Teknik Mengelak Orang Ketiga~
Orang ketiga biasanya akan terdiri daripada org yang anda kenal, contohnye, adik sepupu mak angkat anda, atau mungkin ayah tok long punya mak punya jiran sebelah rumah.. Malah tak kurang jugak org ketiga terdiri daripada org yang anda tak kenal.. Disebabkan masalah yang sememangnye problem nih, maka aku ada satu penyelesaian, iaitu bagitau semua org tentang hubungan anda dengan pasangan anda.. Harap-harap semua sedia maklum dan tak menganggu anda dan pasangan anda.. Tapi, masalahnye, macam mana.. Haa, baca cara dibawah..
- Mengupah penulis novel untuk menulis novel berdasarkan kisah cintun anda dan seterusnya dijual kepada umum.. Kire mcm biografi percintunan laa.. Kalau anda upah pengarah filem atau drama, lagi best rasanya.. Apa yang penting, sila yakinkan laa org yang anda nk upah tu bahawasanya kisah cintun anda akan mampu memberi saingan kepada Kisah Lagenda Budak Setan, atau Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Nanti bila novel atau filem tuh dipasarkan, mesti semua org taw hubungan anda dan pasangan anda.. Secara tak langsungnya, takkan ada org ketiga atau keempat datang kacau~
- Buat iklan kat paper atau tibi, atau radio mengenai kisah cintun anda.. Kalau tanak buat iklan, dicadangkan untuk anda tunggu di depan tv setiap pagi dan bukak channel TV3 lalu tonton MHI.. Bila pengacara suruh penonton tepon, anda tepon laju-laju.. Pastu cerita la pasal kisah cintun anda walaupun sebenarnya anda dah lari daripada topik perbincangan.. Digalakkan buat tetiap hari, kompom nama anda dan pasangan anda akan hangat diperkatakan.. Bila sume org bercakap pasal anda, maka mereka semua akan tahu tentang hubungan anda dan pasangan anda.. Kalau masih ada org ketiga kacau, sila buat teknik dibawah ni pulak..
- Edarkan brochure dan edarkan secara percuma kepada semua pengunjung mall berdekatan, atau kedai runcit Pak Abu.. Dalam brochure tuh, tulis la momen indah bersama pasangan anda.. Uh lupa, sila pastikan mereke ambik dan baca.. Kalau mereka tanak amik, buat bising sampai mereka amik.. hehehe.. Kalau anda berjaya, kompom sume org taw kisah anda dan pasangan anda..
- Buat group atau page di Facebook.. Paksa sume org ''like'' serta bagi ancaman, kalau tak like, facebook mereka akan dihack.. Mesti mereka takut lalu meng''like.. Bila dah femes, kompom sume org taw pasal anda dan pasangan anda..
- Sewa papan iklan kat tepi-tepi jalan tuh dan tulis besar-besar berkenaan hubungan anda.. Lagi besar lagi bagus.. Yang penting, ayat kene power.. Contohnye, ''Amin Cintai Erma Selamanya''.. Aku rasa cara nih paling berkesan.. Bukan setakat member, satu negeri pun boleh tahu tentang hubungan anda.. Hahaha
- Alaah.. senang cerita anda kawin je laa.. Sah-sah sume org taw hubungan anda dan pasangan anda.. Kalau masih ada org ketiga, jangan malu atau segan, SERANG JE.. Tape, sesekali jadi batu berapi.. Bila lagi kan..
Sekian~
0 Drop Your Comment:
Post a Comment