12]

Kepada rakyat jelata, meh le kita boikot gula.. Kurangkan sikit.. Biar pemborong sakit hati bila tengok gula dia expired takde orang beli.. Kalau sebulan kita pakai 12 bag, kita kurangkan kepada 10 beg.. Nampak sikit, tapi kesannya besar kalau ramai orang join.. Disamping dapat jimat cermat, boleh jaga badan dari kencing manis, diebetis melitus, dan sebagainya.. Orite kan..?? So, marile mula start minum air kosong @ air jarang @ air putih @ sky juice.. Bagus untuk kesihatan..

p/s: Teman nasihatkan anda sentiasa berfikiran terbuka.. Jangan biarkan diri anda dipengaruhi oleh sesiapa atas apa jua alasan.. Pemikiran yang dipengaruhi, takkan memberikan apa apa kebaikan kepada anda dan orang lain.. Husnuzon lebih baik kan..??
ANDA MATANG.. ANDA TENTUKAN


=.='' y

21 Drop Your Comment:

Siti Aziz May 10, 2011 at 3:59 AM  

mekti fikir cara orang kg la ek.. kecian kat pak cik mak cik atuk nenek ..bagi orang poket tebal memang la tak terasa pun harga minyak naik, gula naik, tp yang kat kg tue ha.. gaji xseberape.. nak beli gula sekilo pun kena kira.. susah.. beban tue..hu3..

Ayie May 10, 2011 at 4:17 AM  

Takpe, mektie poie le belaja pandai pandai.. Nanti boleh le mektie support belanje rumah mak ayah.. kompom mereka bahagia.. ^^

Siti Aziz May 10, 2011 at 4:40 AM  

amin..^^

jack May 10, 2011 at 7:12 AM  

Sebenarnya kerajaan tu nak rakyat kurangkan makan gula...hahaha..

faiz May 10, 2011 at 7:20 AM  

sebenarnya kenaikan ni hadiah kemenangan kerajaan kat Sarawak...heheh

adwafarahin May 10, 2011 at 7:25 AM  

harga gula naik
mmg agak sakit la sket
pasnie klu nk beli kuih pon mau kuih ciput tu 1 seringgit -___-

gilak eh

lame2 family aku mkn pasir cmnie.harga barang naik gaji x naik2
huhu

Cik Sue May 10, 2011 at 7:49 AM  

meh kite bako ramai-ramai menyeludup gula nih..menyusahkan orag jerkk...kite bako dia!!kite bakoo...

rara pinkmafia May 10, 2011 at 7:52 AM  

pelik kan.knp nk naik lagil.rara dgr pg td.agak tekejut jugak lah.knp.knp kerajaan kite cm ni.

Fadzli Amir May 10, 2011 at 8:53 AM  

Gula naik 20sen...nanti teh tarik pun naik 50sen....ingat dia buat satu cawan teh tarik guna 2 kilo kot...nanti pak menteri pun kata la,kita akan pantau ye mana2 kedai yang menaikkan harga makanan sesuka hati....dan tindakan akan diambil...dan kenaikan ni tak membebankan rakyat berpendapatan rendah...( macam la dia tau macamana org berpendapatan rendah ni punya susah nak carik duit )...lama lagi nak puasa, raya...jawabnya air kat pasar ramadan atau kuih muih naik la harga...ada pak2 menteri kesah..!!!

Kakzakie May 10, 2011 at 9:43 AM  

Memula petrol naik 20 sen, malam tadi gula pulak pun 20 sen. Kita tunggu apa lagi yg naik 20 sen lepas ini.

Rakyat masih angguk-angguk lagi....

zue May 10, 2011 at 11:35 AM  

'pencapaian diutamakan..rakyat didahulukan'...didahulukan dgn 20 sen.

harrazdani May 10, 2011 at 12:33 PM  

sebenarnya kenaikan harga gula ini tidak mengejutkan pun...tahun lepas pun dah naik tiga kali, daripada harga 1.45 sen sekilo dan sekarang kenaikan kali keempat menjadi rm 2.30...ini adalah sebahagian daripada dasar rasionalisasi subsidi yang telah diumumkan oleh kerajaan, harga gula, tepung dan gas memasak akan disemak setiap enam bulan....jadi bersedialah rakyat malaysia....cuma apa yang agak aku tidak setuju...dasar ini berjalan tak seiring dengan pendapatan boleh guna rakyat. dimana harga semakin tinggi tetapi pendapatan rakyat ditahap sama, sekali gus kuasa beli rakyat akan jatuh...:-(...oleh itu apa boleh buat..:-(

Ayie May 11, 2011 at 12:02 AM  

Jack- rasanya gitu la kot memandangkan kerajaan tanggung kos rawatan pesakit seperti diebetis sampai berjuta juta ringgit.. Puncanya gula.. Tapi masalah sekarang ialah peniaga yang kompom akan amik kesempatan.. tensen weh..

Ayie May 11, 2011 at 12:03 AM  

Faiz- Tahun nih takde pilihanraya kot.. Tu pasal dia berani naikkan harga gula.. Kalau tak, mana mungkin dia naikkan.. Kompom hilang undi.. hahaha

Ayie May 11, 2011 at 12:04 AM  

Adwa- Nasib baik aku bukan penggila makanan manis.. Selamat aku.. hahahaha..

*tapi masih kesian pada orang kurang berkemampuan.. Makin susah le hidup mereka..

Ayie May 11, 2011 at 12:05 AM  

Cik Sue- Baru tadi ada kes penyeludup gula kene tangkap.. Biadap sungguh.. Dah le bersubsidi gula tuh, senang senang je dia seludup.. Sula kang baru taw.. =.=''

Ayie May 11, 2011 at 12:06 AM  

Rara- nak kata apa pun tak boleh.. Kene tunggu penjelasan mereka..

Berita baiknya, gula di Malaysia masih murah berbanding negara lain..

Berita buruknya, gula akan cuba diseludup manusia tak guna memandangkan harganya yang murah.. Haiz.. Tensen..

Ayie May 11, 2011 at 12:08 AM  

Fadzil- Tu memang kompom.. Peniaga nih memang taik sikit perangai mereka.. Gula naik 20sen, depa poie naikkan sampai singgit.. Taik tol.. Malah kadang kadang, barang takde kene mengena dengan gula pun mereka naikkan.. Haiz..

*pak menteri sibuk bergaduh.. Mana pedulik kat kita nih.. =.=''

Ayie May 11, 2011 at 12:10 AM  

Kakzakie- tang petrol tuh, tak kesah pun.. RON97 cuma orang kaya je guna..

Tapi gula, kaya ke miskin ke, mesti guna.. Kadang kadang tak paham dengan kerajaan.. Cuma satu je saya nak taw, kalau pembangkang teraju negara, hal gini dapat dielakkan ke..?? Kalau ya, saya sudi undi pembangkang.. Kalau tak, saya akan kekalkan momentum pilihan saya.. Saya akan kekal bebas..

Ayie May 11, 2011 at 12:11 AM  

Zue- 20 penuh maksa tuh.. Takde 20 sen, takde seribu ringgit..

Ayie May 11, 2011 at 12:13 AM  

Harazdani- Terpikir gak, kalau kat indon, harga gula ialah rm3.80, macam mana mereka berbelanja yep..?? Kalau kita yang perlu membeli gula pada harga 2.30 pun dah mengeluh, mereka macam mana pulak..??

Minyak masak tak patut naik harga memandangkan Malaysia pengeluar terbesar minyak sawit dunia.. Kalau dia naikkan, memang tempah bala le..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP