Berita Tergampar~
Kuala Lumpur: Seekor tapak sulaiman dijumpai tersangkut pada jaring nelayan laut dalam disini. Menurut nelayan terbabit, beliau terperasan mayat tapak sulaiman tersebut tersangkut pada jaringnya, lalu bertindak mengecall pihak berkuasa. Menurut pihak berkuasa, tapak sulaiman tersebut dipercayai mati akibat lemas selepas dihanyut oleh ombak deras. Menurut mereka lagi, identiti mangsa telah dikenalpasti sebagai Patrick Starfish, pemegang IC biru yang berasal daripada Bikini Bottom yang juga merupakan pemegang rekod penangkap obor-obor terhebat. Mayat mangsa telah dibawa ke Kelinik Pergigian Asmah di Pekan Baru dekat sini untuk dibedah siasat. Rakan baik mangsa iaitu Spongebob telah menuntut mayat mangsa untuk dikebumikan mengikut adat istiadat kaum tapak sulaiman di tempat kelahiran mangsa iaitu Bikini Bottom. Walaubagaimanapun, Spongebob hanya menghantar jurucakapnya sahaja sebagai mewakili dirinya menyebabkan peminat sukan penangkapan obor-obor sedikit kecewa kerana Spongebob tidak dapat hadir untuk ditemuramah. Menurut jurucakap Spongebob, Spongebob tidak dapat hadir kerana terlalu sibuk membaca berita ini di keluhkesahkudin.blogspot.com.
2 Drop Your Comment:
hahahhaa.. sian patrik sbb meninggal dunia dah.. abes...kat tv 9 tu time patrick masih idop la??? hahhaa
bro.. thenks letakkan link blog aku pasal patrick kat entri ko... amat2 aku hargai :)
kat tv9 tuh zaman muda belia dia.. sekarang dah arwah.. hahahaha..
*aku dapat idea dari blog ko.. lalu taruk laa sekali link tuh.. trimas utk ko jugak.. hehe
Post a Comment