Duhai kasih nun jauh disana..
Duhai kasih nun jauh disebelah lautan hindi.. terimalah buku nota cintaku ini..
Hanya pada mu akan aku serahkan segalanya.. Jiwa dan raga malah bas mini pun boleh.... Percayalah, betapa hanya kau yang bertakhta di nurani dan ternyatalah anggun cinta mu abadi..Hanya pada mu, cinta yang pertama dan yang terakhir. Hanya padamu, pohon cinta ku merendang yang disirami kasih suci.. Hanya padamu..

Duhai kasih.. Tahukah dikau.. Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira.. Ibarat dipalu palu hingga sakit aku dibuatnya..Walaupun menyakitkan.. hampir sahaja aku terlena dalam paluan belaian cintamu..
Percayalah kasih.. Cinta mu selembut sutera.. membaluti setiap inci jiwaku.. melekat disetiap penjuru simetri hatiku.. Hanya padamu.. Tiada dua tiga empat atau lima.. Hanyalah satu... Hanya padamu.. kau yang ku cintai..
Sekelumit cintaku ibarat sekurun kerinduan.. Sanggup ku rempuhi ranjau suka dan duka..Walau membara sehangat api.. Walau dalamnya sedalam laut pasific.. Akan ku rempuhinya.. Akan aku lewatinya.. Walaupun aku terpaksa menempah tiket kapal terbang..
Ingin aku bertemu mu wahai kasih.. Walaupun bulu hidungmu terkeluar.. Padaku itu satu kecomelan buatku.. Lalu terhapus sepi di hati ku.. Sedarkah mu wahai kasih..?? Seulas bibir mu yang kelu tidak berkata.. Namun aku yakin ada sesuatu yang ingin kau sampaikan.... Aku tahu.. Aku sedar... AKu mampu melihat nurbisa dari mata mu.. Yang memancarkan cinta yang sejati.. Betapa indahnya hidup ini..
Sekian sahaja repekan teman kali ini.. Semoga berjumpa lagi.. Assalamualaikum..
4 Drop Your Comment:
ha3...bertaman nampaknyer ayie sekarang....
amboi naq...hahaha
siti- hahahaha.. mana ada.. tengah tensen nih..
ecah- ini hanya repekan.. sila abaikan.. hahaha
Post a Comment