Monday, December 31, 2012

Selamat Selamat dan Selamat

DIsini, teman mewakili diri teman, mengucapkan selamat berjuang kepada semua blogger blogger yang akan menjalani final exam di mana jua anda berada terutama buat blogger daripada Universiti Malaysia Pahang.. Disini juga teman mendoakan yang terbaik buat anda sekalian.. Dan teman harap, jangan ada yang try meniru, lambat masuk dewan periksa, mahupun yang pengsan tengok soalan.. Segalanya adalah ujian buat anda.. Jika anda dah buat yang terbaik, tawakal kepada si-Dia.. Dia maha memahami..

Assalamualaikum.. Jangan lupa doakan teman jugak di sini.. ^.^

*harini teman mengadap first paper.. Harap harap apa yang di'spot tu masuk.. hahaha

*mintak maap, teman bizi sikit.. nanti lepas 9hb, teman poie ke blog anda pulak.. sekarang nih tak buleh.. masa tak cukup.. :)

Sunday, December 30, 2012

Duhai kasih nun jauh disana..

Duhai kasih nun jauh disebelah lautan hindi.. terimalah buku nota cintaku ini..

Hanya pada mu akan aku serahkan segalanya.. Jiwa dan raga malah bas mini pun boleh.... Percayalah, betapa hanya kau yang bertakhta di nurani dan ternyatalah anggun cinta mu abadi..Hanya pada mu, cinta yang pertama dan yang terakhir. Hanya padamu, pohon cinta ku merendang yang disirami kasih suci.. Hanya padamu..
Duhai kasih.. Tahukah dikau.. Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira.. Ibarat dipalu palu hingga sakit aku dibuatnya..Walaupun menyakitkan.. hampir sahaja aku terlena dalam paluan belaian cintamu.. 

Percayalah kasih.. Cinta mu selembut sutera.. membaluti setiap inci jiwaku.. melekat disetiap penjuru simetri hatiku.. Hanya padamu.. Tiada dua tiga empat atau lima.. Hanyalah satu... Hanya padamu.. kau yang ku cintai..

Sekelumit cintaku ibarat sekurun kerinduan.. Sanggup ku rempuhi ranjau suka dan duka..Walau membara sehangat api.. Walau dalamnya sedalam laut pasific.. Akan ku rempuhinya.. Akan aku lewatinya.. Walaupun aku terpaksa menempah tiket kapal terbang..

Ingin aku bertemu mu wahai kasih.. Walaupun bulu hidungmu terkeluar.. Padaku itu satu kecomelan buatku.. Lalu terhapus sepi di hati ku.. Sedarkah mu wahai kasih..?? Seulas bibir mu yang kelu tidak berkata.. Namun aku yakin ada sesuatu yang ingin kau sampaikan.... Aku tahu.. Aku sedar... AKu mampu melihat nurbisa dari mata mu.. Yang memancarkan cinta yang sejati.. Betapa indahnya hidup ini..

 
Sekian sahaja repekan teman kali ini.. Semoga berjumpa lagi.. Assalamualaikum..

Oyeah..!! 10 goal thriller


Berita terkini Hiburan Sensasi..

ARSENAL MENANG 7-3 KEATAS NEWCASTLE pada match ke 19 tadi.. Dengan bergayanya adik THEO WALCOTT (gambar) membuat hatrick dissamping meng'setting 2 lagi gol pada malam ini. Selain itu, gol Arsenal disumbang oleh adik Giroud dengan 2 bijik gol dan masing masing sebijik oleh adik Oxlade Chamberlaine dan abang Podolski..

Gol newcastle disumbangkan oleh Abang Demba Ba yang kacak bersama rambutnya sebanyak 2 bijik dan sebijik lagi di'tersumbang'kan oleh Sylvain Marveaux yang berkulit putih.. Secara keseluruhannya, dengan penguasaan bola sebanyak 56% oleh Newcastle, Newcastle main lagi cun kalau nak dibandingkan dengan Arsenal, tapi perbezaan ketara pada kualiti pemain kelab tersebut.. Arsenal, sekali shoot, possibility nak gol tu ada la dalam 60-70%, tapi tidak untuk Newcastle.. Yang nyata, teman nak mintak pakcik wenger beli la defender baru.. Teruk bebenau defender Arsenal tuh.. Tengah, winger, dan forward dah cun dah.. Tengok aje tadi, 3 bijik gol bingai diperolehi oleh newcastle.. Kalau ikut logik akal, gol tu sememangnya tak patot diizinkan berlaku dikalangan pemain bola bergaji ratusan ribu sebulan.. Paling ketara, Kieren Gibss selalu tertido disamping abang Kocielny yang suka amik gambar kat dalam padang sampai bola selalu terlepas..

Adik Giruod pun nampaknya dah reti nak menyepak bola ke dalam gol.. Kalau sebelum nih, asyik kelaut je.. Mungkin dia ingat dia player ragbi mungkin..?? APa apa pun, adik Giroud dan geng dah buat terbaik.. So, long life Arsenal..

Sekian..

Saturday, December 29, 2012

Manipulasi, taktik dan keji..

sedar atau tidak, antara taktik paling kerap digunakan oleh manusia keji ialah taktik manipulasi dengan membuat ''musuh'' mereka kelihatan bodoh dan jahat..  Taktik yang bijak, tapi keji..

Contoh paling mudah, membuat kain rentang dan menulis fitnah kepada diri mereka dimana mereka akan membuat seolah olah mereka difitnah oleh ''musuh'' dan mereka ''mangsa'' paling malang dan seterusnya menuduh musuh mereka yang melakukannya,  padahal mereka sendiri yang buat kain rentang tuh.. Ini bertujuan menimbulkan kebencian dan syak wasangka daripada orang sekeliling terhadap ''musuh'' mereka.. memanipulasi emosi orang sekeliling terhadap sesuatu perkara..

Teman lihat, sekarang nih, macam trend dah taktik nih.. Mereka tak sedar ke taktik nih sama dengan menipu..?? Menyampaikan mesej yang tidak benar dan memfitnah musuh mereka..?? Kat tempat teman ada jadi.. Satu banner yang mengutuk satu pihak yang lain.. Nak dijadikan cerita, teman sangat mengenali orang yang jadi mangsa dan yang menjadi ''mangsa''.. Bayangkan, gambar si polan bin si polan terpampang pada banner tu padahal si empunya gambar tak tau pun pasal banner tuh.. Alhamdulillah, dapat trace sape punya kerja.. Rupanya musuh si polan tu yang buat.. Dengan niat orang membenci si polan.. Kewl habis..

Kepada rakan rakan, hati hati, jgn termakan damak beracun, kelak terancam agama sendiri..  Jangan terlalu mudah percaya dengan kata kata orang.. ada otak, pikir baik buruk..

Friday, December 28, 2012

Cinta itu seperti ODE

Percayakah anda, cinta itu seperti ODE..?? Ordinary Differentiate Equation, sejenis method untuk mengira unknown didalam mathematic.. Kehadirannya ibarat cinta, sangat kompleks, sukar difahami.. Namun jika difahami, ternya isinnya begitu indah sekali..  Jika gagal difahami, ternyata inanya sangat menganggu sanubari..

Setiap pekalinya ibarat ayat ayat cinta.. Ungkapan yang memenuhi setiap jiwa dan raga.. Namun begitu, untuk mengungkap payat ayat cinta itu, ternyata sangat sukar.. sangat susah.. sehingga ada kalanya kesedihan yang tak tertanggung oleh jiwa kecil teman nih..

ODE dan cinta tak mampu dipisahkan dengan kata kata.. Tak mampu dipisahkan dengan perkataan.. Ternyata perkaitannya sangat kuat dan tak mampu ditandingi.. Sedarkah anda..?? Percayakah anda..?? Cinta itu seperti ODE.. Sekian...

Tuesday, December 25, 2012

Tahukah anda..??

Tahukah anda, pasukan Malaysia kalah dalam saingan AFF yang lalu... ??
Tahukah anda, teman yakin dengan kebingaian mutu pengadilan edisi kali nih..??
Tahukah anda, pasukan Gajah Duduk telah pun terduduk dibaham semalam..??
Tahukah anda, pasukan Malaysia dapat anugerah Fair play utk edisi kali nih..??
Tahukah anda, padang kat Thailand macam bendang kat Malaysia..??
Tahukah anda, Singapore dok rokk cetong..??
Tahukah anda, ranking malaysia naik..??
Tahukah anda, walaupun ranking naik, rangking Malaysia masih agak terkebelakang..??
Tahukah anda, siapa player Malaysia yang tak layak main untuk Malaysia..??
Tahukah anda, taktik Datuk Rajagopal kurang menjadi..??
Tahukah anda,Wan Zack Haikal adalah seorang lelaki..??
Tahukah anda, bini Aidil comel orangnya..?? dan lagi comel kalau pakai tudung..??
Tahukah anda, keeper Thailand bernama Kawin..??
Tahukah anda, teman gelak terbahak bahak membahan keeper bernama Kawin..??
Tahukah anda, bola tu sfera dan bukan bulat..??
Tahukah anda, teman teringin nak jumpa Lee Ming Hu dan hadiahkan beliau kad UNO..??
Tahukah anda, Lee Ming Hu adalah saudara kembar Ben William..??
Tahukah anda, K. Ruben pernah takle pengadil gila bernama Lee Ming Hu..??
Tahukah anda, Malaysia memang terbaik..??
Tahukah anda, teman suka dengan semangat Ultras Malaya..
Tahukah anda, teman tak suka dengan sikap Ultras Malaya yang menghina negara luar..??
Tahukah anda, sekanrang dah pukul berapa..??
Tahukah anda, kenapa teman buat entry nih..??
Tahukah anda, sebenarnya teman tak tau kenapa..??
Tahukah anda, teman berterima kasih kerana anda seudi berkelana disini..??

Monday, December 24, 2012

Bola dan bola dan bola..

Yeah.. Edisi separuh akhir menemukan Arsenal n Bayern Munich..  Kenapa teman hepi..?? sebab dua dua team teman sokong.. Tak kisah sape menang, dua dua teman sorak.. Walaubagaimanapun, teman harap Bayern yang jalan.. Sebab arsenal tgh moral down sekarang nih.. Nanti mau kene kitai kalau masuk separuh akhir..

Sebagai fan kipas susah mati Selangor, teman harap tahun depan tahun yang mantop buat team Selangor.. Walaubagaimanapun, teman sebagai anak Johor tetap harap Team serba baru Johor menunjukkan persembahan yang menarik.. mana tau, sok lusa teman jadi fan kipas susah mati Johor pulak.. hahaha... Kepada team ''negeri'' yang tak berpuas hati dengan team serba baru Johor tuh, udah udah leee.. Semua team berhak buat apa yang terbaik utk team mereka.. Macam team anda jugak.. Kan..? Tunjukkan semangat kesukanan, bukan semangat kenegerian.. Kalau player tak boleh bertukar pasukan, akan bosanlah liga Malaysia satu hari nanti.. Balik balik orang sama.. Yang penting, jaga tingkah laku.. Budi Bahasa Budaya kita..


Sunday, December 23, 2012

Sori yeee..

Teman nak mintak maap lee.. Bukan teman taknak ziarah blog anda anda semua.. Nak buat macam mana.. Tente free sgt la bizi.. nak loading pun slow..

Kepada anda anda yang datang sini tuh, terima kasih yop.. Tinggalkan jejak anda.. Kalau teman nampak jejak anda tuh, percayo la cakap teman, teman kompom pegi blog anda.. orite..??

assalamualaikum..

Rahsia Keyboard Laptop anda..

Assalamualaikum..  dan jugak selamat pagi buat reader sekalian.. buat julung julung kalinya teman berjaya masuk blog teman...  Nak tau kenapa..?? nanti teman kisahkan..

Pada tanggal 23 disember nih, teman nak kisahkan apa yang teman kene kat Universiti Malaysia Pahang sebulan lepas.. Teman ada member, fac komputer.. Nak dijadikan ceritanya, pada suatu malam yang hening, teman buat la assignment macam biasa.. Datang la member teman nih, menyemak tanpa kerelaan teman.. Digorengkan cerita kasi best, tiba tiba USB port laptop teman jahanam.. Dah la  touchpad memang dari awal lagi dah jahanam, USB port pulak buat hal.. Tak boleh pakai.. Entah apa jin dah rasuk beliau pun teman tak tau.. Nak mencari mouse yang ada kepala bulat, memang tak dapat la kan.. zaman dah maju, mouse semua pakai USB.. Bernanah kejap kepala otak ni haaa..

Lalu digorengkan cerita lagi, member teman yang kebetulan ada nih pun gunakan skill yang beliau ada.. tap tap tap, semua doc teman dah dihantar ke email.. tap tap tap lagi, semua doc teman dah masuk laptop dia.. tap tap tap lagi, teman dah start buat assignment guna laptop beliau.. lalu, tap tap tap lagi.. assignment pun siap.. tap tap tap lagi..teman pun shut down laptop dia..  dengan hanya tap tap tap, semua boleh dilakukan tanpa mouse.. Perghh.. beliau memang mantop.. (berapa banyak tap tap tap daaa..??)

Percayakah anda, anda mampu lakukan semua pergerakan pada laptop anda tanpa menggunakan mouse..?? dengan hanya keyboard..?? anda boleh setelkan segalanya..?? Anda nak tau bagaimana nak lakukan..?? Macam mana nak belajar..??

 HAAAAA...!!!

Mudah ajaaa... Belajar la guna shortkey.. Ada tak kurang daripada 100 shortkey pada keyboard anda.. Nih teman ada dapat list shortkey.. Kalau ada masa, try la belajar guna.. Sangat bermanfaat.. Nak share pun bagus jugak... Bak kata orang, sharing is caring. Kan..??



Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)
1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
25. NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
26. LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
27. RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
1. RIGHT ARROW (Move to the rightor to the beginning of the next line)
2. LEFT ARROW (Move to the left orto the end of the previous line)
3. UP ARROW (Move up one row)
4. DOWN ARROW (Move down one row)
5. PAGE UP (Move up one screen at a time)
6. PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
7. HOME (Move to the beginning of the line)
8. END (Move to the end of the line)
9. CTRL+HOME (Move to the first character)
10. CTRL+END (Move to the last character)
11. SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)
Microsoft Management Console (MMC)
Main Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+O (Open a saved console)
2. CTRL+N (Open a new console)
3. CTRL+S (Save the open console)
4. CTRL+M (Add or remove a console item)
5. CTRL+W (Open a new window)
6. F5 key (Update the content of all console windows)
7. ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
8. ALT+F4 (Close the console)
9. ALT+A (Display the Action menu)
10. ALT+V (Display the View menu)
11. ALT+F (Display the File menu)
12. ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+P (Print the current page or active pane)
2. ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
3. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
4. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
5. F5 key (Update the content of all console windows)
6. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
7. CTRL+F5 (Restore the active console window)
8. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)
Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts
1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )



Semoga post nih membantu anda.. Ingat, mouse hanya memudahkan anda.. tak bermakna tanpa mouse, anda tak boleh buat kerja..Adios.. Assalamualaikum..

Thursday, October 4, 2012

Percaya atau tak..??

Assalamualaikum..
Nih entry percaya atau tak, yang mana semuanya boleh percaya dan dijamin.. So, sila abaikan perkataan ''tak'' sebab percaya atau tak, ianya langsung tak berguna..Hahaha

Percaya tak anda sekalian bahawa teman sekarang nih dah jobless... Sebab teman kembali menyambung pelajaran di menara gading.. Demi impian menggenggam segulung ijazah, teman korbankan segalanya.. Huuuuuu..

Percaya atau tak, dragon ball ada 7 bijik semuanya.. Jangan tak percaya, kerana jika anda tak percaya, nescayaanda tergolong dikalangan mereka yang noob.. Okeh, yang nih boleh diabaikan.. Langsung tak berkaitan.. Hahaha..

Percaya atau tak, teman antara manusia paling tua kat Universiti nih.. Puii.. Nasib baik muka jambu.. Semua pun ingat teman budak 19 tahun.. Ehemmm Ehemm.. Haiii.. Saya baru 17 tahun.. ^.^

Percaya atau tak, ramai bebenau awek chomel kat sini.. Tiba tiba pulak buih buih cinta menyelubungi jiwa dan sanubari teman.. Ibarat kata, gerbang hati telah pun terbuka.. Aduhh.. Selamat malam cinta..!!

Percaya atau tak, budak lain tengah sibuk khayal didalam dunia revision.. Teman plak trngah khayal dalam dunia blog.. Lama dah tak khayal gini.. Rindu laaa pada kalian semua.. Anda rindu..? hehehe..

Percaya atau tak, member teman ada yang dah dapat baby.. Tapi teman, masih single bujang trang tang tang.. Berminat..?? Anda boleh menghantar resume anda berserta gambar berukuran pasport ke email teman.. Calon bersesuaian akan di short listed'kan.. Segala perihal akan diupdate kemudian.. hahahahaa..

Percaya atau tak, ada dikalangan member teman dah start bisness sendiri.. kalau anda nak kawin, nak amik gambar, boleh la call member teman nih.. Akmal Faiz nama beliau.. Seorang musician merangkap jurugambar bertauliah aka professional.. Nak link beliau, sila click sini.. Lagi sorang, Zaid Bin Mokhtar.. Beliau bikin bisness buat baju.. Nah, ni link beliau.. Kalau berminat, bole la call mereka berdua.. Saj je promote, bukan dapat apa pun, tapi member punya pasal kan..?? hahah

Percaya atau tak, nih entry terbaru selepas beberapa bulan.. Cool habis.. ^.^

*Percaya atau tak, insyaallah teman akan makin kerap berblog lepas nih.. Hehehehe..

Monday, June 25, 2012

Uiii.. Budak budak sekarang... =.=''

Budak budak sekarang dah tak macam dulu.. kalau time teman dulu, nak merokok, sembunyi sembunyi.. Sekarang, nak merokok, depan sekolah pun selambe je dia.. Itu yang kes rokok, yang layan gam, layan ganja lain pulak ceritanya.. Tengah hari buta, kat taman pun boleh jadi port.. Apa yang nak jadi dengan budak zaman sekarang nih..

Teman tak bole nak bayangkan apa akan jadi pada budak muda especially melayu untuk 20 tahun akan datang.. Risau plus takut melihatkan perangai mereka.. Tak mustahil satu hari nanti bangsa melayu merempat di negara sendiri..

Pernah teman bertanya sorg budak yang hidap rokok kat mapley tempat teman makan tengah hari.. Hisap rokok tak bagus.. Jangan hisap.. Buang duit.. And guess what.. budak tu jawap balik, abah saya hisap, elok jee.. Siap anak 6 lagi.. Dari sini teman nampak, actually masalah nih berpunca dari rumah lagi.. Bila parent gagal memberi contoh yang baik, anak anak akan ada masalah untuk mencari contoh yang elok.. Jadi nak salahkan siapa..??

Teman nak tanya soalan cepumas.. Apa pandangan reader sekalian tentang masalah nih..?? Apa tindakan yang anda rasa patut dibuat..??

Sunday, June 24, 2012

Pejam celik pejam celik...

Pejam celik pejam celik dah bulan 4 syaaban.. Bulan depan dah masuk Ramadan..Yang ada hutang tu, dah langsai..?? Ingat, hutang puasa bawak kemati yop.. kalau taknak kene libas, paham paham laaa..  Kalau kongsikong teman yang dok keje separuh mati tu boleh puasa, apa pulak alasan anda..??
Pejam celik pejam celik, dah dekat 2 tahun teman keje jadi engineer.. Kejap je kan..?? Seingat teman, rasa macam baru semalam teman datang interview.. Rasa macam baru semalam teman kene buli dgn interviewer.. Dalam masa dua tahun nih, dah macam macam benda jadi.. Yang baik, tak kurang jugak yang buruk.. Alhamdulillah allah masih bagi kesempatan utk teman pinjam nafas nih.. Teman tak pasti anda sependapat dengan teman atau idak, tapi seyes teman cakap teman rasa macam masa sekarang pantas berlalu.. ibarat angin lalu bro.. laju kemain..

Pejam celik pejam celik, dah hari ahad.. Rasa macam baru je tadi dapat cuti.. Phuii.. Cepatnya masa berlalu.. Rasa macam nak pause je masa, then buat semua bende yang teman nak buat.. Apa yang teman nak buat..?? Teman cuma nak qada tido jee...

Pejam celik pejam celik, dah beso panjang dah teman nih.. Mak kata dah bole kawin.. Tapi tade calon.. Sape ada calon..?? Meh pass kat teman.. Teman hensem wehhh.. Ada iras iras brad pitt.. Pan Asia la katakan... Hahahaha..

Pejam celi pejam celik, dah 6 bulan blog nih bersawang.. letih gak la teman na 'menyapu' blog nih balik.. kemain lagi kotornya.. Sape nak tolong, meh angkat hidung.. Haaa...


: : Selamat Berhujung Minggu.. Gunakan Masa Berkualiti Bersama Keluarga.. : :

p/s: Anda Sehat..??

Sunday, June 17, 2012

OYEAH.. I lap german..

Semua dok pakat pakat demam la nih.. Bukan main lagi MC bertimbun.. malangnya... Semua MC dusta.. Bukan demam badan, deman EURO.. Chaisss... Cisdel sungguh.. Teman pn tak terkecuali.. Cuma bezanya teman tak monteng.. Teman kan pekerja contoh.. Takde teman, lingkup kampeni.. MUAHHAHAHA (*gelak evil)..

Untuk EURO 2012 dan semua tournament, teman pilih German.. Kenapa bukan SPAIN..?? kan Spain kuat..?? Kenapa bukan Belanda..?? Belanda kan handal.. Sori to say, teman minat bola bukan pada kekuatan team tu, tapi gameplay dia.. Kenapa German..?? Kenapa Arsenal..? Kenapa Bayern munich..?? Kenapa Barcelona..?? Sebab mereka sama. Game laju.. baru syiok.. menang kalah nombor dua..Kannn..?? Dan satu lagi musabab yang boleh diterima.. mungkin jugk teman sokong german sebab teman admire sorg awek yang tgh belaja kat german tuh..?? Comel, sopan, tudung labuh, cerdik.. Phui.. Penuh cii ciri bini idaman teman a cakap lu..Hurmmmm.. Sebab nih boleh diterima..??


Untuk final EURO 2012, teman pilih german vs spain.. Anda bagaimana..??


''Cik mad ooo cik mad.. saya suka anak perempuan pakcik.. saya nak kawin dgn dia bole..?? saya hensem..'' Muaahahaa^.^

*harap harap german menang lawan denmark.. Boleh simpan rekod tanpa kalah.. Baru best... ahaha

Lancang tatkala menaip...Tak bole kawal..??

Assalamualaikum... Apa kabo anda..??? harap sehat sejahtera dibawah lindungannya.. Dah lama teman tak nulis, blog sama skil menulis pun dah karat habis.. Last post ialah pada bulan satu.. Cool kan..?? Nak buat macam mana, bergelar seorang jurutera memang memeritkan.. Sumpah teman kabo, cukup 3 tahun, teman nk kje sendiri.. Payah seh nak keje bawah orang.. Semua nak A.. haiz..

Persetankan kata kata aluan teman tadi.. Mai fokus pada perenggan seterusnya nih.. Actually teman nak 'sound' sikit 'sesetengah' blogger yang agak lancang dalam menaip.. Dalam beberapa bulan nih, teman nengok, ada blogger yang begitu lancang menaip..  Kalau setakat sindir sindir manis tuh, tadahal laa.. nih siap sebut nama.. Tak cukup nama, gambo pun nak dipostnya.. Haiii... Lancang tatkala menaip...Tak bole kawal..?? Bukan apa, suka untuk teman ingatkan, kita orang timur, penuh adap sopan.. Jadi teman agak tak gemar bila membaca gaya penulisan yang extreme, tak pedulik hati orang lain, tak pedulik kesan jangka masa panjang atau pendek.. Dikatanya si fulan bin fulan begini begitu, si fulanah binti fulan macm ni macm tu.. Teman nak jugak tanya, bayangkan kalau s penulis yang dikatakan sebegitu, sebegini, agak agak dia marah tak..?? Kalau betul sekalipun, perlukah dihebahkan..?? Mak teman cakap, kalau taknak kene terajang, jangan terajang orang lain.. Tuhan maha adil, sekarang Dia suka kasi CASH.. 

Teman bukan merungut, jauh sekali mengeji, cuma niat teman nak saling ingat menginagti sesama blogger sekalian.. Marilah mengamalkan adat ketimuran... jaga bahasa, jaga maruah.. Untuk yang muslim tuh, diharap dapat ingat kat tuhan.. Malaikat kiri kanan tak pernah berhenti ''menaip''.. Tak takut ke kalau ''buku kiri'' tuh penuh..?? Tak gentar ke kalau ''buku kanan'' tu tipis..?? Renung renungkan...

Wallahualam.. Yang buruk dari diri teman, yag baik semuanya daripada dia.. Assalamualaikum,


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

: : Mendulang paku kayu serpih, mengata orang dia yang lebih. : :

Monday, January 2, 2012

3 bulan dah berlalu.....

Phuiii.. sedar tak sedar dah 3 bulan blog nih takde postage baru.. Looser kan..?? Nak buat macam mana, comitment hidup mengatasi segala galanya.. Keje aje dah makan 3/4 daripada 24 jam.. Duit memang masyuk, tapiiiiii....(sila isi tempat kosong)

Kadang kadang terasa menyesal jugak amik Kejuruteraaan awam.. Tapi tiba tiba hilang rasa menyesal tu bila terasa diri bertuah ada kerja elok, bos baik, worker indon yang matang, awek engineer yang comel.. hahahaha.. 

Allah know best for me, he has a plan..

Maybe anda ingat teman langsung tak online.. Sebenarnya, teman ada je.. Selalu masuk blog member yang rapat terutamanya blog adwa, momoy, azizulhakim, belalang, pendekar miecyber, tia dan sebagainya.. Tapi biasa laaaa... silent reader.. 

Obviously, zaman bergumbira utk manusia macam teman nih,sememangnya dah tamat.. Jadi either like it or not, i need to face it..Sekarang teman dah tau kenapa engineer biasanya botak tengah.... Nak tau kenapa..?? Sila la teka... Sila sila.. HAHAHAHA..

Sebelum meletakkan tanda noktah pada postage looser nih, suka teman nak ingatkan,... kepada yang masih belaja tuh, study elok elok, fokus.. Maybe for this time you will never see how important it is, but after you  get through on it, anda akan kata,  

''haduiiii.. aku nyesal aku tak study elok elok..''

*Teman nak kasi soalan cepumas.. Sapa rindu kat blog nh, angkat kaki..!! hahahaha


About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP