Thursday, September 1, 2011

Edisi Mengutuk Wanita (English)

Terdapat satu nota di Bank Lobby yang berbunyi gini:

"Please note that this Bank is installing new Drive-through ATM machines enabling customers to withdraw cash without leaving their vehicles. Customers using this new facility are requested to use the procedures outlined below when accessing their accounts.

 Selepas beberapa bulan, MALE and FEMALE procedures telah dibangunkan dan digunapakai.

Pada nota di ATM tersebut, terdapat arahan seperti ini, ''Please follow the appropriate steps for your gender'':

MALE PROCEDURE

1. Drive up to the cash machine.
2. Put down your car window.
3. Insert card into machine and enter PIN.
4. Enter amount of cash required and withdraw.
5. Retrieve card, cash and receipt.
6. Put window up.
7. Drive off.

FEMALE PROCEDURE

1. Drive up to cash machine.
2. Reverse and back up the required amount to align car window with the machine.
3. Set parking brake, put the window down.
4. Find handbag, remove all contents on to passenger seat to locate card.
5. Tell person on cell phone you will call them back and hang up.
6. Attempt to insert card into machine.
7. Open car door to allow easier access to machine due to its excessive distance from the car.
8. Insert card.
9. Re-insert card the right way.
10. Dig through handbag to find diary with your PIN written on the inside back page.
11. Enter PIN.
12. Press cancel and re-enter correct PIN.
13. Enter amount of cash required.
14. Check makeup in rear view mirror.
15. Retrieve cash and receipt.
16. Empty handbag again to locate wallet and place cash inside.
17. Write debit amount in check register and place receipt in back of checkbook.
18. Re-check makeup.
19. Drive forward 2 feet.
20. Reverse back to cash machine.
21. Retrieve card.
22. Re-empty hand bag, locate card holder, and place card into the slot provided.
23. Give dirty look to irate male driver waiting behind you.
24. Restart stalled engine and pull off.
25. Redial person on cell phone.
26. Drive for 2 to 3 miles.
27. Release Parking Brake.

p/s: Para reader wanita, jangan mara aaa.. gurau gurau je.. Selamat hari raya.. hahaha.. ^^

Wednesday, August 31, 2011

Fakta Malaysia

  1. Tuanku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pertama kalinya di Padang Pahlawan , Bandar Hilir, Malaka, pada  20 februari, 1956. Maka dengan ini, Malaysia sebenarnya ada 2 tarikh merdeka.
  2.  First time Malaysia melakukan experiment berkaitan dengan national service atau PLKN ialah pada tahun 1962, ketika Malaysia tengah menghadapi konfrantasi dengan Indonesian. Anak muda berumur diantara 21 dan 28 diwajibkan berkhidmat selama 2 tahun..
  3. Lembah bujang yang terletak dikaki gunung Jerai, merupakan lokasi kedudukan kerajaan lama Langkasuka yang berusia 1500 tahun.
  4. ''TUN" adalah darjat paling tinggi di Malaysia, dan hanya 25 pemegang yang masih hidup pada satu satu masa..
  5. Kampung Wang Kelian di Perlis adalah tempat dimana large-scale cave tin-mining dilakukan
  6. Ruang gua terbesar didunia adalah terletak di Sarawak, iaitu di Gunung Mulu National Park, yang mana dengan mudahnya gua tuh boleh accommodate a single Boeing 747-200.
  7. Malaysia dan Qatar berkongsi tempat didunia sebagai kawasan yang mempunyai kadar kematian akibat   respiratory diseases terrendah, iaitu kematian pada kadar 7.5 kematian untuk 100 000 orang
  8. TANJUNG Piai in adalah kawasan paling selatan bagi benua Asia
  9. Di Sabah, terdapat bunga terbesar di dunia iaitu bunga Refflessia
  10. Bendera Malaysia dikibarkan secara rasmi pada Sept 16,1963. Bendera Malaysia direkabentuk oleh seorang arkitek melayu, Mohamed Hamzah, yang berusia 29 tahun ketika itu dimana beliau berkerja di JKR Johor Bharu. 
  11. KUALA Kangsar district office is the site of the last surviving rubber tree from the original batch H. N. Ridley brought from London's Kew Gardens in 1877.
  12. Pada kurun ke 6th century, dokumentasi china menulis, mereka merujuk Kelantan sebagai  "Ho Lan Tan" 
  13. Di Malaysia, terdapat  highway sepanjang 65,877 km. This is more than the Earth's circumference of 40,075 km.. Hebat kan..?? 
  14. Terdapat lebih 60 sub-ethnic groups diSabah dan Sarawak.
  15. BURSA Malaysia, dulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange,
  16. TUN Abdul Razak Hussein and Tun Hussein Onn, merupakan perdana menteri kedua dan ketiga Malaysia, dan mereka adalah pengamal Silat Seni Gayong.
  17. PENANG Free School adalah sekolah tertua di asia tenggara, founded by Rev. Sparke Hutchings pada 1816.
  18. NASI Kandar, makanan istimewa yang dibawa oleh imigran Indian Muslims. Kini nasi kandar terkenal senatero Malaysia dengan rata rata penduduk Malaysia menggemari Nasi Kandar
  19. ONLY 0.85% of 218,004 people in Malaysia use broadband services. dan teman adalah salah seorang daripada mereka.. erk..??
  20. Jangka hayat bagi penduduk Malaysia pada 1957 adalah 55.8 tahun bagi lelaki dan 58.2 bagi wanita, kini telah berubah kepada 71 bagi lelaki dan 74 bagi wanita.. Makmur sungguh Malaysia nih..
  21. MALAYSIA adalah rumah kepada 14,500 species bunga dan pokok, lebih daripada 200 species  mamalia, 600 species burung, 140 species ular dan 60 species cicak.
  22. Waktu di Sabah dan Sarawak telah diubah untuk mengikut waktu standart di Semenanjung Malaysia. ini bertujuan untuk memudahkan perhubungan dan pelaksanaan pembangunan. Detik bersejarah nih berlaku pada 1 jan 1982
  23. SIPADAN Island off Sabah adalah salah satu tempat diving paling hot didunia
  24. MALAYSIA ada 18 perlabuhan: Bintulu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuching, Kudat, Labuan, Lahad Datu, Lumut, Miri, Pasir Gudang, George Town, Port Dickson, Port Kelang, Sandakan, Sibu, Tanjung Berhala, Tanjung Kidurong dan Tawau.
  25. Kota Bharu adalah kawan pendaratan tentera penjajah Jepun ketika World War II in 1941. Dengan hanya menunggang basikal, mereka berjaya menjajah satu semenanjung dalam hanya 45 hari.. 
  26. PENANG'S St. George Church,dibina pada 1818,adalah gereja Anglican paling tua di asia tenggara
  27. Banyak produk antarabangsa dibuat di Malaysia,termasuklah Intel Pentium chips dan Brooks Brother's shirts.
  28. BANK Negara (Malaysia's Central Bank) telah diuruskan oleh 6 orang gabenor semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1959 dan kini gabenor bank negara dipegang oleh Datuk Zeti Akhtar Aziz 
  29. Kumpulan Raihan memegang record best-selling local album, dengan 700,000 unit album Puji-Pujian terjual pada 1996.
  30. Ular King Cobra ter[anjang di dunia yang berukuran  5.54 metres panjang, telah ditangkap hidup hidup di Port Dickson pada April 1937 tetapi kemudia membesar kepada 5.71 metres di London Zoo.
  31. Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan terpanjang di Asia iaitu sepanjang 13.7km
  32. Dr, Mani Jegathesan rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas kejohanan sukan Asia (Asian Games) pada 1962 di Jakarta
  33. Lapangan terbang Sungai Besi adalah lapangan terbang pertama Malaysia
  34. KELANTAN holds the record for the largest number of flood evacuees : 33,000 in 1982..
  35. Kok Shoo Yin yang berumur 19 tahun adalah rakyat pertama menjadi rakyat Malaysia dimana beliau memperoleh dokumen pengesahan kerakyatan pada Nov 14 1957
  36. Menara jam Sultan Abdul Samad berusia lebih 108 years.

Monday, August 29, 2011

Perkara Wajib Di Pagi Raya Aidilfitri


1.       Bertakbir
Bertakbir pada 1 syawal adalah amalan yang disyariatkan. Apalagi, jangan lupa bertakbir okeh..?? Sesekali je pun, jangan la berkira sangat tenaga anda tuh..

2.       Mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin muslimat
Greeting sesame manusia beragama islam adalah perkara yang bagus.. Biasanya orang akan cakap ‘’Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin’’.. Tapi kalau nak diikutkan, adalah lagi bagus kalau anda boleh meniru para sahabat rasullullah.. ‘’Apabila para sahabat rasullullah bertemu dihari raya, sebahagian mereka akan mengucapkan kepada mereka yang lain, -taqabbalullah minma waminka, yang bermaksud semoga allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

3.       Mandi pagi hari raya
Yang nih memang wajib.. Kalau sesapa yang tak mandi tuh, anda patut bermusahabah diri.. Kalau anda ingat bau peluh anda tuh sewangi ros mekar mewangi, anda memang silap.. Jadi, sila bertamadun sikit, jangan mengundang gangguan kepada manusia lain hanya disebabkan sikap anda yang tak suka mandi pagi atas alasan air sejuk..

4.       Makan sebelum solat hari raya
Ramai yang tak tau, sebenarnya adalah disunatkan menjamah makanan sebelum berangkat untuk menunaikan solat aidilfitri. Kebiasaannya rasulullah akan menjamah kurma dalam jumlah ganjil pada pagi hari raya. Hadis riwayat Bikhari, Anas bin Malik r.a berkata, ‘’Rasulullah s.a.w tidak akan ke tempat solat pada pagi hari raya sebelum memakan beberapa biji kurma’’

5.       Memakai pakaian yang cantik
Haaa.. Time nih la nak melaram dengan baju baru yang cantik dan menarik kau memang debom.. Tapi jangan berlebih lebihan pulak, sesungguhnya islam tidak mengalakkan pembaziran..  Kalau sampai 15 pasang baju anda beli, baik anda Tanya diri anda, anda ada masalah ke..?? hehehe

6.       Solat hari raya
Yang nih memang tak patut dilupakan.. Kalau anda boleh terlupa, anda sememangnya dalam masalah besar yang perlu diatasi.. Mana mungkin orang boleh lupa solat aidilfitri melainkan orang tuh buat buat lupa..  Sesudah solat tuh, adalah bagus kalau anda boleh tunggu kejap, dengar khutbah yang disampaikan free of charge..

7.       Kunjung mengunjugi
Kunjung mengunjung adalah amalan mulia, selain dapat merapatkan silaturahim, kunjung mengunjugi dapat member peluang kepada mereka yang dah lama tak berjumpa untuk berjumpa kembali. Disamping itu kanak kanak riang turut berpeluang untuk meningkatkan koleksi duit raya yang mereka peroleh sepanjang hari raya. Manakala untuk orang bujang, ini la masa nak usha sepupu sepapat yang cun dan masih available.. Mana tau ada yang sangkut.. Sesungguhnya jodoh itu dalam tangannya.. hehe

8.       Bersedekah
Memberi kanak kanak riang duit raya jugak dikategorikan sebagai sedekah.. Tapi adalah lagi bagus kalau dapat disedekahkan duit untuk membantu orang yang didalam kesusahan atau mungkin bersedekah kat masjid.. Dapat pahala bro..

9.       Zakat
Zakat adalah perkara paling best.. Zakat adalah diwajibkan kepada mereka yang cukup syarat.. Apa syarat dia? Heh, yang tuh cari la sendiri.. Kalau anda menepati syarat tuh, sila la jangan abaikan zakat fitrah okeh..?? Dan sebelum terlupa, sila bayar zakat fitrah sebelum solat aidilfitri.. Kalau tak sempat, sendiri mau ingat laaa… hahaha..

Selamat Hari Raya~

Dengan ini, teman mewakili bini teman, Jenifer Aniston Binti Abdullah, dan 4 orang anak kami yang comel, ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai reader sekalian. Diharap pada bulan baik nih, dimaafkan segala dosa teman pada kalian, kalau ada tersilap kata, terlepas cakap sampai terguris hati kalian tuh,  harap jangan disimpan dalam hati.. Adat la, teman cuma manusia biasa, kadang kadang terlepas cakap..  Kosong kosong okeh..?? 

Kepada yang belum atau mungkin akan berangkat ke kampong halaman sebentar lagi, pandu la dengan berhati hati, ingatlah tok nenek, ayah ibu dan sedara mara yang disayang tuh.. Syawal bulan mulia, sepatutnya disambut dengan kegembiraan, bukan kedukaan..  

Assalamualaikum..

p/s: Sebenarnya, semenjak seminggu setengah yang lalu, teman tak online pun.. Semua entry nih adalah schedule entry.. Jadi, teman mintak maap le, nanti bila teman online, teman singgah blog anda okeh..?? Sekarang nih, agak bizi sikit.. Biasa la, nak raya kan..?? hahaha.. Cuma kalau bole, tinggal la jejak, senang sikit teman nak ambush anda.. ^^ 

Sunday, August 28, 2011

Peringatan Sebelum Balik Ke Kampung

Periksa kenderaan anda, pastikan semua jenis lampu pada kenderaan anda dalam keadaan baik.. Kalau ada yang dalam keadaan tak baik tuh, baik baik kan dia.. Untuk kesenangan anda jugak..
Periksa insuran, roadtax kereta anda.. Musim raya nih, speedtrap memang selalu ada, jadi memang menyakitkan kalau anda kene speedtrap dan dalam masa sama anda takde roadtax.. Double saman tuh beb..

Periksa tayar, kalau bunga cun, jalan je laa.. Kalau dah botak tuh, baik anda pikir 14 kali untuk meneruskan perjalanan.. Bukan apa, takut masalah tengah jalan nanti..

Rancang perjalanan anda.. Seeloknya, ikutla schedule yang dah dirangka oleh pihak PLUS.. Bukan hapa, schedule tuh sebenarnya untuk mengelakkan kesesakan jalan raya..

Jangan bawak barang banyak sangat.. Berat berlebihan boleh menyebabkan momentum kenderaan meningkat dimana momentum yang terlalu tinggi akan menyukarkan kenderaan berhenti.. Mungkin kelihatan macam tak penting, tapi ini fakta..

Kalau anda letih, lebih baik anda rileks dulu.. jangan rushing.. Tak lari kampong tuh dikejar.. So, jangan risau okeh..?? Kalau ada pemandu kedua, itu lagi bagus.. At least ada teman berbual..

Adalah digalakkan untuk anda menggunakan smart tag, atau touch n go.. Bendealah nih memudahkan anda dimana anda tak payah nak beratur amik tiket atau bayar duit..

Sediakan wang mencukupi sebab pihak tol sememangnya tak menerima kredit kad.. Sekalipun kad anda adalah daripada jenis Gold Class, nyata sekali ianya tak berguna..
Tinggalkan rumah dengan dikunci sepenuhnya.. Nih bertujuan untuk mengelakkan rumah anda diceroboh ketika ketiadaan anda.. Pencurik dan penyamun tak mengambil cuti sempena hari raya.. Dan lagi satu, sila jangan tulis ‘’Tuan Rumah Pulang Bercuti’’ dan digantung kat depan gate kerana ianya ibarat tiket masuk wayang bagi pencurik..  Pencurik sememangnya mencari rumah yang kosong untuk dikerjakan.. Kalau anda kurang bijak, anda tulis je ‘Rumah Orang Tua’’, lalu digantung kat pagar depan.. Yang nyatanya, pencurik takkan cuba mencurik kerana beranggapan rumah tuh rumah orang tua..

Jangan lupa tanggalkan dan matikan segala punca eletrik.. Kebanyakan kes kebakaran rumah adalah berpunca daripada litar pintas.. Tapi awas, jangan tutup soket oksigen akuarium ikan anda, melainkan anda nak tengok ikan anda yang mahal tuh terbujur kaku pabila anda pulang nanti..

Bagitau jiran jiran sebelah menyebelah yang tak balik beraya supaya mengusha ushakan rumah anda ketika ketiadaan anda.. Dan tinggalkan nombor telefon sekali.. Mana tau ada emergensi, nanti boleh la beliau call anda..

Selain bagitau jiran anda, lagi bagus anda gtau abang polis.. Teman dapat tau, semua cuti abang dan kakak polis dibekukan bagi menjaga ketenteraman awam.. Betapa mereka berkorban demi anda.. Solute sikit..!!

Periksa barang anda.. Pastikan barang keperluan anda dibawak bersama.. nanti kalau tertinggal, kan satu hal lagi nak pusing balik nak ngambik bende alah tuh.. Ubat ubatan, jangan lupa bawak.. Bukan hapa, takut klinik kat kampong anda tuh tutup.. Ye laa, dia pun nak balik raya gak..

Duit raya, sila sediakan awal awal.. nanti senang pabila anda dikerumuni kanak kanak riang yang menagih duit raya..  Kalau bapak budak yang menagih duit raya, dipersilakan anda untuk kasi penerajang sulung kepada beliau.. Jangan malu malu..

Yang terakhir, pandu cermat jiwa selamat.. Walaupun kereta anda ada turbocharger yang digabung bersama intercooler yang membolehkan anda memcut 0-100 dalam 10 saat, tapi itu tak bermakna anda bebas menekan pedal minyak anda.. Ingatlah orang tersayang.. Hari raya untuk bergembira, bukan berduka..

Saturday, August 20, 2011

Hilang dan Ramadan

Perkataan hilang dan Bulan Ramdan adalah sangat sinonim.. Banyak kehilangan berlaku pada bulan yang mulia nih.. nak tau hapa yang hilang..?? Baca bawah nih..

Hilang nyawa
Yang nih, tak cakap pun anda tau kan..?? Menjelang raya je, atau lebih tepat lagi hujung bulan ramadan, mesti peningkatan statistik kematian jalanraya akan berlaku.. Ingat der.. Bawak keta slow slow.. Ingat la tuhan, mak, abah, bini, anak, awek kampung, jiran sebelah dan semua yang tersayang.. Pandu cermat jiwa selamat..

Hilang jari
Masuk minggu nih dah berapa ramai hilang jari..?? Sori la, teman tak terkira.. Apasal hilang jari..?? Pasal hapa lagi, mercun punya pasal.. Nasib baik tahun nih takde yang hilang nyawa lagi.. Telinga teman nih dah naik tepu dengar bunyik mercun.. Kalau ikut teman, nak aje teman ikat seko seko, hanto ke Palestin sana.. Kat sana, tak payah main mercun.. Main bom betul jee.. 

Hilang berat badan
Ramai yang hilang berat badan sama ada sedar atau tak.. Teman hilang sekilo.. Jadi berat semasa teman ialah 56kg aje.. WOW.. Ringan kan..?? Teman memang gini, makan banyak ke, sikit ke, tetap kering.. Tak tau hapa masalahnya.. Erh, anda hilang berapa kilo..?? 10..?? 20..?? hehehe..

Hilang selipar
Yang nih perkara biasa.. Tak ramadan pun boleh hilang gak.. Semalam ada selipar budak hilang.. tak tau la dia salah letak ke, memang kene rembat ke.. tapi yang dia kata, selipar dia hilang.. Wallahualam..

Hilang akal
Hilang akal bila pegi sale raya segala bagai.. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli.. Habis semua dia nak borong.. Bak kata orang, bia pape asal bergaya.. Nanti dah habis duit, baru la nak datang akal tuh.. Mula la menebeng muka, buat tak tau malu pinjam dengan mak bapak.. Haiz.. Itu belum ungkit pasal bazaar ramadan lagi..


Hilang moto
Yang nih memang menimbulkan kemarahan.. Semalam, tatkala orang sibuk terawih, ada pulak malaun penyangak mengambil kesempatan merembat moto milik makmum.. Dah la mencurik, dalam masjid pulak tuh.. Ditambah perencah, dia buat didalam bulan ramadan.. Memang triple penerajang patut dihulurkan kepada dia.. Disini, teman nak ingatkan kalian semua supaya lock moto atau kereta anda.. Penyamun bukan dia kira terawih ke hapa.. janji dia dapat duit.. Tarak guna punya manusia.. Kalau anda baik hati, adalah digalakkan supaya anda mendoakan supaya mangkuk hayun nih dapat hidayah untuk kembalikan moto brader masjid tuh.. kesian dia..

Tuesday, August 16, 2011

Fakta yang Rare..

Fakta Pertama.
Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.   Perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun.. Agak agaknya, orang 823 tahun dulu, tau tak perkara nih..??  

Fakta Kedua.
Cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Sebagai contoh, Aiman: seorang yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111.. Cool kan..??  

Fakta Ketiga.
Peperangan terpendek ialah peperangan diantara Zanzibar dan England pada tahun 1896. Zanzibar menyerah kalah lepas 38 minutes.. Hekelleh.. Baik tak payah perang.. noob habis..

Fakta Keempat
Setiap tahun, purata 10 orang mati kerana Vending Machine.... Kalau dah ajal...

Fakta kelima
Presiden Bush the monyet pernah jadi seorang cheerleader.. Pom-pom boy..!! HAHA

Fakta keenam
Purata setiap orang memperuntukkan masa selama 3 tahun didalam bilik air.. Tapi teman rasa, teman lebih sikit kot.. B*rak aje dah makan masa setengah jam.. Mandi lagi, gosok gigi, sabun badan, shampoo.. Paling kurang pun, teman peruntukkan 4-5 tahun.. HAHAHA

Fakta ketujuh
Kebanyakan debu dibawah katil anda sebenarnya berasal daripada kulit anda yang telah mati dan mengering.. Fakta seterusnya, jika anda menyapu bedu tuh, debu tuh akan hilang kerana ianya telah disapu.. Memang fakta tuh..

Fakta kelapan
Sebuah bandar di Pennsylvania dinamakan Intercourse.. Cuba anda search maksud Intercourse.. 

Fakta Kesembilan
Selain bilik tido, kereta adalah tempat biasa bagi warga AS melakukan seks.. Watdehek..?? keji sungguh.. nih mesti kes scandalous.. Nak saving duit bayar hotel, dalam kereta pun jadi.. =.=''

Fakta kesepuluh
Setiap tahun, hampir 1000 burung mati eksiden dengan tingkap rumah/bangunan anda.. Dia ingat takde cermin kot.. Moralnya, buka la cermin rumah/bangunan anda.. Kesian burung, mereka haiwan yang comel..


Tuesday, August 9, 2011

Movie streaming: Rise Of The Plenet Of The Apes

Anda dah tengok filem monyet tuh..?? Filem tuh boleh la dilayan.. Tapi macam biasa la, kalau dengan teman, tak dapat la nak pegi wayang.. Dah kompom teman download atau beli cd pirate atau yang sewaktu dengannya.. Buat hapa la nak membazir duit mengayakan mereka.. Review..?? Sori der, teman malas nak review, jadi apakata anda tengok movie tuh sendiri.. Kalau connection anda laju, anda boleh tengok streaming.. Nih link, teman kasi free of charge.. Tak payah signup, atau segala mak nenek perkara yang ternyata menyampahkan jiwa.. Sila kelik link dibawah.. 


Selamat menonton..  

Monday, August 8, 2011

Pakcik tuh memang style..!!

-Entry ini tidak memerlukan sebarang gambar-

Seorang pakcik tua, beruban di kiri dan kanan serta belakang rambut dengan bahagian tengah bertutup songkok.. Pada raut wajah beliau, terpancar kerutan kerepot yang menandakan dia dah tua dan bangka, mungkin 60, mungkin 70 tahun.. Dengan tangan yang bergetar dan bibir yang pucat, beliau kelihatan tenang dan gagah mengerah kudrat.. Tempat yang sama beliau mengangkat takbir daripada mula sampai akhir, dia masih kekal disitu.. Pakcik tuh memang style .. Hapa yang style..?? Style la sebab dia steady belasah 20 rakaat terawih + 3 witir padahal muda mudi baya teman nih cuma terdaya nak buat 8 malah ada yang tak terdaya langsung nak buat terawih.. 

Lutut teman sendiri pun menggigil berusaha nak buat 20 sedangkan teman nih muda trang tang tang.. Macam mana pulak dengan lutut dia yang dah berusia separuh abad.. Rasanya umur lutut dia tiga kali ganda usia lutut teman nih haa.. Kalau lutut beliau nih diibaratkan seperti kereta, lutut dia boleh la diibaratkan seperti kereta  Toyota AE86 yang masih steady membelah jalan sambil buat drift dihadapan balai polis.. Kewl habis..

Kalaula teman ada kamera, nak teman rakamkan setiap inci pergerakan pakcik tuh dan menayangkan kepada mereka yang sekadar buat 8 rakaat atau mungkin ada yang langsung tak terawih.. Terpikir teman, alangkah malunya rakan sebaya teman yang tak terawih kan..?? Mereka kalah dgn pakcik tua yang sememangnya dah bertaraf atok.. Atok yang style..

Atok..!! Wa sayang lu lebey la tok.. Lu memang power..!!  

Wanita idaman teman..

Teman nih simple je, janji cukup syarat semua pun setel.. Heh, harinih teman nak cerita tentang wanita idaman teman.. Kalau berminat, sila teruskan bacaan, kalau tak minat, anda boleh kelik pangkah kerana tiada paksaan didalam blog nih.. hehehe..

  • Yang pertama sekali, teman nak bini yang celik.. Celik mata adalah bonus, tapi lebih penting kalau dia celik hati.. Apalah guna bini cun melecun tapi buta hati..?? Kelak teman sendiri yang menempah tiket neraka.. Kalau ada bini yang celik hati, boleh gak dia guide teman kearah jalan yang lurus tiada bengkok dan simpang mahupun trafik light.. Senang hidup mati teman.. Aman hidup dunia akhirat..

  • Yang kedua, teman nak bini yang manis.. Manis muka adalah bonus, tapi lebih penting lagi manis perangainya.. Tak guna kawin bini cun kalau perangai  macam puaka mintak penyepak.. Balik dari kerja penat penat, letih tak hilang lagi, dah start pok pek pok pek.. Dari telinga turun ke hati.. Bila hati dah panas, silap hari bulan teman kawin lain.. Setel masalah.. Teman ada kenal sorang minah.. Manis habis.. Sayangnya, perangainya tak semanis rupanya.. Harap tudung je lebih.. Tapi........... 

  • Yang ketiga, teman nak bini yang mampu berdiri.. Mampu berjalan adalah bonus, tapi lebih penting lagi dia mampu berdiri sendiri, atau bahasa saintifiknya, berdikari.. Nanti tak la menyusahkan teman.. Nak bayar bil, dia bole buat sendiri, nak beli susu anak, dia bole buat sendiri, nak beli barang dapur, dia bole buat sendiri.. Alangkah indahnya hidup.. hahahahahahahaha =.=''

  • Yang keempat, teman nak bini yang mahir mengurus.. Kalau dia ada jawatan yang baik seperti pengurus atau sebagainya, tu bonus, tapi lagi penting kalau dia mampu jadi pengurus rumah tangga yang baik.. Teman nih lelaki, cuma lelaki yang noob dan looser je duduk rumah makan hasil bini.. Mesti la teman kene membanting tulang 13 kerat demi mencari rezeki halal untuk anak bini.. Time teman takde, diharap bini teman boleh la menguruskan anak anak dengan jayanya.. Senang hati teman.. 

  • Yang kelima, teman nak bini yang kuat.. Kalau dia kuat macam badang, itu bonus, tapi lagi penting kalau dia kuat beramal.. Nanti dalam doa dia, bole la dia doakan teman hari hari.. Sejuk perut teman.. Erk, perut laki bole sejuk tak..?? hahaha..

p/s: Kepada wanita diluar sana, jika anda berminat dan dalam masa sama mencukupi syarat diatas, boleh la menghantar resume ke dot.nut_mine@yahoo.com..  Awek cun..?? heh, cun tuh cuma sementara, sok lusa dah kerepot.. Tapi kalau dapat, kira bonus laaaa.. hahahaha.. 

Sunday, August 7, 2011

Game Malaysia Vs Selangor

Anda tau tak, semalam ada game antara Malaysia dan Selangor FC..?? Ada sebenarnya, tapi takde disiarkan kat mana mana saluran pun.. Keputusan akhir, Malaysia tewas 1-0 kepada Selangor FC hasil jaringan Rudie Ramli.. Teman tak tengok pun game tuh memandangkan game tuh diadakan kat Stadium Shah Alam, malah game tuh start kol 10.. Kol 10, terawih pun tak habis lagi der.. Memang harapan la nak poie.. Kalau tak silap, Malaysia main tanpa 7 tonggak utama, yang mana mereka nih tgh ''melepak'' bersama Skuad Ong Kim Swee kat Slovakia.. Sapa yang main malam tadi aaa..?? Teman tak tau.. Sesapa yang tau, kongsi sikit.. hehehe..

***************
Perasan tak, time Malaysia memanjang je menang dulu, ramai la orang menyanjung skuad Harimau Malaya.. Taktik menjadi la, itu la ini laa.. Tapi bila kalah, beribu datang memberi hinaan.. Hebat la fan Malaysia nih.. Tahniah.. Jujur teman cakap, teman tak sangka, masih ada fan yang kolot.. Der, kalau anda masih berfikiran macam tuh, susah laa.. Bola tu bulat.. Bayern Munich malah Manchester United pun pernah kalah.. Malah lagi best, baru baru nih, Barcelona kalah 1-4 dengan Chivas Guadalajara.. Nak teman sebut team England, Jerman dan sebagainya..?? Tak perlu kan..?? Serius nih, takde team yang kebal.. Adat pertandingan, ada menang ada kalah ada seri.. Ikut kemampuan laa.. Terima je kekalahan, lupakan yang lepas, fokus pada yang didepan.. 

Sejarah tetap sejarah.. Sejarah yang lepas tak mungkin berubah, tapi sejarah boleh berulang..  Kalau nak kritik, tak salah... kritik laa.. Tapi kritik la dengan kritikan membina, kritik dengan matang.. Mana lagi bagus, kritik sambil makian atau kritik dengan akal fikiran..?? Kecewa..?? Sapa yang tak kecewa..?? Cuba cakap siapa yang tak kecewa bila Malaysia kalah..?? Anda yang sibuk mengutuk tuh hanya membuatkan teman geleng kepala berulang ulang.. Terpulang la.. Tepuk dada tanya selera.. 

*dah hampir seminggu lebih kekalahan Harimau Malaya kepada Skuad Singa, tapi sampai ke hari nih masih kedengaran suara sumbang mengutuk skuad Harimau Malaya.. Kalau kutukan membina, takpa la jugak.. Hurm.. entah bila la fan Malaysia nak matang macam fan negara luar..?? Wallahualam.. 

-Sekadar luahan perasaan.. Tak suka entry ni, anda boleh kritik, tapi segala makian dan kritikan yang disifatkan sebagai tidak matang, tak akan dilayan sama sekali malah mungkin akan di'delete- 
-Kritik la secara matang- 





I’m Back..!!

Assalamualaikum

Akhirnya dapat jugak teman puaskan nafsu teman nak berblog.. Sori der, teman sibuk kebelakangan nih.. Biasa la, makan gaji, mana bole buat company macam bapak teman yang punya.. Insyaallah, teman akan cuba berblog macam biasa, tapi mungkin tak sekerap dulu.. Kalau dulu, 3 jam depan laptop, steady lagi.. Sekarang susah sikit..

Untuk bulan mulia nih, kebanyakan entry mungkin berbaur nasihat sikit.. Kalau anda panas mata, panas hati atau panas segala bahagian, digalakkan anda untuk tidak meneruskan bacaan memandangkan teman takkan bertanggungjawab terhadap tahap emosi anda.. Disebelah kanan atas web browser anda, ada tanda pangkah.. Sekali kelik je, anda selamat dari kepanasan..

Walaupun agak terlambat seminggu, disini teman nak mengambil kesempatan untuk buat ucapan.. Disini, teman mewakili diri teman, member kamching dan tak kamching, anak dara jiran sebelah, Pak Mat, Pak Tam, Cik Man, Mr Saad dan seluruh mereka yang mengenali teman secara luar dan dalam ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Kepada ‘’penchenta gastrik’’ dibulan Ramadan, harap harap anda tobat le segera memandangkan anda tak tau bila ‘’bateri’’ anda nak kong..

Mood: sedang membersihkan sawang di blog.. ^.^

Monday, July 4, 2011

13 Vs 11 = 11 menang

Malaysia melayakkan diri untuk beraksi di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun ditapau 2-3 oleh bangau aka Taiwan.. Gol Malaysia dijaring oleh Safiq Rahim dan Zakuan dimana gol mereka ternyata ''JANTAN'' dan tidak memerlukan belas ihsan pengadil, manakala gol taiwan diperoleh oleh player Taiwan yang sememangnya teman tak kenal dan tak perlu kenal..

Malaysia mendahului dengan Zakuan merembat bola masuk hasil sepakan percuma dari jarak sederhana jauh sebelum Taiwan merapatkan jurang gol dengan jaringan kepten dia yang tak beberapa nak kacak tuh (sempat ngutuk tuh.. hahaha).. Selang beberapa ketika, Safiq Rahim pulak mencipta nama sebagai penjaring apabila beliau dengan selambernya menyumbat gol kedua Malaysia untuk Malaysia mendahului 2-1.. Hanya pada minit terakhir sebelum babak pertama tamat, Taiwan memperoleh panalti selepas Mahali ''tersengaja'' menjatuhkan pemain taiwan didalam kotak panalti.. Hasil panalti tersebut, Taiwan berjaya mengikat kedudukan kepada  2-2 dengan agregate 4-3..

Bermula babak kedua, segalanya seakan tidak menjadi buat Harimau Malaya apabila SEGALA BENTESAN dan SENTUHAN menjadi faul.. Senang cerita, player taiwan tak boleh disentuh.. Didalam babak kedua, berlaku adegan '''tarik menarik'' dan tiarap meniarap (hanya player taiwan tertiarap) dalam kotak panalti antara Fadli Shas dan player Taiwan.. Berhubung insiden itu, pengadil menghadiahkan Taiwan panalti sebijik, dan itu dibantah oleh Fadli Shas.. Akibat bantahan tuh, Fadli Shas dilayangkan kad kuning.. Takda warning, terus kad.. Stail ref vietnam nih sebijik macam Ben William.. Yang teman hairan tuh, pehal dia tak kasi kad merah terus.. Kasi je la kad merah, senang sikit kami rakyat Malaysia nak hentam anda.. Okeh, sambung story.. Panalti tuh bagaimanapun gagal disempurnakan apabila Sharbinie menunjukkan skil rahsia dia dengan menafikan sepakan player taiwan tuh.. Keputusan kekal, 2-2 dengan agregate masih memihak kepada Malaysia, 4-3 dan dalam masa sama Malaysia masih memegang kelebihan gol ditempat lawan..

Seakan tidak berpuas hati dengan kegagalan panalti tadi, Taiwan terus mengasak ''mencari'' panalti  gol dan hasilnya, mereka berjaya memperoleh satu lagi panalti, kali nih disebabkan oleh Sharbinie menjatuhkan player Taiwan dalam kotak panalti. Taiwan tidak mensia siakan peluang, mereka berjaya mencuri sebijik lagi gol..  Selepas gol ketiga Taiwan, tiada lagi gol dicatatkan melainkan beberapa insiden seperti layangan kad kuning kepada kedua belah pihak.. Kira kira pada minit ke 80, Malaysia berpeluang menambah jaringan apabila Fakhri Saarani yang membuat larian solo dijatuhkan didalam kotak panalti, MALANGNYA, reffree Vo Minh Tri tak nampak atau mungkin beliau buat buat tak nampak.. Lalu game diteruskan seperti biasa.. Keputusan kekal, Malaysia 2-3 Taiwan, dengan agregate 4-4 tetapi Malaysia diistihar sebagai pemenang dengan penentuan kelebihan jaringan ditempat lawan..

Malaysia        Vs        Taiwan
2(2)      Jaringan     3(1)
4        Agregate       4
Malaysia menang dengan kiraan jaringan gol ditempat lawan


Selepas nih, Harimau Malaya akan bertemu skuad Singa dari tembok seberang.. Skuad Singa nih bukan sebarangan, seandainya Harimau Malaya masih dalam mood ''lemau'' lagi, memang bungkus le jawabnya.. Walaubagaimanapun, teman optimis Harimau Malaya mampu menumbangkan Skuad Singa yang rata ratanya dibarisi ''non-origin'' player.. Kalau Lubnan pun mampu ditewaskan oleh pasukan Olimpik Malaysia, insyaallah  tak mustahil Singapura pulak akan ditumbangkan oleh  Harimau Malaya.. Jadual perlawanan adalah seperti berikut..

-23hb Julai, Malaysia Vs Singapore. Venue: Singapore-
-29hb Julai, Malaysia Vs Singapore. Venue : Bukit Jalil- 

Teman menahan perut nak membuang air masa tgk bola tadi.. 
Tapi demi Malaysia, sanggup teman tahan.. hahaah

Thursday, June 30, 2011

Harimau ketuk Bangau dua kali.. MUST READ

Kisah harimau dan bangau:

Pada satu hari, harimau belang didatangi seekor Bangau yang kecik tapi kerek.. Dia mencabar harimau bertarung dengan dia.. Dia kata, harimau tuh looser kalau tanak lawan.. Lalu dengan rileknya harimau menyahut cabaran bangau tuh.. Untuk 20 minit pertama, harimau tuh kelihatan lemau habis.. Nak buat macam mana, harimau baru bangun tido.. Tu pasal lemau sikit.. Lepas 20 minit, harimau tuh tiba tiba je jadi ganas.. Mengaum aje kejenya.. Terkam sana terkam sini.. Bangau asyik mengelak je.. Tapi sepandai pandai bangau mengelak, kene gak 2 bijik kat kepala.. Lepas kene 2 bijik kat bangau tuh, harimau rilek sikit.. Tak ganas sangat..  Bangau pun amik kesempatan, bangau pulak ketuk harimau, makanya harimau kene sebijik..  Sampai la habis masa, keputusan muktamad, bangau kene 2 bijik manakala harimau menang dengan hanya kene sebijik.. Sebenarnya, harimau boleh kasi lagi banyak bijik.. Malangnya taring harimau lupa nak asah semalam.. Tumpul sikit.. Walaupun tumpul, menang weh.. 2 bijik berbalas satu pulak tuh.. Terkedek kedek Bangau mengelak terkaman Harimau.. Kesian Bangau.. teruk gak la dia kene sergah..Nakal harimau nih.. hahahaha.

Malaysia Vs Taiwan:

Malaysia menapau Taiwan dengan 2 gol berbalas 1, dengan gol Malaysia dijaring oleh Safiq Rahim dan Zafuan, gol taiwan pulak disumbat oleh Chen Po Luang.. Gol Safiq agak cun, optimis try je, tapi masuk.. Swing pulak tuh.. Ngam ngam kene tiang gol, terus masuk.. Style.. Gol Zafuan, hasil sepakan sudut dengan beliau menanduk bola tanpa was was dan ragu lalu menjadikan defisit 2 gol tanpa balas.. Malangnya, kealpaan defend Malaysia dihukum oleh Chen Po.. Mungkin anda tak percaya, gol Taiwan tuh merupakan satu satunya shot on target oleh striker Taiwan pada babak kedua.. Satu shot on target, tapi terus gol.. Aiiyak... Tapi takpe laa.. Biasa laa, bola tu bulat.. Kita rilek sudah laa.. Tak payah nak tunjuk bagus mengutuk orang lain.. 

Ada orang tak puas hati dengan performance Safee..  Nih teman nak gtau, sebenarnya Safee cedera sikit, tapi tak serius.. Disebabkan dia ''agak'' cergas, King Gopal masukkan dia.. Malangnya, masa game tadi, dia tak mampu main dengan baik sebab dia still injured.. Sebab tu second half dia dikeluarkan, diganti dengan Fakhri.. Pasal Matyo dan Apek, mereka memang tak cergas.. Jadi tak boleh main pun.. Itu yang King Gopal kata laa.. Tapi apa yang teman nampak, King Gopal nih macam buat strategi je.. Mesti ada sebab dia simpan player gred A tuh.. Kalau betul mereka injured, kenapa pulak dia boleh duduk kat bangku simpanan.. Soalan misteri tuh.. 

Mahali dengan Chanturu pun sama gak.. Kenapa mereka tak diturunkan..?? Padahal mereka nih memang mantop kot.. Chanturu sebagai contoh, walaupun masih gugup dan selalu lepaskan peluang one by one masa wakil kelantan, tapi dia laju gile babeng.. Setaraf dengan Kunalan kot.. Mahali pulak, defender kental.. Kalau Amar couple dengan Mahali, kompom kental habis dah defend.. Nih pendapat teman.. Pendapat masing masing.. Subjektif kan..?? haha

Harap harap second length nanti, Malaysia menang atau at least seri.. Kalau Taiwan menang 1-0 pun, Malaysia kalah dengan kiraan jaringan gol tempat lawan.. Tak mau la gitu.. Teman harap nanti 1st eleven ''sebenar'' akan main utk second game nanti..

Sesi berangin:

Tadi masa tengok bola kat McD, ada sorang ''mangkuk hayun''.. Asyik mengutuk je.. Kalau dia kutuk Taiwan takpe gak.. Nih Malaysia dikutuknya.. Main macam budak la, sepak lembik la.. itu la, ini laa.. Hekkelleh.. Kerek la lu orang tua... Lu bagus sgt ke hapa..?? Cuba lu main..?? Boleh..?? Cakap memang senang.. Buat tengok..!! Menang pun kutuk, kalau kalah, apatah lagi.. Manusia gini, sumbat je dalam logi penapisan najis.. Kemon tol.. Noob..!! Berbulu sebentar.. .


Friday, June 24, 2011

Yeehhaaa... Malaysia monang..!!

Walaupun posting nih agak lambat.. tapi gua tak dulik.. Gua nak gak post.. hahaha... Seperti yang anda sedia maklum, Malaysia baru je menapau Lubnan dalam game kelayakan olimpik 2012.. Malaysia menapau Lubnan dengan 2 gol berbalas satu, yang menariknya, kedua dua gol Malaysia tuh boleh dianggap cun terutama gol Wan Zack.. One touch kot.. Stail.. Anda nak tgk gol tuh..?? Sila kelik sini..

Malaysia menjadi wakil tunggal Asia Tenggara mara ke 3rd round kelayakan olimpik, bersama sama Qatar, Iraq , Palestine, Australia, Syria, UAE, Korea Selatan, Uzbekistan, Arab Saudi, Jepun dan Oman.. Kalau ikut rangking, Malaysia yang paling rendah, tapi rangking hanya pada kertas.. Makanya, tak payah pedulik sgt dgn rangking tuh.. Bergelar pasukan Underdog, cabaran Malaysia tak patut dipandang mudah sebab selama nih, takda siapa pun sangka Malaysia boleh pergi sejauh nih.. -Sila la terkesima sebentar bersama teman..

Kenapa anda patut bangga..??
1. Malaysia menang dengan hanya 10 pemain diatas padang.. Sorang kene kad merah
2. Malaysia menang walaupun penyokong tak ramai.. Banyak kerusi dari penyokong..
3. Malaysia telah menapau Lubnan, yang memegang status pasukan pilihan
4. Malaysia adalah wakil tunggal Asia tenggara.. Indon pun tak layak tau..
5. Malaysia adalah tanah tumpah darah anda.. I lap u Malaysia..!!

-Jadi anda nak bangga tak..?? tepuk perut tanya selera.. ^^

Kredit: Info Dan Rangking Bola Sepak Malaysia
Kredit: Sokernet.com

Monday, June 20, 2011

P2P File Sharing Website

Kenapa teman guna P2P file sharing:

1. Mudah.
2. Percuma
3. Internet laju gile babeng
4. Duit dah banyak habis bayar bill berokben dan fix line. rugi la kalau tak guna
5. McD ada provide WiFi percuma
6. Bactrack 5 dicipta untuk hack wireless
7. Ultrasurf pulak dicipta untuk ''anon surfing''
8. Sharing is caring
9. Bosan takde benda nak buat
10. Tak mampu beli DVD ori
11. Tak nak sokong penjual DVD cetak rompak
12. Undang undang dibuat untuk dilanggar
13. Drama kat TV semua tak boleh masuk kepala.. Semuanya silly crap..
14. Komputer teman ada 500GB space kosong
15. Belum kira external hardisk yang baru saya beli
16. Mak cakap jangan membazir.. Amalan setan..
17. Takde masa nak pegi panggung wayang
18. Kebanyakan movie yang tak berbaloi untuk ditonton di panggung wayang.. Contohnya cicakman..
19. Sebab sebenarnya takde sebab munasabah nak pegi tgk wayang
20. SEBAB TEMAN RAKYAT MALAYSIA.. kalau teman rakyat indonesia, kompom teman tgk movie indon.. takkan teman nak tgk movie sri lanka pulak.. noob..

Tak boleh bukak website file sharing..?? Tak perlu le nak bising bising sgt.. Hide je IP Address anda.. Takde masalah pun sebenarnya.. =.=''

*sape ada link download KL Gangster..?? hangkat kaki..!! Jangan tak caya.. teman dah tgk 2 kali kat wayang wooo... kiranya teman antara penyumbang kepada RM11 juta tuh.. ^_^

**mode bizi masih belum hilang.. hahaha

Wednesday, June 15, 2011

Kemon tol.. P2P dah kene blocked..

Berikut adalah 10 laman P2P yang dah diblock oleh SKMM..



Sehingga ke saat teman dok taip ayat sekarang nih, Anonynomous Hacker telah pun ''berkerja''.. Hasilnya, laman web Politeknik, dan Tour-Malaysia dah konfirm kene hack.. Ini la akibat jika rakyat jelata mengamuk.. Yang hairan tuh, depa sibuk nak block file sharing web.. Yang porno segala bagai tuh tanak pulak dia block..Bersepah kot web porno.. 
 
Kalau bayar UNIFI sampai RM149, tapi sekadar boleh surf Facebook atau Twitter, itu maksudnya.... (fill in the blank).. Huh.. Noob..!! Setakat nih, hanya ada satu web filesharing P2P yang teman tau, masih tak kene blocked iaitu wupload

Sumber: Kene Hack dot com
Sumber: Jom RIleks




mood: kuciwa tahap gaban

Tuesday, June 14, 2011

REVEAL..!! Sepuluh taktik pelajar meniru,

Sepanjang 3 tahun teman belajar diploma, meniru dan ditiru umpama asam garam student.. Tanpanya, maka tak berwarnalah alam peperiksaan, alam ujian dan alam quiz.. Ibarat irama dan lagu, pabila dipisah, bosan jadiknya..  Kali nih teman buat entry untuk revealkan cara student meniru.. Kepada bakal guru, sila ambil perhatian.. Kalau student anda buat gini, anda paham paham je laa.. hahaha..

Penafian: Meniru tuh tak bagus untuk kesihatan.. Sila baca entry nih dengan niat yang baik..
1. Poket doremon
Boleh kata cara paling best untuk digunakan.. Malangnya nota tuh agak limited..  Nota kecik akan disimpan didalam poket.. Lalu menyebabkan poket tuh dikenali sebagai poket doremon.. hahaha.. Biasanya hanya subjek berkaitan ilmu kira-kira je yang sesuai untuk menggunakan teknik nih.. 


2. Mata power

Yang nih memerlukan kerjasama member.. Caranya, masa ujian, silalah duduk sebelah member yang pandai tahap cipan.. Bila anda tak tau jawapan, tanya la dia.. Nanti mesti dia angkat kertas jawapan dia sambil memberikan anda peluang utk tgk..


3. Meja ajaib

Teknik kegemaran teman.. Cara paling sempoi dan munasabah.. Sama ada anda tulis segala fakta atas permukaan meja atau anda taruk je buku kat laci meja tuh.. Pandai pandai hidup laa.. Tak pandai cover, paham paham laa.. Alaa, kene repeat je pun.. 


4. Tulisan halimunan

Cara nih, hanya sorang mamat bernama Azlan Bin Obet je yang guna.. Macam mana..?? Dia poie tulis segala jenis formula kat atas kalkulator yang berwarna hitam.. Jika dipandang dari jauh, anda takkan nampak tulisan tuh.. Cara yang selamat tapi menjadi sangat disaster jika tiba-tiba lec nak pinjam kalkulator anda..


5. Toilet pintar

Cara budak sekolah.. Tak uptodate sgt.. Dengan meninggalkan sebijik buku didalam toilet, maka anda bebas untuk carik jawapan untuk soalan yang anda tak tau tanpa masalah.. Tapi awas.. Kalau anda poie ke tandas sampai 14 kali untuk 1 jam, makanya anda akan menarik perhatian encik pengawas untuk membuat serbuan ke tandas.. Maka, berhati hati lah..


6. Surat layang

Posto tak bertauliah akan menjalankan tugasan nih.. Satu kertas kecik yang dikoyak daripada A4 paper, akan ditulis soalan.. Lalu di berikan kepada sorg member yang pintar dan baik hati.. Nanti dia akan jawap soalan tuh.. Biasanya, kertas jawapan tuh akan melayang seantero kelas.. Tu pasal kadang kadang satu kelas tulis jawapan sama, padahal jawapan tu salah.. Ketara sgt menirunya.. hahaha


7. A4 size

Nih pun cara kegemaran teman.. Sebelum masuk ujian,tulis satu note penuh. lengkap dengan graph dan segala bagai maklumat yang patut dimasukkan untuk subjek ujian tuh..  Kertas A4 yang penuh dengan maklumat tuh, akan diselitkan dibawah kertas untuk menjawab ujian.. Bila perlu, selak la kertas tuh.. Sila gunakan kertas yang ''agak'' sama dengan warna kertas menjawab ujian anda.. Malangnya, jika anda guna kertas yang mempunyai warna yang ''sgt'' berbeza, memang anda carik nahas sebenarnya..  Kalau anda perasan, kadang kadang, lec suka bagi soalan ujian dengan kertas berwarna, dan anda perlu tulis jawapan di kertas itu.. Kenapa..?? Sebab sebenarnya lec pun dah tau taktik nih.. Lec pun student gak dulu.. 


8. Bahasa isyarat

Isyarat biasa digunakan untuk mendapatkan jawapan.. Cara nih hanya sesuai jika soalan yang dikemukakan ialah soalan objektif.. Kalau anda pikir anda nak pakai cara nih untuk soalan subjektif, maka anda akan dikategorikan sebagai student noob.. Kebiasaannya mereka akan menggunakan isyarat seperti batuk, isyarat tangan atau ketukan meja.. Awas..!! Jangan sesekali menggunakan bunyi sendawa atau kentut sebagai pengantara bahasa isyarat, melainkan anda bersedia untuk mnerima terajang dibahagian abdomen..


9. Bisikan nurani

Nih biasanya orang guna kalau emergensi seperti masa menjawab dah nak tamat atau time pengawas nak kutip kertas jawapan.. Time tuh kompom semua kalut, dan bising.. Itu lah masanya student akan bercakap secara berbisik, untuk bertanya jawapan.. Bisikan nurani tak sesuai untuk student yang suaranya garau macam ramli sarip kerana bisikan nurani tersebut akan menjadi ''lolongan nurani'' dan seterusnya menyebab student tuh kantoi.. 


10. Teknologi

Yang nih, dikalangan member teman, cara nih dipelopori oleh sorang mamat bernama Arif Aziz.. Disebabkan kamera henpon dia boleh dikategorikan sebagai power, maka beliau akan mengambil gambar buku nota dan disimpan didalam henponnya.. Kalau anda nampak member anda pegang henpon kat bawah meja sambil menjawab soalan, anda perlu paham, beliau sedang konsentrasi menjawab soalan beliau dengan bantuan teknologi.. Jangan lupa silentkan henpon anda.. Kalau tak, anda memang menempah bala..


Harap harap lec tak kejam sgt sampai suruh student buat mcm gambar nih.. hahaha


Adios.. Assalamualaikum..

Saturday, June 11, 2011

Sembang : : Shoutmix gila atau Nuffnang gila atau Blog gila..??

Tak yaha cite banyak.. Ce tgk gambau nih.. Nih bukan edit okeh..!! Serius jadi tadi.. hahaha..




-HAHAHA.. Kepelikan sebentar..

Sembang : : Macam mana nak buang navbar blogger..??

Entry nih dah lama terbengkalai lantaran kebizian melampau.. Memandangkan teman ada masa sikit nih, teman setelkan je la entry nih.. Harap entry nih bermanfaat utk anda..

Anda tau navbar tuh hapa..?? Navbar blogger tuh ialah navbar yang ada kat atas blog yang pakai template biasa.. Kalau anda nak buang navbar tuh, anda kene edit sikit template anda tuh.. Mudah je sebenarnya..  Navbar tuh ada pro dan kontra sebenarnya.. Pro, anda senang nak balik dashboard.. kontranya, ada button Report Abuse.. Malah pada sesetengah mata, navbar tuh kelihatan menganggu background.. Background dah cun habis, tetiba ada plak navbar.. tak best betul..

Cara nak buang..
1. Download backup template anda.. In case anything happen, tak la bermasalah..
2. Pergi ke Design > Edit HTML > Expand template
3. Cuba find Section ''Body''.. Hold Ctrl dan picit F.. Carik keyword ''Body''.. Tak paham, cuba tgk gambar..
yang kat atas tuh ialah navbar

Dalam structure ''content'', ada section ''body''.. cuba search..

Pastekan aje code tuh kat section ''body'' tuh..

tgk, sekarang navbar tuh dah hilang..

4. Anda pastekan keseluruhan code nih, pada section body
#Navbar1 {
margin: 0;
padding: 0;
display: none;
visibility: hidden;
}
5. Preview.. Kalau jadik, save je.. Selesai..

Kalau anda pakai template yang takde navbar, tetibe anda nak pakai navbar tuh.. Anda boleh buat jugak.. Anda buat cara yang sama, cuma bezanya, anda tak perlu paste code yang berwarna merah tuh..

Mudah kan..?? Meh la try..

Sembang : : KL Gangster memang gangster..!!

Movie nih pun teman dah layan.. Secara overview, teman kasik movie nih 4 out of 5 utk rating wajib tonton.. Serius stail cerita nih.. Boleh kata full action movie nih.. Malah koreografi fighting pun tak mengecewakan.. Tak la nampak buat buat sgt.. Dan yang lebih utama, ending dia sesuai dgn kisah utama dia.. Tak la macam KL Drift tuh.. Ada pulak ending dia, ''Zack, aku cintakan kau''- kata scha alyahya (entah hapa nama watak dia) kepada Shamsul (Zack).. Noob habis.. 

Movie nih berkisar kepada Malek, bekas banduan yang dibebaskan dari penjara.. Dulunya Malek nih gangster.. Lepas dia kene sumbat dalam penjara, dia berubah jadi baik.. Sebenarnya, Malek nih dia kene khianat oleh Shark sampai menyebabkan dia kene sumbat dalam penjara.. Malek ada adik.. Namanya Jai.. Jai nih orang kuat Shark.. Kira dia macam balaci Shark laa.. Apa je yang Shark suruh, mesti dia buat.. Boleh kata Jai nih ada macam macam kaki.. Kaki gaduh, kaki pukul, kaki duit, kaki kurap.. (*ops, gurau..) hahaha.. Dikisahkan pulak, Shark nih tak puas ati dgn Malek.. Jadi dia nak hapuskan la malek nih.. Caranya..?? Dia suruh Jai..  Wow.. Sampaikah hati Jai nak bunuh abang dia..?? Cuba la teka..

Hinggalah ke akhir movie, ada sumthing happen pada Zizan @ Padil.. Nak tau hapa jadi kat dia..?? Poie la tgk movie tuh.. Teman tak boleh nak cerita penuh, tak adil la kan..?? Kesian mereka berlakon susah payah.. Download..?? Jangan laa..!! Apa kata anda poie ke wayang.. Sokong la movie nih.. Serius anda tak rugi.. Moh le kita ke wayang.. hahaha

**teman suka watak Corrie @ Dragon.. Dia berlakon sebijik macam taiko.. Syabas.. hahaha


Sembang : : X-Men..?? boleh laaaa...

Dalam seminggu nih, teman dah tgk 2 movie best.. Yang pertama, X-Men dan yang kedua KL Gangster.. Secara jujurnya, kedua dua movie memang sedap untuk dilayan di wayang.. Agak berbaloi la anda bayar RM13 tuh..   Untuk entry nih, teman review sikit pasal movie X-Men.

Movie X-Men, kalau anda nak tau kenapa Professor X lumpuh, mana Magnetto dapat topi dan sejarah permusuhan mereka, anda patut tonton movie nih..  Scene X-Men bermula pada tahun 1940-an, dan seterusnya lompat ke tahun 1960-an yang mana zaman tuh menggunakan latar belakang zaman perang dingin antara Soviet dan USA.. Actually movie nih ceritakan tentang first generation of mutant yang mana pelopor mutant nih ialah Professor X, Magnetto dan Sebastian Shawl..  Dalam movie nih, Professor X dan Magnetto merupakan member kamcing pada asalnya, malah Professor X sendiri mengajar Magnetto mengawal kuasa dia.. Kira mereka nih macam best mate la..  Kesana kesini sama sama.. Tapi ada selisih sikit antara mereka yang menyebabkan mereka tak sehaluan..  

Ada satu watak antagonis, Sebastian Shawl.. Magnetto dan Professor X  bergabung tenaga nak tewaskan Sebastian Shawl, mamat nih mutant gak.. Dia berkemampuan manipulasi tenaga, kiranya tak guna la orang tembak dia pasal dia boleh serap kuasa.. Kenapa Shawl nih dibenci oleh Magnetto..?? Sebab Shawl dah bunuh mak Magnetto masa Magnetto dan keluarganya jadi tawanan Nazi..  

 Dalam banyak banyak mutant, teman tertarik dgn satu mutant yang berbentuk setan atau nama saintifik dia, Azazel. Agak style la dia main hilang hilang, sebijik macam karekter Anti-Mage dalam game DoTa.. Dengan ekor setan, ditambah muka yang tak beberapa nak kacak berserta perangai yang haramjadah, memang dia layak digelar Red Devil..  

Teman ada perasan, satu bad idea tentang X-Men nih, pengadun movie nih secara halus cuba menerapkan kepercayaan kepada wujudnya Holocoust Yahudi.. Ce anda tgk, masa awal movie, Magnetto dan family dia ditahan oleh askar Nazi dengan time tuh Magnetto pakai vast dengan lambing Zionist. pada belah kiri dada dia. Kemudian ditunjuk pulak scene buruh paksa dipaksa kerja untuk Nazi.. Biasa laaa.. Bila movie barat masuk wayang, tak mungkin mereka lupa nak sebarkan ideology karut mereka tuh.. Propa kene lebih.. Kalau tak, bukan laa yahudi namanya..

Sampai sekarang, teman masih tertanya tanya, kenapa Professor X botak..?? Bukan main kacak dia dengan rambut belah tgh masa muda.. Adakah dia botak kerana dia kene kanser..?? atau dia tensen takde awek..?? atau dia tensen sebab Mystique pilih nak kapel dgn Magnetto, bukan dgn dia..?? hahaha.. Mystique pun dah tua sebenarnya.. ce tgk gambau tuh..

**Sebenarnya teman nak buat entry nih hari isnin lepas.. Tapi sibuk mengalahkan PM, tak boleh nak buat hapa la.. Adakah teman terlambat..?? Arghhh.. persetankan semua tuh.. Teman tak kira, teman nak buat gak entry nih.. hahaha

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP