Monday, March 21, 2011

Sembang : : Kebaikan Vs Keburukan

Macam yang aku dah janji.. Aku sambung lagi entry pasal Radioaktif nih.. Kali nih aku tulis pasal kebaikan dan keburukan radioaktif secara overview.. Semua yang aku karang nih adalah hasil research daripada pakcik google, member UKM dan beberapa bijik buku ilmiah.. Jangan cakap aku cedok orang punya udah laa.. hahaha.. Kalau ada yang salah pada penulisan nih, harap boleh beri teguran.. Aku cuma manusia biasa, tak terlepas daripada salah.. Aku akan tulis tanpa bias kemana-mana belah, tapi aku akan tulis dgn seimbang supaya anda boleh fikirkan dengan rasional keperluan tenaga nuclear di Malaysia..



Kebaikan
  • Kuantiti kecil bahan api nuklear mampu mengeluarkan kuantiti tenaga yang besar
  • Bahan api yang diperlukan adalah sedikit
  • Pengeluaran tenaga nuklear tidak akan mengeluarkan gas yang mencemar alam sekitar. Asap putih yang keluar tuh hasil proses penyejukan stim.
  • Sumber semulajadi seperti uranium masih wujud dalam kuantiti yang banyak
  • Reaktor nuklear yang mengeluarkan tenaga juga boleh digunakan untuk menghasilkan Radioisotop yang digunakan didalam industri , perubatan, pertanian dan penyelidikan.
  • Penjanaan tenaga adalah lebih bersih dan selamat jika segala peraturan dituruti.
Keburukan
  • Kos menyiapkan dan membina prasarana loji nuklear adalah sangat tinggi. Ini disebabkan loji nuklear memerlukan teknologi khas.
  • Pemantauan yang rapi dan berterusan adalah perlu, sebarang kesilapan kecil akan mengundang malapetaka besar.
  • Pekerja yang berkerja di loji nuklear terdedah kepada sinaran radioaktif. Jika terdedah pada kuantiti yang teruk, boleh mengakibatkan kematian, kemandulan dan sebagainya.
  • Air kolam yang digunakan untuk menyejukkan rod bahan api tidak boleh dibuang kedalam sungai atau tasik kerana ia akan menyebabkan pencemaran terma iaitu menyebabkan peningkatan suhu pada sungai atau tasik. Peningkatan suhu ini akan menyebabkan gangguan ekosistem kerana haiwan dan tumbuhan memerlukan darjah suhu yang bersesuaian untuk hidup. 
  • Rod bahan api terpakai adalah sangat panas dan berradioaktif serta memerlukan kaedah khas untuk menguruskanya. Malangnya kaedah khas itu memerlukan  kos yang tinggi.
  • Stesen loji nuklear menghadapi kemungkinan risiko kemalangan yang mungkin disebabkan masalah seperti kegagalan sistem penyejukan, kerosakan sistem kawalan, kecuaian manusia dan bencana alam.

10 Drop Your Comment:

Nas March 23, 2011 at 11:55 AM  

aku tengok explanation pasal keburukan lagi byk dr kebaikan...so better xyah ade nuklear! hehehe


latest entri:

kisah seram banglo usang seksyen 2

.::: Princess MOMOY :::. March 24, 2011 at 12:28 PM  

lagi kebaikan tenaga nuklear:
7. kos tenaga elektrik menjadi sangat2 murah pada masa akan datang
8. tiada kesan rumah hijau

Setelah hadapi gempa, tsunami dan radioaktif | Jepun bakal hadapi gunung berapi!"

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Tanda Kiamat Makin Hampir"

Ayie March 26, 2011 at 1:22 AM  

nas- aku pun tak berapa nk pasti, perlu atau tak.. tapi pada aku, di malaysia, tenaga bukan perkara mendesak.. hehehe

Ayie March 26, 2011 at 1:22 AM  

momoy- yaa betull.. 10 markah untuk anda.. hehehe

faiz April 2, 2011 at 7:35 AM  

aku tgk keburkan dia pon aku dah mempersoalkan...mampukah Malaysia buat loji nuklear ni?ape teknologi yg Malaysia pernah buat hingga sibuk nak buat teknolgi nuklear gak..enjin kereka pon harap lotus lagi...

Ayie April 2, 2011 at 7:16 PM  

Dari segi teknologi, aku tak rasa ada masalah.. Yang menjadi masalah pada pandangan aku ialah keutamaan keperluan loji nuklear dan status mentaliti masyarakat.. kita dah ada empangan dan kuasa yang dibekalkan tak pernah terputus sejak 10 tahun lepas, maka pada pandangan aku, tak ada masalah dengan eletrik yang dijana oleh empangan malah eletrik tuh dah mencukupi.. jadi apa keutamaan loji..??

.::: Princess MOMOY :::. April 3, 2011 at 10:03 AM  

momoy rasa dari segi teknologi pun benda yang masalah juga
jepun tu teknologi nuklear mereka sangat power.
US ketinggalan jauh ke belakang disebabkan tiada lagi pembinaan nuklear plant selepas peristiwa lalu tu.

tapi biarpun secanggih mana teknologi yang dibuat. hukum alam x dapat dielakkan . disiplin dan kecuaian perkara utama malaysia kena fikirkan sbb kita terlalu rendah dalam bab tu

Korang pernah main game ni?"

Ayie April 3, 2011 at 7:41 PM  

ayie tak ada basic tentang teknologi nuklear, so memang tak mampu nak terangkan detail.. btw, thanx momoy.. apa yang dicakap tuh ada betulnya.. lepas kes three mills, US agak ketinggalan..

Jepun still the best dalam teknologi..

Miecyber April 5, 2011 at 11:20 PM  

Kalau baca enri nie, Malaysia tak sesuai langsung nak berloji nuklear.
Risikonya pula teramat dasysat dan bala tak habis untuk satu generasi mungkin.....

Thanks atas info ni bro..

" Say No " Loji Nuklear Di Malaysia

Ayie April 5, 2011 at 11:35 PM  

sekadar berkongsi bro.. hehe

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP