Tuesday, March 1, 2011

Menghentam kaum adam..

Pada hari semalam yang lalu, teman poie melepak bersama member seangkatan di mapley sambil pekene roti canai dan teh tarik.. Dalam ramai ramai geng sekepala tuh, ada la sorang dua tersesat didalam kumpulan terbabit dimana beliau ternyata tak sekepala pun dengan kami.. Hasilnya, memanjang beliau dibuli tanpa had oleh mereka yang tak mempunyai sivik yang mencukupi termasuk la teman.. Alaa, biasa la gurau gurau.. tapi paham paham laa, kami gurau ganas ganas.. Kaum adam kan..?? Okeh, sambung movie..

Lalu datang sorang hamba allah yang kelihatan bergaya bersama jubah berwarna hitam dengan serban.. Siapakah dia..?? Ustazkah..?? Alim ulamakah..?? TIDAK.. dia cuma orang biasa je der, tapi disebabkan bulan mulia nih, dia pakai la gitu.. Bukan orang tak kenal sapa dia.. Okeh, sambung movie..

Tiba tiba dia menempelak kami sekumpulan.. ''Hoii.. Korang nih, nak bergurau pun jangan la macam tuh.. Ko kutuk dia, ko ingat dia takde perasaan ke..?? apa punya bang*ang la korang nih..?? Harap belaja je tinggi.. Ko tau tak nabi bla bla bla.. *ayat seterusnya terpaksa dipotong kerana tidak sesuai untuk tatapan mata'' (-sibuk suruh contohi nabi tapi, awak sendiri mencarut.. watdehek..??)

Lalu bersuara la sorang member kami iaitu ''mangsa buli'' tuh sendiri, lalu dia berkata.. ''Ko ni kenapa..?? Biasa je gurau macam tuh, aku tak kecik hati pun.. Yang ko nak kecoh sangat nih pehal..??''.. Hoishh.. Bermula la adegan ''membasuh'' dia pulak.. Sorang demi sorang membasuh dia tanpa mempedulikan stigma masyarakat dengan aktiviti riadah kami tuh..

Sorang demi sorang membasuh, tiba la turn teman nak membasuh beliau.. Heh, teman daripada awal lagi dah pick satu point.. Point gapo dio..?? haaa.. Bendealah yang dia kepit kat mulut 24 jam tuh, menatang tu la teman nak hentam.. Sila baca perenggan seterusnya untuk penjelasan lanjut..

Tatkala turn teman berhujan, dapat dirasai angin sepoi sepoi bahasa menyapa muka.. Lalu teman berkata.. '' Bro, tadi ko ada sebut perkataan ''nabi'', ''hadis'' dan ''islam'' kan..?? Sekarang aku nak tanya, Bendealah yang ko kepit kat bibir, keluar asap kepul kepul tuh hapabende ye bro..?? Harituh, JAKIM ada keluar statement pasal bendealah tuh haram.. Apasal ku isap jugak..?? Hapa statement JAKIM tuh tak bole pakai ke bro..??''

Teman pandang kiri kanan sambil tersengih cengkerang busuk memandangkan ada member teman sendiri cuba menyembunyikan puntung rokok dan kotak rokok di celah baju.. Lalu teman sambung.. ''Macam ni la bro.. Aku sedar aku bukan baik sangat.. Tapi pada aku, sebelum ko ceramahkan orang pasal agama, pasal islam, ko cermin diri ko dulu, ko bersihkan diri ko dulu.. Bole..?? Sekarang, ko balik rumah, tobat banyak banyak.. Belaja stop isap menatang tuh, lepas tuh, ko nak bersabda depan aku pun, aku rela tadah telinga.. okeh..?''

Dengan mata terkebil kebil, beliau blah.. Teman tau dia tengah malu tuh.. Sebenarnya teman tak sampai ati pun nak memalukan dia.. Tapi disebabkan ''ayat'' dia agak 'sedap'untuk didengar, makanya teman jadi panas hati..Nanti teman nak mintak maap la dgn dia.. Rasa bersalah pun ada..


**Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang terjadi semalam, tiada yang benar melainkan benar benar belaka.. Orang yang dihentam tu sebenarnya adalah seorang kutu rayau yang selalu buat hal..

Rokok..?? Takde gaya weh...!! 

0 Drop Your Comment:

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP