Thursday, November 28, 2013

Pilihanraya Kampus

Assalamualaikum dan selamat subuh..

Apa khabar..?? Teman baik baik je disini.. Cuma sejak setahun yang lepas, dah kurang minat nak menulis.. Faktor kemalasan tu, pertama sebab bizi belajar.. Teman masih lagi belum habis degree.. Insyaallah nanti habis la kot.. Kedua, sebab teman sekarang dah ada bisnes sampingan.. Agak bizi sikit.. Kalau anda nak cop baju, tempah baju korparat, insyaallah, boleh sms teman di 0176135572.. Teman kasi special price.. Untuk pengetahuan anda semua, teman dah ada syarikat sendiri bernama ASWAD ENTERPRISE, jadi jangan takut untuk berurusan dengan teman.. Semua dibawah kawalan SSM dan bank negara malaysia.. Cukup sebagai pengenalan.. Berbalik kepada entry... Dah lama tak menulis.. Skill pun dah berkarat.. Tapi demi meneruskan niat ber'entry, teman gagahkan juga menaip satu persatu perkataan...

Pilihan Raya Kampus 2013/14


Hari ni tarikh pembuangan undi.. Semua calon pun dah siap habis berkempen sana sini.. DIkhabarkan ada 31 calon bertanding pelbagai kerusi.  Teman pilih sape, itu rahsia..

Bukan undi yang teman nak ceritakan kat sini.. Teman nak cerita pasal peel student bergelar Mahasiswa atau mahasiswi yang pada pendapat teman, tak sepatutnya dilakukan pada PRK.. Apa yang jelas, tindakan mereka tu sebenarnya merendahkan martabat dan darjat mahasiswa itu sendiri.. Apa yang mereka lakukan..??

1. SMS
Teman dapat sms pada tengah malam jam sekitar 4.20 pagi waktu malaysia. Katanya,

''Salam dan selamat sejahtera.. Undilah si polan bin si polan sebagai calon umum UMP 12/13. Undi anda sangat kami hargai''..

Baiklah, disini teman nak tanya.. apa yang anda faham..?? Adakah sms itu patut atau tidak..?? Yap..!! tidak patut sama sekali kerana si pengirim sms mengganggu tidur student, sedangkan student tersebut mungkin ada kelas pada esok hari.. jadi disini, pihak mana yang anda akan salahkan..?? Teman berani kata, anda akan salahkan si polan bin si polan itu kerana menghantar sms pada tengah malam dan menggangu anda tidur.. Sedar atau tidak, ini sebenarnya reverse psikology.. membuatkan orang lain (baca sebagai calon lawan) kelihatan buruk dan menjengkelkan.. jadi apa yang akan jadi kepada si polan bin si polan tu..?? dia akan kalah kerana sms tu yang pada hakikatnya dia sendiri pun tak tau atau tak mengarahkan pasukannya berbuat begitu.. Nampak tak game dia..?? Nice, well played.. Tapi ni taktik lapuk.. orang kurang cerdik je termakan dengan game macam ni.. Sebelum ni pun, teman ada buat entry pasal sms macam ni.. Rujuk sini..

2. Caci maki, kutuk kutuk..
Perkara biasa... caci maki, kutuk mengutuk.. itu dah lumrah kalau ada pilihanraya.. tapi yang tak boleh diterimanya ialah, yang memaki dan mengutuk tu adalah manusia terpilih dan berakal.. Bakal pemimpin masa hadapan.. Mostly bakal engineer.. Macam mana mereka nak memimpin kalau akhlak mereka pun kelaut..? Pasukan A kutuk pasukan B, Pasukan B balas balik.. Apa kesudahnaya..? sembang pung pang pung pang, pokok boleh tumbang tapi habuk pun tarak..

3. Tidak hormat
Yang ni paling ketara.. Provokasi pihak tertentu (baca sebagai penyokong calon lawan) akan dilakukan daripada semasa ke semasa. Setakat provoke manja manja tu, boleh la diterima.. tapi kalau dah sampai baling botol, jerit boooo, mana perginya sifat hormat anda..?? Betul kata orang, kerana politik (baca sebagai politik kampus), kawan boleh jadi lawan.. Come on.. anda mahasiswa, bukan mahasewel.. jadi mohon anda tunjukkan akhlak yang baik.. insyaallah anda akan menang kiranya orang tertarik dengan keperibadian anda..

4. Koyak banner, poster
Teman tak tau nak cakap macam mana dengan peel orang macam ni.. Ada dua kemungkinan.. yang pertama, tindakan itu mungkin dilakukan oleh penyokong calon lawan... atau yang kedua, mungkin dilakukan oleh penyokong mereka sendiri dalam usaha untuk melakukan reverse psikology.. yaa.. sekali lagi, reverse psikology.. Nampaknya taktik ni agak popular.. Kerana kesanya adalah direct, dan boleh dilihat terus tanpa perlu menunggu masa yang lama.. Jadi kalau ada poster atau banner koyak, cadangan teman, tak perlulah anda pedulikan.. macam yang teman kata tadi, lmungkin dilakukan oleh mereka sendiri, atau mungkin juga dilakukan pihak lawan.. Wallahualam.. bersangka baik lebih baik daripada memfitnah..

5. Create cerita palsu..
Taktik paling gila.. memerlukan seluruh pasukan untuk berlakon secara live.. yang ni tak pernha berlaku kat UMP lagi.. tapi teman ada perasan taktik ni berlaku di sebuah Univesiti di Selangor.. Nama univesiti tuh, takkan teman nak sebut.. karang tak memasal kene saman... menjawab teman nanti.. Jadi, berbalik kepada folus ini, taktik ini memerlukan pelakon yang ramai dan perlunya seorang pengarah untuk mengarahkan filem live ini.. Sebagai contoh, dikhabarkan bahawa ada seorang calon mereka telah hilang diculik, atau calon mereka telah diugut bunuh, atau calon mereka telah dianiaya.. Padahal si mangsa (baca sebagai calon) itu sendiri yang create cerita palsu itu sendiri dalam usaha untuk mendapat undi simpati.. Mudah kan..? lihatlah betapa liciknya taktik mereka..

6. Tiba tiba jadi hero..
Yang agak kerap la berlaku.. Seorang calon bermanifesto untuk menaiktaraf cafe. Padahal segala proposal telah dilakukan oleh pmegang tampuk pemerintahan MPP sebelumnya.. cuma tinggal masa aja.. dan tiba tiba dia datang sebagai hero, cerita taknak kalah, pung pang macam tin milo.. hakikatnya dia kosong.. Tapi efektif.. kerana orang melihat dia berjaya melakukan yang dibawakannya didalam manifesto dia, sedangkan hakikatnya orang ramai tidak tahu siapa sebenarnya yang telah membawa dan menyelesaikan isu tersebut.. Kepada para reader sekalian, suka untuk teman katakan disini, segala proposal aka mengambil masa yang lama untuk dilengkaplan.. Jadi kalau ada hero tida tiba datang dan dia berjaya melaksanakan manifesto dia dalam jangka masa yang sekejap, percayalah cakap teman.. something fishy there.. berhati hatilah..

Cukup sampai disini.. Ni antara taktik keji yang dapat hasil cerapan beberapa PRK dan PRU yang telah berlangsung di sini..Sebelum mengunur diri, teman berharap anda semua dalam keadaan sihat sihat hendakmya.. insyaalah bertemu lagi di entry seterusnya.. Assalamualaikum..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP