Thursday, June 30, 2011

Harimau ketuk Bangau dua kali.. MUST READ

Kisah harimau dan bangau:

Pada satu hari, harimau belang didatangi seekor Bangau yang kecik tapi kerek.. Dia mencabar harimau bertarung dengan dia.. Dia kata, harimau tuh looser kalau tanak lawan.. Lalu dengan rileknya harimau menyahut cabaran bangau tuh.. Untuk 20 minit pertama, harimau tuh kelihatan lemau habis.. Nak buat macam mana, harimau baru bangun tido.. Tu pasal lemau sikit.. Lepas 20 minit, harimau tuh tiba tiba je jadi ganas.. Mengaum aje kejenya.. Terkam sana terkam sini.. Bangau asyik mengelak je.. Tapi sepandai pandai bangau mengelak, kene gak 2 bijik kat kepala.. Lepas kene 2 bijik kat bangau tuh, harimau rilek sikit.. Tak ganas sangat..  Bangau pun amik kesempatan, bangau pulak ketuk harimau, makanya harimau kene sebijik..  Sampai la habis masa, keputusan muktamad, bangau kene 2 bijik manakala harimau menang dengan hanya kene sebijik.. Sebenarnya, harimau boleh kasi lagi banyak bijik.. Malangnya taring harimau lupa nak asah semalam.. Tumpul sikit.. Walaupun tumpul, menang weh.. 2 bijik berbalas satu pulak tuh.. Terkedek kedek Bangau mengelak terkaman Harimau.. Kesian Bangau.. teruk gak la dia kene sergah..Nakal harimau nih.. hahahaha.

Malaysia Vs Taiwan:

Malaysia menapau Taiwan dengan 2 gol berbalas 1, dengan gol Malaysia dijaring oleh Safiq Rahim dan Zafuan, gol taiwan pulak disumbat oleh Chen Po Luang.. Gol Safiq agak cun, optimis try je, tapi masuk.. Swing pulak tuh.. Ngam ngam kene tiang gol, terus masuk.. Style.. Gol Zafuan, hasil sepakan sudut dengan beliau menanduk bola tanpa was was dan ragu lalu menjadikan defisit 2 gol tanpa balas.. Malangnya, kealpaan defend Malaysia dihukum oleh Chen Po.. Mungkin anda tak percaya, gol Taiwan tuh merupakan satu satunya shot on target oleh striker Taiwan pada babak kedua.. Satu shot on target, tapi terus gol.. Aiiyak... Tapi takpe laa.. Biasa laa, bola tu bulat.. Kita rilek sudah laa.. Tak payah nak tunjuk bagus mengutuk orang lain.. 

Ada orang tak puas hati dengan performance Safee..  Nih teman nak gtau, sebenarnya Safee cedera sikit, tapi tak serius.. Disebabkan dia ''agak'' cergas, King Gopal masukkan dia.. Malangnya, masa game tadi, dia tak mampu main dengan baik sebab dia still injured.. Sebab tu second half dia dikeluarkan, diganti dengan Fakhri.. Pasal Matyo dan Apek, mereka memang tak cergas.. Jadi tak boleh main pun.. Itu yang King Gopal kata laa.. Tapi apa yang teman nampak, King Gopal nih macam buat strategi je.. Mesti ada sebab dia simpan player gred A tuh.. Kalau betul mereka injured, kenapa pulak dia boleh duduk kat bangku simpanan.. Soalan misteri tuh.. 

Mahali dengan Chanturu pun sama gak.. Kenapa mereka tak diturunkan..?? Padahal mereka nih memang mantop kot.. Chanturu sebagai contoh, walaupun masih gugup dan selalu lepaskan peluang one by one masa wakil kelantan, tapi dia laju gile babeng.. Setaraf dengan Kunalan kot.. Mahali pulak, defender kental.. Kalau Amar couple dengan Mahali, kompom kental habis dah defend.. Nih pendapat teman.. Pendapat masing masing.. Subjektif kan..?? haha

Harap harap second length nanti, Malaysia menang atau at least seri.. Kalau Taiwan menang 1-0 pun, Malaysia kalah dengan kiraan jaringan gol tempat lawan.. Tak mau la gitu.. Teman harap nanti 1st eleven ''sebenar'' akan main utk second game nanti..

Sesi berangin:

Tadi masa tengok bola kat McD, ada sorang ''mangkuk hayun''.. Asyik mengutuk je.. Kalau dia kutuk Taiwan takpe gak.. Nih Malaysia dikutuknya.. Main macam budak la, sepak lembik la.. itu la, ini laa.. Hekkelleh.. Kerek la lu orang tua... Lu bagus sgt ke hapa..?? Cuba lu main..?? Boleh..?? Cakap memang senang.. Buat tengok..!! Menang pun kutuk, kalau kalah, apatah lagi.. Manusia gini, sumbat je dalam logi penapisan najis.. Kemon tol.. Noob..!! Berbulu sebentar.. .


Friday, June 24, 2011

Yeehhaaa... Malaysia monang..!!

Walaupun posting nih agak lambat.. tapi gua tak dulik.. Gua nak gak post.. hahaha... Seperti yang anda sedia maklum, Malaysia baru je menapau Lubnan dalam game kelayakan olimpik 2012.. Malaysia menapau Lubnan dengan 2 gol berbalas satu, yang menariknya, kedua dua gol Malaysia tuh boleh dianggap cun terutama gol Wan Zack.. One touch kot.. Stail.. Anda nak tgk gol tuh..?? Sila kelik sini..

Malaysia menjadi wakil tunggal Asia Tenggara mara ke 3rd round kelayakan olimpik, bersama sama Qatar, Iraq , Palestine, Australia, Syria, UAE, Korea Selatan, Uzbekistan, Arab Saudi, Jepun dan Oman.. Kalau ikut rangking, Malaysia yang paling rendah, tapi rangking hanya pada kertas.. Makanya, tak payah pedulik sgt dgn rangking tuh.. Bergelar pasukan Underdog, cabaran Malaysia tak patut dipandang mudah sebab selama nih, takda siapa pun sangka Malaysia boleh pergi sejauh nih.. -Sila la terkesima sebentar bersama teman..

Kenapa anda patut bangga..??
1. Malaysia menang dengan hanya 10 pemain diatas padang.. Sorang kene kad merah
2. Malaysia menang walaupun penyokong tak ramai.. Banyak kerusi dari penyokong..
3. Malaysia telah menapau Lubnan, yang memegang status pasukan pilihan
4. Malaysia adalah wakil tunggal Asia tenggara.. Indon pun tak layak tau..
5. Malaysia adalah tanah tumpah darah anda.. I lap u Malaysia..!!

-Jadi anda nak bangga tak..?? tepuk perut tanya selera.. ^^

Kredit: Info Dan Rangking Bola Sepak Malaysia
Kredit: Sokernet.com

Monday, June 20, 2011

P2P File Sharing Website

Kenapa teman guna P2P file sharing:

1. Mudah.
2. Percuma
3. Internet laju gile babeng
4. Duit dah banyak habis bayar bill berokben dan fix line. rugi la kalau tak guna
5. McD ada provide WiFi percuma
6. Bactrack 5 dicipta untuk hack wireless
7. Ultrasurf pulak dicipta untuk ''anon surfing''
8. Sharing is caring
9. Bosan takde benda nak buat
10. Tak mampu beli DVD ori
11. Tak nak sokong penjual DVD cetak rompak
12. Undang undang dibuat untuk dilanggar
13. Drama kat TV semua tak boleh masuk kepala.. Semuanya silly crap..
14. Komputer teman ada 500GB space kosong
15. Belum kira external hardisk yang baru saya beli
16. Mak cakap jangan membazir.. Amalan setan..
17. Takde masa nak pegi panggung wayang
18. Kebanyakan movie yang tak berbaloi untuk ditonton di panggung wayang.. Contohnya cicakman..
19. Sebab sebenarnya takde sebab munasabah nak pegi tgk wayang
20. SEBAB TEMAN RAKYAT MALAYSIA.. kalau teman rakyat indonesia, kompom teman tgk movie indon.. takkan teman nak tgk movie sri lanka pulak.. noob..

Tak boleh bukak website file sharing..?? Tak perlu le nak bising bising sgt.. Hide je IP Address anda.. Takde masalah pun sebenarnya.. =.=''

*sape ada link download KL Gangster..?? hangkat kaki..!! Jangan tak caya.. teman dah tgk 2 kali kat wayang wooo... kiranya teman antara penyumbang kepada RM11 juta tuh.. ^_^

**mode bizi masih belum hilang.. hahaha

Wednesday, June 15, 2011

Kemon tol.. P2P dah kene blocked..

Berikut adalah 10 laman P2P yang dah diblock oleh SKMM..



Sehingga ke saat teman dok taip ayat sekarang nih, Anonynomous Hacker telah pun ''berkerja''.. Hasilnya, laman web Politeknik, dan Tour-Malaysia dah konfirm kene hack.. Ini la akibat jika rakyat jelata mengamuk.. Yang hairan tuh, depa sibuk nak block file sharing web.. Yang porno segala bagai tuh tanak pulak dia block..Bersepah kot web porno.. 
 
Kalau bayar UNIFI sampai RM149, tapi sekadar boleh surf Facebook atau Twitter, itu maksudnya.... (fill in the blank).. Huh.. Noob..!! Setakat nih, hanya ada satu web filesharing P2P yang teman tau, masih tak kene blocked iaitu wupload

Sumber: Kene Hack dot com
Sumber: Jom RIleks




mood: kuciwa tahap gaban

Tuesday, June 14, 2011

REVEAL..!! Sepuluh taktik pelajar meniru,

Sepanjang 3 tahun teman belajar diploma, meniru dan ditiru umpama asam garam student.. Tanpanya, maka tak berwarnalah alam peperiksaan, alam ujian dan alam quiz.. Ibarat irama dan lagu, pabila dipisah, bosan jadiknya..  Kali nih teman buat entry untuk revealkan cara student meniru.. Kepada bakal guru, sila ambil perhatian.. Kalau student anda buat gini, anda paham paham je laa.. hahaha..

Penafian: Meniru tuh tak bagus untuk kesihatan.. Sila baca entry nih dengan niat yang baik..
1. Poket doremon
Boleh kata cara paling best untuk digunakan.. Malangnya nota tuh agak limited..  Nota kecik akan disimpan didalam poket.. Lalu menyebabkan poket tuh dikenali sebagai poket doremon.. hahaha.. Biasanya hanya subjek berkaitan ilmu kira-kira je yang sesuai untuk menggunakan teknik nih.. 


2. Mata power

Yang nih memerlukan kerjasama member.. Caranya, masa ujian, silalah duduk sebelah member yang pandai tahap cipan.. Bila anda tak tau jawapan, tanya la dia.. Nanti mesti dia angkat kertas jawapan dia sambil memberikan anda peluang utk tgk..


3. Meja ajaib

Teknik kegemaran teman.. Cara paling sempoi dan munasabah.. Sama ada anda tulis segala fakta atas permukaan meja atau anda taruk je buku kat laci meja tuh.. Pandai pandai hidup laa.. Tak pandai cover, paham paham laa.. Alaa, kene repeat je pun.. 


4. Tulisan halimunan

Cara nih, hanya sorang mamat bernama Azlan Bin Obet je yang guna.. Macam mana..?? Dia poie tulis segala jenis formula kat atas kalkulator yang berwarna hitam.. Jika dipandang dari jauh, anda takkan nampak tulisan tuh.. Cara yang selamat tapi menjadi sangat disaster jika tiba-tiba lec nak pinjam kalkulator anda..


5. Toilet pintar

Cara budak sekolah.. Tak uptodate sgt.. Dengan meninggalkan sebijik buku didalam toilet, maka anda bebas untuk carik jawapan untuk soalan yang anda tak tau tanpa masalah.. Tapi awas.. Kalau anda poie ke tandas sampai 14 kali untuk 1 jam, makanya anda akan menarik perhatian encik pengawas untuk membuat serbuan ke tandas.. Maka, berhati hati lah..


6. Surat layang

Posto tak bertauliah akan menjalankan tugasan nih.. Satu kertas kecik yang dikoyak daripada A4 paper, akan ditulis soalan.. Lalu di berikan kepada sorg member yang pintar dan baik hati.. Nanti dia akan jawap soalan tuh.. Biasanya, kertas jawapan tuh akan melayang seantero kelas.. Tu pasal kadang kadang satu kelas tulis jawapan sama, padahal jawapan tu salah.. Ketara sgt menirunya.. hahaha


7. A4 size

Nih pun cara kegemaran teman.. Sebelum masuk ujian,tulis satu note penuh. lengkap dengan graph dan segala bagai maklumat yang patut dimasukkan untuk subjek ujian tuh..  Kertas A4 yang penuh dengan maklumat tuh, akan diselitkan dibawah kertas untuk menjawab ujian.. Bila perlu, selak la kertas tuh.. Sila gunakan kertas yang ''agak'' sama dengan warna kertas menjawab ujian anda.. Malangnya, jika anda guna kertas yang mempunyai warna yang ''sgt'' berbeza, memang anda carik nahas sebenarnya..  Kalau anda perasan, kadang kadang, lec suka bagi soalan ujian dengan kertas berwarna, dan anda perlu tulis jawapan di kertas itu.. Kenapa..?? Sebab sebenarnya lec pun dah tau taktik nih.. Lec pun student gak dulu.. 


8. Bahasa isyarat

Isyarat biasa digunakan untuk mendapatkan jawapan.. Cara nih hanya sesuai jika soalan yang dikemukakan ialah soalan objektif.. Kalau anda pikir anda nak pakai cara nih untuk soalan subjektif, maka anda akan dikategorikan sebagai student noob.. Kebiasaannya mereka akan menggunakan isyarat seperti batuk, isyarat tangan atau ketukan meja.. Awas..!! Jangan sesekali menggunakan bunyi sendawa atau kentut sebagai pengantara bahasa isyarat, melainkan anda bersedia untuk mnerima terajang dibahagian abdomen..


9. Bisikan nurani

Nih biasanya orang guna kalau emergensi seperti masa menjawab dah nak tamat atau time pengawas nak kutip kertas jawapan.. Time tuh kompom semua kalut, dan bising.. Itu lah masanya student akan bercakap secara berbisik, untuk bertanya jawapan.. Bisikan nurani tak sesuai untuk student yang suaranya garau macam ramli sarip kerana bisikan nurani tersebut akan menjadi ''lolongan nurani'' dan seterusnya menyebab student tuh kantoi.. 


10. Teknologi

Yang nih, dikalangan member teman, cara nih dipelopori oleh sorang mamat bernama Arif Aziz.. Disebabkan kamera henpon dia boleh dikategorikan sebagai power, maka beliau akan mengambil gambar buku nota dan disimpan didalam henponnya.. Kalau anda nampak member anda pegang henpon kat bawah meja sambil menjawab soalan, anda perlu paham, beliau sedang konsentrasi menjawab soalan beliau dengan bantuan teknologi.. Jangan lupa silentkan henpon anda.. Kalau tak, anda memang menempah bala..


Harap harap lec tak kejam sgt sampai suruh student buat mcm gambar nih.. hahaha


Adios.. Assalamualaikum..

Saturday, June 11, 2011

Sembang : : Shoutmix gila atau Nuffnang gila atau Blog gila..??

Tak yaha cite banyak.. Ce tgk gambau nih.. Nih bukan edit okeh..!! Serius jadi tadi.. hahaha..




-HAHAHA.. Kepelikan sebentar..

Sembang : : Macam mana nak buang navbar blogger..??

Entry nih dah lama terbengkalai lantaran kebizian melampau.. Memandangkan teman ada masa sikit nih, teman setelkan je la entry nih.. Harap entry nih bermanfaat utk anda..

Anda tau navbar tuh hapa..?? Navbar blogger tuh ialah navbar yang ada kat atas blog yang pakai template biasa.. Kalau anda nak buang navbar tuh, anda kene edit sikit template anda tuh.. Mudah je sebenarnya..  Navbar tuh ada pro dan kontra sebenarnya.. Pro, anda senang nak balik dashboard.. kontranya, ada button Report Abuse.. Malah pada sesetengah mata, navbar tuh kelihatan menganggu background.. Background dah cun habis, tetiba ada plak navbar.. tak best betul..

Cara nak buang..
1. Download backup template anda.. In case anything happen, tak la bermasalah..
2. Pergi ke Design > Edit HTML > Expand template
3. Cuba find Section ''Body''.. Hold Ctrl dan picit F.. Carik keyword ''Body''.. Tak paham, cuba tgk gambar..
yang kat atas tuh ialah navbar

Dalam structure ''content'', ada section ''body''.. cuba search..

Pastekan aje code tuh kat section ''body'' tuh..

tgk, sekarang navbar tuh dah hilang..

4. Anda pastekan keseluruhan code nih, pada section body
#Navbar1 {
margin: 0;
padding: 0;
display: none;
visibility: hidden;
}
5. Preview.. Kalau jadik, save je.. Selesai..

Kalau anda pakai template yang takde navbar, tetibe anda nak pakai navbar tuh.. Anda boleh buat jugak.. Anda buat cara yang sama, cuma bezanya, anda tak perlu paste code yang berwarna merah tuh..

Mudah kan..?? Meh la try..

Sembang : : KL Gangster memang gangster..!!

Movie nih pun teman dah layan.. Secara overview, teman kasik movie nih 4 out of 5 utk rating wajib tonton.. Serius stail cerita nih.. Boleh kata full action movie nih.. Malah koreografi fighting pun tak mengecewakan.. Tak la nampak buat buat sgt.. Dan yang lebih utama, ending dia sesuai dgn kisah utama dia.. Tak la macam KL Drift tuh.. Ada pulak ending dia, ''Zack, aku cintakan kau''- kata scha alyahya (entah hapa nama watak dia) kepada Shamsul (Zack).. Noob habis.. 

Movie nih berkisar kepada Malek, bekas banduan yang dibebaskan dari penjara.. Dulunya Malek nih gangster.. Lepas dia kene sumbat dalam penjara, dia berubah jadi baik.. Sebenarnya, Malek nih dia kene khianat oleh Shark sampai menyebabkan dia kene sumbat dalam penjara.. Malek ada adik.. Namanya Jai.. Jai nih orang kuat Shark.. Kira dia macam balaci Shark laa.. Apa je yang Shark suruh, mesti dia buat.. Boleh kata Jai nih ada macam macam kaki.. Kaki gaduh, kaki pukul, kaki duit, kaki kurap.. (*ops, gurau..) hahaha.. Dikisahkan pulak, Shark nih tak puas ati dgn Malek.. Jadi dia nak hapuskan la malek nih.. Caranya..?? Dia suruh Jai..  Wow.. Sampaikah hati Jai nak bunuh abang dia..?? Cuba la teka..

Hinggalah ke akhir movie, ada sumthing happen pada Zizan @ Padil.. Nak tau hapa jadi kat dia..?? Poie la tgk movie tuh.. Teman tak boleh nak cerita penuh, tak adil la kan..?? Kesian mereka berlakon susah payah.. Download..?? Jangan laa..!! Apa kata anda poie ke wayang.. Sokong la movie nih.. Serius anda tak rugi.. Moh le kita ke wayang.. hahaha

**teman suka watak Corrie @ Dragon.. Dia berlakon sebijik macam taiko.. Syabas.. hahaha


Sembang : : X-Men..?? boleh laaaa...

Dalam seminggu nih, teman dah tgk 2 movie best.. Yang pertama, X-Men dan yang kedua KL Gangster.. Secara jujurnya, kedua dua movie memang sedap untuk dilayan di wayang.. Agak berbaloi la anda bayar RM13 tuh..   Untuk entry nih, teman review sikit pasal movie X-Men.

Movie X-Men, kalau anda nak tau kenapa Professor X lumpuh, mana Magnetto dapat topi dan sejarah permusuhan mereka, anda patut tonton movie nih..  Scene X-Men bermula pada tahun 1940-an, dan seterusnya lompat ke tahun 1960-an yang mana zaman tuh menggunakan latar belakang zaman perang dingin antara Soviet dan USA.. Actually movie nih ceritakan tentang first generation of mutant yang mana pelopor mutant nih ialah Professor X, Magnetto dan Sebastian Shawl..  Dalam movie nih, Professor X dan Magnetto merupakan member kamcing pada asalnya, malah Professor X sendiri mengajar Magnetto mengawal kuasa dia.. Kira mereka nih macam best mate la..  Kesana kesini sama sama.. Tapi ada selisih sikit antara mereka yang menyebabkan mereka tak sehaluan..  

Ada satu watak antagonis, Sebastian Shawl.. Magnetto dan Professor X  bergabung tenaga nak tewaskan Sebastian Shawl, mamat nih mutant gak.. Dia berkemampuan manipulasi tenaga, kiranya tak guna la orang tembak dia pasal dia boleh serap kuasa.. Kenapa Shawl nih dibenci oleh Magnetto..?? Sebab Shawl dah bunuh mak Magnetto masa Magnetto dan keluarganya jadi tawanan Nazi..  

 Dalam banyak banyak mutant, teman tertarik dgn satu mutant yang berbentuk setan atau nama saintifik dia, Azazel. Agak style la dia main hilang hilang, sebijik macam karekter Anti-Mage dalam game DoTa.. Dengan ekor setan, ditambah muka yang tak beberapa nak kacak berserta perangai yang haramjadah, memang dia layak digelar Red Devil..  

Teman ada perasan, satu bad idea tentang X-Men nih, pengadun movie nih secara halus cuba menerapkan kepercayaan kepada wujudnya Holocoust Yahudi.. Ce anda tgk, masa awal movie, Magnetto dan family dia ditahan oleh askar Nazi dengan time tuh Magnetto pakai vast dengan lambing Zionist. pada belah kiri dada dia. Kemudian ditunjuk pulak scene buruh paksa dipaksa kerja untuk Nazi.. Biasa laaa.. Bila movie barat masuk wayang, tak mungkin mereka lupa nak sebarkan ideology karut mereka tuh.. Propa kene lebih.. Kalau tak, bukan laa yahudi namanya..

Sampai sekarang, teman masih tertanya tanya, kenapa Professor X botak..?? Bukan main kacak dia dengan rambut belah tgh masa muda.. Adakah dia botak kerana dia kene kanser..?? atau dia tensen takde awek..?? atau dia tensen sebab Mystique pilih nak kapel dgn Magnetto, bukan dgn dia..?? hahaha.. Mystique pun dah tua sebenarnya.. ce tgk gambau tuh..

**Sebenarnya teman nak buat entry nih hari isnin lepas.. Tapi sibuk mengalahkan PM, tak boleh nak buat hapa la.. Adakah teman terlambat..?? Arghhh.. persetankan semua tuh.. Teman tak kira, teman nak buat gak entry nih.. hahaha

Friday, June 3, 2011

Sembang : : Aku cukup benci dengan batu api yang berapi..!!

Amaran: Entry nih menggunakan bahasa yang sedikit kesat.. Jika anda tak mampu menerima bahasa gini, dicadangkan agar anda tak meneruskan sesi pembacaan.. -Admin @ Kudin @ Ayie @ Brad pitt.
*Erk, Brad Pitt..?? hahaha ^.^

Maaf cakap, tapi teman anti sungguh dengan manusia yang suka menghasut atau bahasa comelnya ''batu api''.. Manusia gini, memang seumpama memintak penerajang tanpa belas ihsan atau penampar jepun tahap ke lapan.. Malah ada yang lagi advance tuh, mintak kedua-duanya sekali.. Hebat..

Sebenarnya entry nih relate dengan ''kes besar'' yang berlaku dalam dunia blog nih.. Heh. jangan ditanya teman kes hapa benda.. Teman taknak kasitau memandangkan kes ni melibatkan aib orang.. Berdosa hukumnya mendedahkan aib orang.. Malah nabi sendiri dah pesan, ''janganlah kamu membuka aib orang lain walaupun dihadapan keluargamu sendiri''.. Dalam alquran pun dah tulis, jangan aibkan orang.. Tak elok..!! Cuba anda search terjemahan surah al-hujuraat, ayat 11 dan 12.. Apa yang tertulis dalam al-quran tuh..?? Ce cite sikit..

Teman taknak sebelah mana mana pihak sebab teman tak tau pun hujung pangkal kisah.. So, leave it.. Tak payah amik pusing hal mereka.. Tentang hal mereka, biarkan mereka selesaikan secara professioanl.. Setel..

Komen batu api.. Seyes..ada komen ''berjaya'' menjadi batu api.. Tahniah..!! Anda baru je menempah tiket ke neraka selama-lamanya.. Macam taik pun ada.. Der.. Ko tak pikir ke apa yang ko tulis tuh boleh buat orang terasa hati dan seterusnya menyebabkan orang lain bermusuhan..?? Haduii.. Otak letak kat lutut ke hapa..??  Matang la sikit weh.. Pikir dulu sebelum post komen.. Nak marah kang, dah beso panjang.. -such a looser.. =.=''

Tuhan beri manusia dan haiwan sebijik otak.. Tapi yang membezakan antara manusia dan haiwan tuh ialah akal dia.. Hidup dengan otak adalah berbeza dengan hidup menggunakan akal..

Itu satu hal.. satu hal lain ialah bahasa komen yang agak kesat.. Dah la jadi batu api, ayat pulak mantop habis.. Sampai boleh tacing gua.. Cuba anda empathy, letakkan diri anda dalam situasi dia.. Apa perasaan anda bila anda ''dihujah' sedemikian rupa..?? Teman nih hardcore, tapi teman pun boleh nangis baca ''sumpahan'' anda tuh.. Terasa diri nih sangat keji.. Daripada anda sibuk dok jadi batu api tuh, lagi baik anda tak komen apa apa.. Dosa tak dapat, jari pun tak letih.. Kan mudah tuh..

''guru yang hebat ialah pengalaman.. Malangnya pengalaman 
tuh adalah guru yang kejam''..

Tak kisah la sape betul sapa salah.. Yang pasti, itu hal masalah mereka.. Kita orang luar, jangan nak sibuk sibuk jadi batu api.. Bukan ada faedah pun.. Si polan bin si polan buat salah pada si polanah binti si polan.. Itu kan hal masalah mereka, yang anda sibuk jadi  batu api tu pekehal..?? Anda dapat laba..?? Dapat untung..?? Apa untungnya dengan 2 manusia bermusuhan..??  Dapat dosa ada laaa.. Yang untung cuma Devil bin Demon. Anda tak untung pun.. 

Dengan satu kejahatan, anda akan diingati sampai mati.. 
Malangnya, sepuluh kebaikan belum tentu mampu membuatkan anda dihormati..

Terpulanglah bagaimana anda nak ''cuba memahami'' entry nih.. Pada teman, pendapat adalah subjektif.. Ini adalah pendapat teman yang lahir dari sanubari dalaman teman.. Tak suka..?? Takpe.. Teman paham, tak semua orang berkongsi pilihan yang sama kan..?? hahaha

Heh.. Sekali lagi teman gtau.
Serius teman benci dengan batu api..
Sape yang terasa tuh, padan muka..!! Muaahahaha

Kepada kedua-dua pihak yang sedang menghadapi masalah tuh, semoga allah memudahkan urusan anda.. Kepada yang sibuk dok jadi batu api tuh.. Sedar sedar laa.. Allah tu maha kaya.. Hidup nih ibarat roda.. Hari nih hari anda, sok lusa hari dia.. Orite..?? Hahaha..Adios..

Assalamualaikum.. ^^


Our live is so brief.. That is the reason why we should find the meaning of our life.. There is two kind of living, live for nothing or live for everything.. Just mirror on ur soul..



**Penafian: Ini bukan entry kontroversi.. Ini jua bukan entry konspirasi.. Ini hanyalah entry berani mati.. HAHAHAHA.. Mintak maaf kepada orang yang datang menyepam teman.. teman masih dibelenggu kerja.. sori yep..Nanti teman dah ''bebas'', teman BW macam biasa ke blog anda.. ^^

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP