Monday, March 14, 2011

Korang layak dapat tepukan Vs Korang layak dapat tumbukan

Mode Peperiksaan:

Korang layak dapat tepukan...
lulus semua exam dgn selambe dan powernye.. padahal budak lain sume pakat kantoi.. jangan kata student lain, lec pun heran mcm mana anda boleh lulus sedangkan soalan yang diberi adalah setahap lebih dari tahap soalan killer.. Sampaikan dekan datang ucapkan tahniah.. Korang memang layak dapat tepukan..

Tapi Korang layak dapat tumbukan..
bila diselidik dan cuba dicungkil rahsia kejayaan anda, anda dengan selambanya anda bagitaw anda bawak nota masa exam.. serius, rasa nak penyepak je anda tuh.. anda memang gempak..?? takk!! sebenarnya korang layak dapat tumbukan..

Mode kerja:
Korang memang gempak kalau..
Budak lain berhempas pulas nk mencari kerje lepas belajar.. tapi anda, belum habis lagi dah dipanggil untuk isi kekosongan jawatan.. apa lagi, kompom la budak lain solute.. kire mcm anda ni sgt power smpi org berebut nk hambik anda walhal anda belum pun grad.. apatah lagi status result anda yang serupa ayam berak kapur atau cukup-cukup makan.. memang mendatangkan kepelikan laa.. tapi, tape laa.. serius, korang layak dapat tepukan..

Tapi Korang layak dapat tumbukan..
Kerja yang anda dapat tuh, disebabkan anda menggunakan kabel atau orang dalam.. kalau ikut merit, anda memang tak layak, jauh sekali dari berkemampuan.. disebabkan anda menggunakan kabel, sebenarnya anda telah mendapat keje dgn bantuan org lain.. Bukan dapat kerja atas diri anda sendiri.. Dalam masa yang sama, sebenarnya anda telah menafikan hak org lain yang lebih layak.. tape laa.. tade rezeki utk org tuh.. tapi walau macam mana pun, seriusly, Korang layak dapat tumbukan..

Mode Kahwin:
Korang layak dapat tepukan...
anda mendirikan rumah tangga pada usia yang muda sedangkan rakan-rakan anda masih lagi kekal dgn status single mingle.. Nak kata muka hensem, tidak.. nak kata kaya raya, jauh sekali.. mungkin rezeki kot anda kahwin awal.. oleh itu , anda memang layak dapat gelaran, Korang layak dapat tepukan..

Tapi Korang layak dapat tumbukan..
anda kahwin dan mempunyai anak tapi anda masih tak ada kerja.. makan minum sape tanggung..?? mak bapak..?? adeh.. kalau mcm tuh, tak payah la kawin.. menyusahkan orang lain buat hapa.. daripada gelaran anda memang gempak, aku terpaksa tukar, sebenarnya korang layak dapat tumbukan..


p/s: entry dibuat atas sebab kebosanan melampau melanda diri~

2 Drop Your Comment:

.::: Princess MOMOY :::. March 20, 2011 at 9:13 AM  

wow...menarik
memang la..bab kerja tu paling tension kalau patutnya kita dah dapat, tapi direject. dan bila tanya anak bos atau anak kawan bos gantikan kita. ceh

Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"
ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker"

Ayie March 20, 2011 at 1:17 PM  

hahaha.. taw tape.. rasa mcm dihina pun ada.. ^^

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP