Saturday, March 19, 2011

Sembang : : Sisa Radioaktif- Bersedia kah kita?

AKu tertarik pada entry yang dikarang oleh Princess Momoy berkenaan hasrat pemimpin negara yang nk membina nuclear power plant.. Memang betul, banyak kelebihan, tapi perlu diingatkan bahawa pembinaan logi nuclear memakan kos yang terlalu tinggi, kos dari segi wang, masa, malah kesihatan.. Malah persediaan mental dan fizikal juga perlu.. Nuclear bukan perkara main-main.. Natijahnya besar jika failure berlaku.. Berdasarkan entry daripada Momoy tuh, aku buat sikit research dari Pakcik Google dan beberapa member di UKM.. Hasilnya, seperti karangan dibawah..Kalau ada yang salah, tolong betulkan.. based aku pada structural,  bukan tenaga..tapi nk jugak tulis entry pasal menatang nih sebab yang tak dapat dielakkan.. hahaha


Pernah terfikir bahawa nuclear mempunyai sisa?? ramai yang tak taw bahawa setiap kali pemprosesan bahan radioaktif atau proses pereputan radioaktif, sisa radioaktif akan terhasil.. Sisa radioaktif walaupun bergelar ''sisa'' mengandungi bahan yang mengeluarkan sinaran radioaktif dan jujurnya memang harmful kepada manusia. Untuk bahan radioaktif yang mempunyai nilai setengah-hayat (Half-life) yang panjang, ianya akan mengeluarkan sinaran yang lebih kuat.. Dalam perkataan lain, lagi panjang half-life, lagi kuat sinaran tuh..

Bagaimana nk uruskannya..?? Nak uruskan sisa nih, bukan perkara mudah.. Sebab sisa nih dibahagi kepada 3 group, iaitu group Sisa radioaktif paras rendah, Sisa Radioaktif paras sederhana dan Sisa radioaktif paras tinggi..

Sisa radioaktif paras rendah
Sisa jenis nih dihasilkan dihospital, makmal nuklear dan industri dimana sisa nih terdiri daripada pakaian, pembalut dan peralatan yang telah tercemar dengan bahan radioaktif. Sisa jenis nih tak berbahaya sangat, jadi sisa nih akan disimpan dalam bentuk pepejal didalam tong khas dan ditanam didalam tanah. Untuk sisa radioaktif paras rendah dalam bentuk cecair pulak, cecair tuh akan disalurkan kedalam laut melalui paip yang panjang dan dilepaskan pada jarak 1 ke 2 km daripada gigi pantai.. Untuk sisa berbentuk gas, sisa tuh akan dilepaskan terus ke atmosfera..
Sisa Radioaktif paras sederhana
 Sisa nih berpunca daripada komponen stesen janakuasa nuclear. Sisa tuh akan dimasukkan kedalam tong dan tong tuh akan dimasukkan kedalam blok konkrit dan ditanam dibawah tanah. Kadang-kadang, mcm di Amerika, mereka selalu tanam didalam lombong tinggal..

Sisa radioaktif paras tinggi
Sisa jenis nih, daripada logi nuclear.. Sisa nih berpunca daripada rod bahan api terpakai yang SANGAT berbahaya dan mempunyai radioaktif yang tinggi serta panas.. Untuk sisa rod nih, rod panas tuh akan direndam didalam kolam air selama beberapa tahun untuk menyejukkanya dan seterusnya disimpan didalam bekas keluli yang perlu ditanam kira-kira 500m dibawah tanah.. Sekarang nih aku tertanya-tanya, kalau Malaysia nk buat logi nuklear, kat mana dia nk tanam sisa nih..?? hahaha
Pengurusan sisa radioaktif perlu dilakukan dengan cekap untuk memastikan 
  • Manusia tak terdedah kepada sinaran radioaktif yang dikeluarkan
  • Alam tidak tercemar dengan sisa radioaktif
  • Sumber air bawah tanah atau permukaan tak tercemar dgn sisa radioaktif
Untuk menentukan sisa perlu diuruskan mengikut group mana, ada caranya.. Caranya mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan
  • Nilai Half-life
  • Kepekatan sisa radioaktif
  • Haba yang dibebaskan oleh sisa radioaktif..

Serius aku tak sokong kalau nk bina logi nuklear nih, sebab pada aku  stesen janakuasa yang sdia ada di Malaysia dah mencukupi.. Jadi untuk apa kita bina stesen janakuasa berkuasa nuklear pulak? Tepuk dada tanya selera.. Bukan aku tak sokong negara untuk maju dan makmur, tapi terlalu banyak persoalan yang timbul.. Jadi diharap para pemimpin dapat terangkan dengan detail, kalau betul-betul nk bina jugak.. Buatkan rakyat faham..

Entry sambungan: Kebaikan dan keburukan penggunaan tenaga nuklear

6 Drop Your Comment:

.::: Princess MOMOY :::. March 20, 2011 at 8:58 AM  

dear terima kasih.

dan wow tahniah. u siap cari maklumat lagi tentang ni.bagi sisa radioaktif paras tinggi, memang batang bahan bakar radioaktif tu akan direndam dalam kolam untuk penyejukan. so kalau seseorang cuai tersalah alirkan ke sungai dan segala. sapa yang minum air tu?

yang dibuat di malaysia sekarang, based pada beberapa plant yang momoy pernah masuk, sisa ni akan dibakar di lepaskan di udara. So kurang sikit la sisa yang perlu dihantar ke 'kualiti alam'. kualaiti alam tu tempat untuk melupuskan sisa-sisa bagi siapa yang tak tahu. sisa yang ini kalau dilepaskan jika ia tahapnya rendah tapi sebenarnya tetap laa bahaya kan. tapi sebab plant tu cantik tambah lagi waktu malam memang orang awam suka lepak sambil tangkap gambar. err...dudlu momoy pun begitu juga. haha...
tapi sebenarnya itu bahaya untuk kesihatan. bukan tempat lepak. radiokarbon dan chemical merata tempat.

cara kedua yang kita buat tanam dalam tanah. cara yang ramai orang buat. kalau tak sialp momoy , digelar half time sebab kita tak tahu nilai sebenar hayat tu , entah 300 tahun atau 30 000 tahun. Cuma saintis anggarkan sahaja memalui isotop-isotop yang bahan apa yang terdapat dalam radioaktif tu.

oleh sebab radioaktif ni boleh melekat (err...apa perkataan sesuai nak ganti melekat ntah) memang sangat2 bahaya. jika baju atau kapal terbang terdedah kepada radioaktif (semasa pergi membantu tsunami jepun) memang mereka boleh membawa balik negara mereka.

kalau plant yang momoy masuk memang kawasan aktif radioaktif dan sinaran , memang dilarang berjalan pun di area tersebut. setiap jam mereka akan buat imbasan setiap lokasi termasuk kantin dan report. kalau kami terdedah even 0.003%, kitaorang kena tembak pancutan dengan chemical. macam dalam cerita omputih tu. then terus kena pantau.


Comelnya HEMPEDU ULAR"
Dia kata saya cantik TAPI saya..."

Ayie March 20, 2011 at 1:23 PM  

wah.. terima kasih utk info tuh.. sume info yang ditulis kat entry nih diperoleh daripada member yang still study kat UKM.. sekadar teori je, praktikel masih tak ada.. haha..

momoy keje kat pusat mana..?? mcm best je nih.. hehehe..

.::: Princess MOMOY :::. March 20, 2011 at 5:23 PM  

pusat? err..bukan pusat dear. momoy kerja kat plant (loji)
so tahu la sikit-sikit yang tentang nuklear nih sebab flow sama je ngan plant cuma bahan untuk tenaga nuklear je lain.

Ayie March 20, 2011 at 9:33 PM  

hoho.. untung la dapat advance dalam bidang lain.. keje elok2.. bukan senang nak dapat peluag.. ^_^

Miecyber April 5, 2011 at 11:48 PM  

Aduss... cerewt dan berisiko betul nak uruskan radioaktif nie yerr..


Malaysia janganlah nak berlagak bodoh sombong nak buka juga loji nuklear di Malaysia..

" Say No " Loji Nuklear Di Malaysia

Ayie April 6, 2011 at 4:23 PM  

nak buat boleh.. tapi pastikan rakyat dan teknologi di malaysia BETUL-BETUL dah sedia.. perkara nih bukan main2.. melibatkan dunia..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP