Saturday, January 15, 2011

Mat Rempit Vs Michael Schumacher

Aku keluarkan statement, Mat Rempit lagi power daripada Michael Schumacher.. Kompom korg heran kan..?? meh sini, jum kita rungkaikan kenapa aku kata mat rempit lagi hebat daripada Michael Schumacher..?? Sekarang aku nk korg letak otak korg dalam mode imaginasi.. Sila imaginkan sorg mat rempit dan Michael Schumacher dok sebelah sebelah sambil makan kuaci.. Berikut adalah fakta rekaan semata-mata, tiada kene mengena antara yang masih mati atau yang telah hidup..

 
Fakta Pertama:
Michael Schumacher bawak keta F1 pada kelajuan 300km/j dengan 4 tayar, tapi mat rempit biasanya bawak moto pada kelajuan 150km/j dengan 1 tayar walaupun moto ada 2 bijik tayar.. Kalau moto ada 4 bijik tayar, maksudnya, 150km/j kali 4 sama dengan 600km/j.. Tak ke hebat tuh..??

Fakta Kedua:
Tiap-tiap kali lap, Michael Schumacher mesti tak tekan brek.. Bukan brek tade, tapi dia malas tekan, tak advanture katanya.. so maksudnya, tiap2 kali Michael Schumacher lap, dia akan amik pada kelajuan yang tinggi.. owh, cool..!! Kita tgk plak mat rempit.. Mat rempit pn sama gak.. Kalau amik lap tuh, memang tak disentuhnya brek tuh.. Tak seronok katanya.. Bukan tade brek, tp biasanya brek tuh saje je dicabut, taruk dalam raga.. show-off katanya.. Kalau Michael Schumacher amik lap pada kelajuan tinggi, mat rempit plak amik lap pada kelajuan tinggi sambil main sms.. wow.. tak caya..? Pegi dataran merdeka nun, mat rempit sambil bawak moto tuh, sempat lagi sms kat mak gtaw dia balik lambat.. sape lagi hebat..??

Fakta Ketiga:
keta Michael Schumacher cuma boleh tuka tayar kat pit stop je weh.. kat lua takley, kang saje je kene panalti.. kalau nk tukar tayar, kene ada sampai 8 org mengerjakanya.. tak ke bosan tuh.. cuba tgk mat rempit plak.. setakat tukar tayar, kat mana-mana pn bole beb.. tepi jambatan, bawah longkang, atas rumah org.. nak tukar pn, sorg-sorg bole handle.. tak jadi masalah pn.. hehe

Fakta Keempat:
Michael Schumacher cuma lumba waktu siang je.. waktu malam dia cuma bole lumba kat singapore. je.. Michael Schumacher kata, dia takley lumba malam pasal keta takde lampu depan.. mat rempit plak, senang cite, 24 jam lumba.. pagi petang siang malam, tak jadi hal pn.. setakat lampu takde, tade hal laa.. bukan penting pn lampu tuh, bak kata seko mat rempit..

Fakta Kelima:
Mat rempit tak penah kesunyian masa race.. cuba tgk kat belakang dia, kan ada minah rempit.. wow, romantik gitu.. kalau Michael Schumacher boleh bawak awek, mesti dia bawak julia perez.. tapi apakan daya, tade space laa dalam keta tuh.. kesian Michael Schumacher..

Fakta Keenam:
Michael Schumacher cuma masuk paper atau TV ikut musim jee.. kalau tade F1, tade la muka Michael Schumacher.. beza plak ngan mat rempit.. tiap2 ari, ada je muka mat rempit masuk 999, tv3, berita harian, metro, utusan melayu, ntv7, astro ria dan sebagainya.. kalau tak kene ambush ngan polis, metsti kes mati eksiden.. kalau tak pasal saman, mesti pasal ragut.. wow.. mat rempit memang hebat..

Fakta Ketujuh:
Michael Schumacher cuma berlumba ngan se'kaki lumba kat trek.. tapi mat rempit, suma pn dia boleh ajak race.. kadang-kadang mat rempit siap race ngan polis peronda.. wow, gle style mat rempit nih..polis pn boley diajak lumba.. cam haram..

Fakta kelapan:
Michael Schumacher takley buat stunt, tapi mat rempit pnye skil, memang power, tayar depan boleh diangkat, tayar belakang boleh diangakt, kadang-kadang, dua-dua tayar terangkat pn boleh dibuatnya.. cool kan..??

Fakta Kesembilan:
Michael Schumacher sempat retired, tp dia retired masa dia dah tua.. berbeza plak ngan mat rempit, awal awal lagi dah terpaksa retired malah kadang-kadang tak sempat pn nk retired.. camne la mat rempit tak retired, hilang kaki, hilang tangan, hilang kepala.. nak tanak, retired laa..

Fakta Kesepuluh:
mat rempit lagi power daripada Michael Schumacher pasal mereka dah jadi pelumba sejak muda belia.. mat rempit dah boleh memenangi bohsia pada usia 15 tahun, menaiki ambulan pada usia 16 tahun, memenangi batu nisan pada usia 17 tahun.. huh, mantap..

Fakta Kesebelas:
mat rempit boleh seret helmet sambil bawak moto tanpa perlu bukak, tapi Michael Schumacher tak mampu.. walaupun helmet dia mahal.. cis, tak bergaya sungguh helmet beliau tanpa seretan tar..

Fakta Keduabelas:
Michael Schumacher dengan selamba bawak keta pada kelajuan tinggi dengan helmet dah baju safety.. mat rempit plak selambe bawak moto tanpa lampu depan dan belakang bersama helmet MS dan baju singlet disamping org tersayang dibelakang beliau..

Sekarang korg caya tak mat rempit power..? Haha, tepuk dada, tanya selera..

2 Drop Your Comment:

Anonymous January 19, 2011 at 4:48 PM  

cuba bandingkan mat rempit ngan polis lak.. ekekeke

Ayie January 19, 2011 at 9:05 PM  

takley duh.. kang tak memasal kene angkut naik van itam.. tanak aku weh.. sian la lisa suriani.. kang menjanda beliau.. waahahahaa..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP