Thursday, March 31, 2011

Sembang : : Kisah Saya Dulu-Dulu

Dulu.. masa aku tadika.. Tiap-tiap hari sekolah, aku mengharapkan hari tuh cuti.. mane taknye.. Hari-hari jumpa org yang sama, muka sama, belaja bende yang sama.. Bosan... Tapi sekarang bila dah besa panjang, aku selalu teringat zaman tuh.. Zaman kanak-kanak yang penuh seronok.. Zaman yang tak pernah takut apa-apa.. Zaman aku kene kejar anjing sebab sepak anak dia.. Zaman aku kencing kat dalam tempat wuduk masjid.. Oh.. Rindu gle zaman tuh..

Ada satu kisah, akak aku  kene badi mayat.. Badi mayat..?? heh, ada satu hari tuh ada kematian. (*tadika aku taski abim adalah didalam masjid batu 10). Akak aku nih memang sikap ingin tau dia memang tinggi.. lalu entah hapa yang dia buat, dia terkena badi mayat.. Sepanjang hari, dia diam je.. Bapak aku pun bawak la jumpa pakar, dan alhamdulillah akak aku sehat.. Bapak aku cakap, kalau badi mayat tak dirawat, boleh jadi akak aku mati... Nauzubillah..
Masa aku tadika, ada sorg mamat namanya Akmal Hasbullah.. Anak org kaya.. Tiap-tiap hari dia bawak mainan serba baru, ditayang pada semua org.. Tapi bila aku nak pinjam, huh, jangan harap.. Tak pernah dapat der.. Tape laa.. Setakat robot power rangers, aku tak heran pun *getus hatiku pada ketika tuh.. Lalu aku join member lain main kejar-kejar sambil menunggu bas Pakcik Wahid..

Dulu masa aku naik sekolah rendah.. Mak aku hantar.. First day, aku mengaruk nak balik.. Sebab, aku takut bila tgk ramai sgt org.. Dapat plak cikgu tuh sgt la pemyamun muka beliau (*oh sori cikgu, bukan niat saya)..Selama seminggu jugak mak aku kene tunggu kat gate depan, mane taknye, tiap-tiap 5 minit, aku g jenguk mak aku.. Kalau tak nampak, mula la mata berair.. Tahan.. Tahan.. Awek ramai.. Selama seminggu tuh jugak aku mengharap aku dapat ikat mak aku kat kerusi sekolah.. Yang aku herannya, kakak aku tak plak mengaruk.. cuma aku dan adik aku je yang melalak mcm org gila.. hahaha.. Maybe betul kata orang, anak pertama nih, matang.. cepat belajar.. betul la tuh kot.. Tapi serius aku rindu zaman tuh.. Zaman menangis tanpa had..

Dulu masa beberapa bulan pertama naik sekolah rendah.. Aku memang dicap budak baik.. Diam je dalam kelas.. Tapi masuk pertengahan tahun, muka aku jadi muka wanted.. First, kes gaduh, Second kes masuk tandas perempuan..  Kes gaduh tuh, aku join je, tapi tak taw hujung pangkal pun.. Aku still ingat, Amar Muzakir Rafizi Abdul Rahman berdarah kene tumbuk.. Aku tak ingat la sape tumbuk dia.. tapi yang pasti aku join baling2 kerusi.. Oyeah.. Sangat la bes.. Aku camapk kerusi plastik je.. Kerusi kayu berat sgt.... Kes tandas tuh plak, brader darjah 6 tuh kecoh laa.. aku dah tak tahan, aku bedal je laa.. Lagi pun, aku membaca pun merangkak lagi, Apa dia ingat aku ada masa nak mengeja tulisan kat pintu tandas tuh..?? Haiz.. kan dah calar rekod aku.. Nasib baik parent aku tak dipanggil.. kalau tak, naya beb.. Silap2, makan tali pinggang daripada encik abah.. 

Dulu-dulu, ada RMT atau nama penuhnya, Rancangan Makanan Tambahan.. Khas untuk budak kurang berkemampuan.. Dalam kelas aku, ada 2 org budak yang selalu dapat.. Namanya Shukor dan Rizal Talib. Shukor dah hilang entah kemana.. Langsung tak dapat dikesan.. Yang Rizal pulak, dia dapat straight 'A utk SPM, dia buat asasi UiTM dan lagi hebat bila dia habis awal (fast track).. Wow.. Memberku dah bergelar arkitek yang kachak.. Aku..?? entah la bila.. Harap2 dapat jadi engineer.. hehe.. Sambung cite asal.. Yang besnya, kawan aku yang berdua nih, memang tak kedekut.. Kadang-kadang dia bagi aku dan member aku kupon tuh, g makan free.. Masa tuh mana ada pikiran lagi, tak terpikir pun yang member berdua tuh takde duit nak makan.. Walaubagaimanapun, ada tapinya.. Tapi, biasanya kami tong tong duit beli makanan, sorg makan sikit.. Punya la kamcheng kami.. Sampai sekarang ada sebahagian antara kami masih rapat.. Alahai kawan, terima kasih untuk segalanya..

Dulu tiap-tiap kali time rehat, aku mesti main kejar-kejar bawah pondok.. Bayangkan, dengan peluh menusuk kalbu, aku pulak duduk sebelah awek bernama Nadia (*nama popular ialah Nadia Itik sebab suara dia mcm itik) dan Baizura (*masa tuh darjah 2, kami duduk selang seli.. Sila jgn pikir aku mengambil kesempatan keatas kaum wanita.. hehe..).. Didepan aku plak mamat bernama Faisal bin Jaafar dan disebelah Faisal ialah Juliana Jamalulailunajib dan sorg lagi aku tak ingat nama dia.. tapi muka still ingat.. Dalam satu kumpulan, ada 6 orang, 2 lelaki dan 4 perempuan.. Masa tuh bilangan lelaki sikit.. haha.. Sambung cerita.. Anda rasa apa pendapat wanita-wanita tuh tentang bau kami..?? Owh usah ditanya.. Aku tak taw..  Sampai sekarang aku masih jumpa ngan awek-awek nih.. dan aku nak je tanya mereka tentang bau tuh, tapi sebab mereka dah makin chantek dan menawan, aku malas la nak merapatkan silaturrahim, nanti di cap percubaan nak menggatal plak.. Masalah.. Masalah.. Dalam kumpulan main kejar-kejar kami tuh, ada 7 orang ahli tetap iaitu, aku, Ahmad Lutfi, Muhammad Syafiq, Ammar Muzakir, Faiz Miskam, Aflizan dan Khairul Jazli.. Semua mamat masuk air.. Antara member2 nih, ada yang still berhubung, ada yang dah lost contact malah ada yang masih contact tapi tak rapat mcm dulu.... Uhh.. Kalau aku boleh gathering balik, mesti syiok kan..?? (*aku rasa mereka tak hingat pun mereka nih kaki main kejar-kejar kat Sekolah Kebangsaan Batu 9 tuh.. )

Masa aku darjah 1 dan 2, ada 2 orang budak yang boleh dicap genius.. Yang pertama, Fasihah Sofian, yang kedua, Makruffah anak Cik Jali.. Tiap-tiap kali xm, no 1 dan 2 mesti dikalangan mereka berdua.. Tapi masuk darjah 3, Makruffah pindah sekolah.. lepas tuh lost contact.. By that time, mana ada henpon lagi.. Tapi baru-baru nih aku jumpa Makruffah balik.. Jumpa gitu-gitu je.. Tak sempat nk berbual panjang.. Aku jumpa dia pun tak sengaja.. Kebetulan member aku tuh kenal dia.. Member aku cakap dia keje jadi Manager McD.. Okeh la tuh.. daripada merompak atau menyamun.. kan..?? Fasihah pulak, sekarang nih tgh buat medic kat UK.. Wow, member aku nih dah nak jadi doktor lagi sikit hari.. Tahniah.. *Fasihah ni cute orgnya.. Ramai gak member aku tangkap syiok ngan beliau.. Antara yang aku dapat taw ada hati kat Fasihah ialah Amar Muzakkir.. hahaa

Masa darjah 3, aku dan beberapa member aku dapat peluang duduki PTS.. Aku tak taw la PTS tuh stand for what.. tapi PTS tuh membolehkan kita skip darjah 4.. Aku tak pasti ada dikalangan member aku yang lepas, tapi aku dengar cerita, Fasihah Sofian dapat, tapi dia tanak.. Aku..?? Konfirm la gagal.. aku tak xpect pun dia tanya soalan sains.. aku ingat dia akan tanya soalan darjah 3 atau darjah 2.. Mak aku pun bukan nak gtaw soalan ape yang keluar.. satu soalan yang aku ingat, dia tanya pasal akar pokok.. der, masa tuh, mane aku taw.. Tu la first xm yang aku masuk.. Walaupun kecundang, tapi aku tak kesah..

Masa darjah 4, aku terpisah ngan member aku.. maybe sebab aku ngok sikit masa tuh kot.. Darjah 4 aku masuk kelas 4Berani dan member se-gila yang lain plak dalam kelas 4Amanah.. Walau macam mana pun, sempadan bukan penghalang.. kami masih bermain bersama.. wowow.. nice.. Masa darjah 4 tuh, aku satu xperimen sains, kami kene tanam touge sampai tumbuh dan tauge tuh hanya berasal daripada kacang hijau..  Jujurnya, aku bawak satu plastik.. Tapi disebabkan xperiment tuh cuma pakai beberapa bijik, maka baki dalam plastik kecik tuh aku mentekedarah.. Tak sedap, tapi dapat la aku jimat duit  hari tuh.. Dipendekkan cerita, xperimen tuh berjaya.. Disebabkan tauge tuh cun dan cantik hidupnya, member aku (aku dah lupa nama beliau) yang agak kebingaian nih pegi makan tauge tuh dgn mee yang dia beli.. Uhh.. WTH..?? Tu baru satu cite.. Ada satu lagi xperimen, kami kene bawak pelbagai jenis pokok yang dibezakan oleh akar dia..  Maka setelah dibahagikan kumpulan, maka aku satu kumpulan dgn Shahir Miswan dan beberapa org lagi bertugas bawak pokok pisang.. WHAT..?? POKOK PISANG..?? nice kan..?? Apa punya kejam la Cikgu Norli tuh.. Dia ingat pokok pisang kecik ke hapa..?? Nasib baik la encik abah ada, dia la tolong korekkan pokok pisang beserta akar dia.. Ada satu time tuh, ada sedikit pertengkaran ngan member aku dan aku mengeluarkan ayat power yang berbunyi bigini, ''nanti pisang nih berbuah, jangan harap ko dapat rasa''.. Hahaha.. tergelak aku bila memikirkan balik..

Masa darjah 5, ada satu peristiwa yang tak dapat dilupakan.. Hari tuh hari rabu kalau tak silap dan aku demam.. Tapi aku sangat takut nak gtaw encik abah bahawa aku demam dan sangat takut jugak nak mintak cuti.. lalu aku pergi jugak ke sekolah.. First class, ialah Bahasa Melayu, tiba-tiba.. Bluwek.. aku muntah.. dan yang besnye, aku muntah kat buku member sebelah aku yang bernama Afiq.. Sori yep Afiq, aku bukan sengaja.. Dipendekkan cerita, aku dihantar pulang oleh cikgu Ku Arshad yang merupakan jiran aku.. Afiq sekarang nih ada kat Mesir, belaja hapa, aku tak pasti.. Tapi dia pintar.. no wonder la dia boleh fly....

Masa darjah 5 jugak, aku ada kemahiran hidup dibawah bimbingan cikgu Khairi.. cikgu nih memang otak masuk air, sangat sporting dan gilak..  Ada satu time tuh, cikgu suruh budak bawak TAMIA (*alaa, kereta mcm dalam kartun Dashing Kuro tuh..).. Maka aku pun balik laa.. Lalu dimintak pada encik abah untuk belikan aku sebijik.. Aku dapat tak..?? huh, hampeh.. malah aku kene marah lagi.. Masa tuh aku merajuk der.. tapi parent aku buat keras kepala.. Last sekali, aku yang mengalah.. Adeh.. Bila dah besar nih, baru aku faham kenapa parent aku tanak belikan.. Membazir rupanya.. Tambahan pulak time tuh, ekonomi agak malap..  Tape laa.. semuanya dah berlalu.. Dalam kelas 5 amanah tuh, cuma Aizuddin je yang bawak.. Lalu beliau menjadi tumpuan umum..
 *Sesape yang pernah tgk audition Akademi Fantasia dan perasan ada sorg mamat gebu berkulit putih bernama Aizuddin, budak tuh la member aku.. dia dapat masuk second stage.. Tapi kecundang awal..

Dulu masa aku sekolah, aku tak pernah dapat mainan mcm DiGimon atau CyverPET atau yang sewaktu dengannya.. Sebab, aku bukan daripada keluarga berada.. Nak taknak, kalau aku nak item mainan, aku kene kumpul duit sendiri.. Masa kecik, aku cuma ada sebijik lori pasir dan sebijik lori pengangkut kereta.. Masa dah besar sikit, ada satu mainan yang aku berjaya dapat, iaitu Pro-Yo kaler merah... Pro-Fire kot namanya.. haha.. Aku nak tanya, anda ingat lagi Pro-Yo tuh..?? femes gle time tuh.. masuk TV je memanjang sampai ada competition.. sambung cerita.. Actually aku tak cukup duit nak beli menatang tuh, tapi encik abah keluarkan sikit duit utk aku.. hehe.. dapat gak menatang tuh.. Terima kasih encik abah, i lap u.. Rasanya kalau abah tak bagi sikit duit, mesti aku takkan ada benjol kat kepala.. Walaupun yoyo tuh memberikan tanda dikepalaku, aku tetap sayang kat YoYo tuh, malah sampai Form 3, aku masih main menatang tuh.. Tapi, lepas habis PMR, aku kehilangan menatang tuh.. Nak buat mcm mana, takde rezeki.. Kalau la masih ada, aku rasa sampai sekarang aku main bende tuh.. Aku kepingin menatang yoyo tuh sebab aku dah belajar main daripada jiran sebelah aku yang bernama Huzaifah Sabri.. ProYo dia glow in the dark.. kaler ijau putih.. serius cool gle kaler dia..  

sebut pasal ekonomi malap, aku teringat plak pada tahun 1997.. Ekonomi gawat gle time tuh.. Apa yang aku ingat, kami sekeluarga cuma makan meggi bungkus.. Mak masak dalam rice cooker pasal gas dah habis dan beras pun dah tade.. Sampai sekarang mak aku simpan rice cooker tkaler ijau pujuk paku brand Mitsubishi tuh,.. kenapa simpan..?? kenangan katanya.. Sambung cerita meggi.. Mak ngan Abah cuma tgk je kami bertiga makan (*aku ada 3 org adik beradik dan aku  anak no 2).. Sanggup mereka tahan perut demi kami.. Serius, aku sayangkan parent aku.. Kalau nyawa jadi gadaian, aku sanggup.. Ada satu ketika tuh, abah dan mak dah sengkek gle.. Lalu abah menebalkan muka pinjam kat nenek aku  yang tinggal kat Mersing Johor.. Ada la sikit duit yang abah dapat, cukup la utk beberapa ketika.. Alhamdulillah, semua dah berjaya diatasi, dengan aku dah ada diploma dan tgh berusaha mendapatkan degree, dan kakak aku tinggal 1 sem sebelum dapat degree (kakak aku student UIAM) serta adik aku yang masih bersekolah di tingkatan 5, aku yakin semua pendritaan parent aku berbalas.. atau sekurang-kurangnya  buat mereka tersenyum bila melihat kami adik beradik mampu bersaing dgn org yang lebih baik keadaannya.. 

Masuk darjah 6, UPSR, aku cuma dapat 3A je.. member aku mcm Badrul dapat 5A, Hakimi pulak dapat 4A.. yang lain-lain tuh biasa-biasa je.. uhh.. tape laa.. tade rezeki la kot..tapi apa apa pun, kenangan sekolah rendah memang bes.. Aku yakin anda jugak ada, cuma maybe anda tak ingat dengan detail.

Cukup la cerita gembira dan cerita sedih zaman aku kecik, aku malas nak tulis lagi.. Aku harap semua enjoy baca coretan aku yang merepek nih.. Aku nak tekankan disini, semua yang aku tulis diatas adalah kisah benar aku, keluarga aku dan member aku.. Malah nama yang digunakan adalah nama betul.. hoho.. ^.^

5 Drop Your Comment:

.::: Princess MOMOY :::. April 3, 2011 at 9:57 AM  

urm...best baca
coretan menarik
fun lawak juga
ending sedih sikit
momoy pun ada banyak kenangan waktu kecik sampai U.
sebabkan merangkak hidup sorang maka malas nak ingat balik semua benda tu. haha...

balik pada entry u ni. biarpun citer bab personal tapi momot tak boring baca
dapat ingat dengan details siap nama kawan2 tu. dasyat!
seriously momoy berpendapat awak mmg pandai menulis.
oh oh... bagus nya kalau momoy pun mcm tu
tapi mmg x akan dapat la so momoy just love apa yang momoy ada =)
Korang pernah main game ni?"

Ayie April 3, 2011 at 11:25 PM  

thanx momoy.. actually saje je merepek sebab tade keje.. asalnya nak tulis pasal kawan-kawan, tup tup jadi bende lain.. hahaha.. thanx yep kerana sudi baca..

.::: Princess MOMOY :::. April 6, 2011 at 1:06 PM  

sama-sama
kawan2 dari budak sekolah rendah lost contact abes
sebab hidup tak menentu
ntah apa cerita diaorang
Katak Puru boleh dimakan???"

Ayie April 6, 2011 at 4:26 PM  

kalau kita boleh bertemu balik, serius, hepi gle.. bayangkan kalau dah 10 tahun tak jumpa, mcm mcm cerita yang nak diceritakan.. hehehe

.::: Princess MOMOY :::. April 7, 2011 at 4:05 PM  

yela
mesti dulu yang muka comot tiba2 kita terkejut dia jadi cun/ encem sangat
ada kawan momoy (junior momoy ) time sekolah tak sape nak kawan ngan dia sebab ulat buku, anak manja, nerd dan memang takde style lgsung la.
pas SPM mamat skema kapal tu g oversea study sampai la abes master. dasyat ooo
then bila reunion kawan-kawan pompuan suma terperangjat tgk dia sebab dia cool, gila hensem , bergaya dan bagai.
haha...budak laki yang selalu buli dia plak jadi kuli dia (dia bos)
macam-macam

Katak Puru boleh dimakan???"
Comelnya HEMPEDU ULAR"
Dia kata saya cantik TAPI saya..."

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP