Wednesday, March 16, 2011

Gempa Di Jepun

Jepun.. seperti sudah jatuh ditimpa tangga.. Lepas satu-satu musibah datang melanda.. Starting gempa bumi amik part, then tsunami, lepas tuh masalah nuklear dan yang terakhir dikatakan mungkin berlaku letusan Gunung Berapi Shinmoedake..


Gempa di Jepun berkekuatan 8.9 Scalar-Richter..Dengan kekuatan magnitud tuh saje dah mampu hancurkan segalanya.. Masalah bertambah lagi.. Tsunami pulak datang.. Habis semua disapunya.. Habis kes tsunami, reaktor nuklear pulak berdepan masalah.. Sistem penyejukan teras utama reaktor hadapi masalah.. Kalau teras tuh gagal disejukkan, pencairan teras akan berlaku dan seterusnya menyebabkan Nuclear leakage berlaku.. bagi mengelakkan masalah ketiga nih, pihak jepun menggunakan air laut sebagai agent penyejuk, boleh dikatakan sebagai alternatif sebab agent penyejuk kat reaktor tuh tak lagi berfungsi.. Yang terakhir sekali ialah kes gunugn berapi yang bakal meletus. Walau bagaimanapun, berita tak dapat disahkan. Kalau betul, nauzubillah.. 

Dihujung entry nih, aku sisipkan gambar tsunami, tragedi nuklear dan gambar gunung berapi. Sebelum tuh, berikut adalah petikan kenyataan akhbar Utusan Malaysia (*aku tanak amik petikan Berita Harian sebab aku rasa malu dgn apa yang mereka dah buat):

Krisis nuklear Jepun yang disifatkan sebagai paling serius di dunia sejak malapetaka Chernobyl di Ukraine pada 1986, semakin meruncing hari ini apabila paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan di sekitar sebuah loji nuklear setelah beberapa reaktornya meletup dalam tempoh empat hari lalu selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas. Perdana Menteri, Naoto Kan menyeru penduduk yang tinggal sekitar 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima, 240 kilometer ke utara Tokyo, supaya tidak keluar rumah dan menjimatkan elektrik. Ketika bercakap mengenai paras radiasi di reaktor No. 4 yang meletup hari ini, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengakui terdapat kemungkinan jelas kesihatan penduduk boleh terjejas. “Tidak syak lagi berlainan dengan situasi masa lalu, paras radiasi kini pada paras yang boleh membahayakan kesihatan manusia,” kata Edano.

Gambar letusan Gunung Berapi Shinmoedake

 Fukushima Nuclear Reacktor

Japan Tsunami
 
*Kepada yang nak menderma tuh, berikut aku sertakan cara untukanda menderma
Bahagian Kewangan NSTP,
31 Jalan Riong, 
59100 Kuala Lumpur.


dan pejabat cawangan NSTP 
atau cek atas nama...


Tabung Bencana NSTP-Media Prima,
Akaun Maybank : 514105-320757 
(sila tulis nama penuh dan alamat di belakang cek)
 
 
 
Sumber:  
Momoy,  
Pakcik Goole
Utusan Malaysia
 


4 Drop Your Comment:

anez zamri March 17, 2011 at 5:54 PM  

mmg kesian..bersyukur kite duk kat malaysia nie..huhu..

Ayie March 17, 2011 at 11:41 PM  

memang nikmat duduk di malaysia nih.. hoho

.::: Princess MOMOY :::. March 20, 2011 at 9:10 AM  

hari baca sinar harian ke kosmo tak ingat memang rasa kagum dengan penduduk negara thai
mereka bersesak-sesak (memang serius sesak) kat shopping complex beratur sebab nak menderma pada mangsa tsunami jepun. kagum seketika dengan keprihatinan mereka. kita pula lukis kartun persendakan mereka. alahai...

Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"
ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker"

Ayie March 20, 2011 at 1:19 PM  

itu laa.. kalau kita kata mentaliti org malaysia masih rendah, ada yang bising kata kita tak sedar diri.. tapi hakikatnya, boleh nampak kan..??

*itu pun ada hati nak bina loji nuklear.. dah sedia ke kita nih...??

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP