Wednesday, March 16, 2011

Peragut Yang Chelaka

Hari sabtu malam ahad lepas, aku melepak kat McD Bandar Tun Hussien Onn sebab malam tuh ada game Arsenal Vs Manchester United.. Punya la aku berkobar bersengkang mata semata-mata nak menonton game, last-last Arsenal kalah.. Kuciwa gle laa.. Yang member pun, ape lagi, habis dikutuknya aku.. Mentang-mentang la MU menang.. Haiz.. Tape laa.. Bola kan bulat.. Adat la menang kalah..

Actually, bukan pasal bola yang aku nak cerita, aku nk cerita tentang satu kes yang berlaku depan mata dan cermin mata aku.. Pernah terlihat kes ragut depan mata? heh, aku pernah.. Ceritanya mcm nih.. Ada sekumpulan budak cina, melepak kat McD pada jam 4 pagi.. Yang aku nampak, dia ulangkaji sambil tgk bola.. Bila sebut ulangkaji, kompom la ada laptop atas meja.. Laptop tuh pulak tak ada kabel keselamatan.. 

Masa first half habis, yang si member kepada mangsa nih (mangsa datang berempat) pegi la kaunter nk beli makanan, tinggal la sorg budak cina nih. Selang beberapa mint lepas tuh, tiba-tba, dia menjerit.. lepas tuh dia berlari kejar satu kereta Avanza kaler maroon.. Rupa-rupanya ada peragut baru je bawak lari I-Mac budak tuh.. Hanya 3 saat je, peragut tuh rampas laptop tuh.. Kawan aku cakap, maybe orang indon atas sebab yang tak boleh dijelaskan.. Tak kesah la indon ke, hapa ke, tapi serius peragut tuh memang biadap.. Andai kata dapat tangkap kat situ, memang kompom koma mamat tuh kene hentak.. Ramai gle org masa tuh, majoriti lelaki pulak tuh.. Kat McD tuh ada kamera, tapi masalah pulak sebab kamera tuh boleh dikatakan kamera murah sebab tak mampu merakam dalam ruang lingkup yang besar.. senang cerita, tak semua kawasan dirangkumi dalam rakaman tuh.. Apalaa, kesian budak cina tuh.. 

Aku syak dia memang dah aim budak tuh, sebab kawan aku cakap, dia percaya orang yang meragut tuh tadi duduk kat meja hujung sana.. malangnya muka dia tak dapat dirakam.. Tambahan pulak budak tuh duduk betul2 depan pintu keluar.. memang senang la nak meragut.. aduhai.. kesian.. 

Kepada sesape yang nk beronline secara percuma tuh di McD atau kedai mamak, diingatkan supaya pasang kabel keselamatan pada laptop anda.. berapa dinggit sgt laa kabel tuh berbanding harga IMac anda..

p/s- Nasib baik dia tak rembat laptop aku.. Kalau tak, memang naya duh..

4 Drop Your Comment:

adwafarahin March 16, 2011 at 8:05 PM  

perhhh I-Mac la kan die curik..naya mmg naya la bdk tu

Ayie March 16, 2011 at 8:19 PM  

taw tape.. mahal kot.. tunggu gaji 3 bulan baru bole beli sebijik.. huhu

.::: Princess MOMOY :::. March 20, 2011 at 9:08 AM  

perghh...habis semua data-data dan gambar budak tu pasni
memang boleh giler
kesian sangat
dear kudin, thx for info

Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"
ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker"

Ayie March 20, 2011 at 1:08 PM  

momoy-harap2 tade la gambar atau video tak senonoh.. silap2 jadi femes budak tuh.. haha..

*kalau nk online kat kedai, jgn lupa kabel pengikat.. harga kat kedai cuma RM15, kalau nk dibanding harga laptop, berapa la sgt percentage tuh.. hoho

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP