Sembang : : Fakta Jepun~
Jepun negara yang penuh dgn adat dan budaya.. Maybe anda tak percaya kalau aku cakap jika anda menghulurkan tangan untuk berjabat mungkin huluran tangan anda tuh takkan disambut. Serius.. Bukan cubaan.. Jika anda berminat melancong ke Jepun, anda perlu taw beberapa perkara utama mereka.. Aku ada listkan kat bawah nun.. Selamat membaca....dan selamat beramal~ haha
- Belajar Bahasa Jepun dan cuba gunakannya.Mereka akan menghormati jika anda mencuba dan tiada sebab untuk anda malu. Mereka menggemari pelancong yang cuba menggunakan bahasa Jepun..
- Anda perlu menunduk sedikit sebagai tanda hormat kepada orang lain. Darjah tunduk hormat adalah bergantung kepada taraf anda didalam masyarakat dan taraf orang yang menerima tunduk hormat anda. Cara tunduk hormat bagi lelaki ialah dengan meletakkan kedua belah tangan di sisi ketika menunduk, manakala cara tunduk hormat bagi wanita ialah meletakkan kedua belah tangan dihadapan ketika menunduk.
- Apabila memberikan sesuatu seperti Kad Niaga, serahkan dengan kedua-dua belah tangan. Itu adalah tanda sopan mengikut budaya mereka.
- Ketika minum, mereka beranggapan tidak sopan untuk isi sendiri gelas yang telah kosong. Jadi adalah lagi baik pada mereka untuk membenarkan orang lain mengisi air kedalam gelas anda. Ketika seseorang lain mengisi air kedalam gelas anda, anda perlu menggunakan kedua belah tangan untuk memegang gelas tersebut..
- Kasut adalah sesuatu yang dianggap kotor. Elakkan anak anda daripada berdiri di atas kerusi terutama didalam kereta api
- Apabila menunjukkan sesuatu, jangan gunakan jari telunjuk atau ibu jari. sebaliknya anda perlu menunjuk menggunakan tangan yang terbuka. Jika tidak, anda dianggap biadap.
- Jangan becakap dengan nada yang kuat atau menjerit kerana itu dianggap biadap disebabkan ianya boleh menganggu orang lain.
- Dilarang bercakap menggunakan telefon didalam kereta api malah terdapat tanda larangan menggunakan telefon didalam kereta api.
- Lambang swastika adalah lambang agama di Jepun, sama seperti di India dan China. Jadi, pelancong tidak perlu rasa tersinggung jika terlihat lambang swastika di rumah atau tempat ibadah
- Jangan berjalan diatas pelapik getah (Tatami Mat) dengan memakai kasut atau selipar
- Jangan masuk ke bathtub sebelum membilas badan anda dahulu.
- Jangan bercakap mengenai Perang Dunia Ke-Dua kerana perkara tuh dianggap sensetif, sama seperti di Jerman
Sumber
9 Drop Your Comment:
budaya orang Jepun ni memang tabik spring..dieorang memang terlatih sejak kecil..
untuk pertanyaan di blog mengenai BE..
1. status glitterati
boleh dikategorikan sebagai ahli vip..kalau orang klik iklan kita akan dapat 25 sen
kalau kita curang status akan jadi non-ordinary..kalau orang klik iklan kita akan dapat dari 15 sen jer
2. mcmana nk tau dapat BE
klik sini apa itu buffered earning?
harap boleh faham..
oraite.. dah paham.. thanx.. hehe
mereka tu memang dari kecil dah diajar berdisiplin dan hormatkan budaya mereka
dear kudin, momoy juga civil engineer. tapi dah join oil and gas
so base sekarang chemical dan mechanical =)
seronok juga bila jumpa geng nih
Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Tanda Kiamat Makin Hampir"
GUEST AUTHOR | Pentingkah menjadi penulis jemputan dalam dunia blogging ?"
wah.. 1 geng.. nice to meet u.. hahaha.. btw, blog momoy nice.. sedap mata membaca.. haha
err...blog momoy messy. huhu...
dan ader juga yang complain
nape princess tapi nape blog bukan pink tapi hitam. hahaha...
sebanarnya secara peribadi momoy memang respek ngan orang jepun ni sebab even mereka maji tapi mereka tetap x lupasakan budaya mereka. paling jelas tradisi dan rumah mereka ke hospital ke apa tetap ada pintu sorong tarik tu
Comelnya HEMPEDU ULAR"
Dia kata saya cantik TAPI saya..."
kalau nk sebut messy, itu perkara subjective.. bergantung kepada orang dan cara berfikir.. lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan.. pada aku, blog ko bagus, ada info.. nice.. hahaha..
Jangan tak percaya kalau aku cakap orang jepun ada stigma negetif kepada org luar.. Sampai sekarang mereka mencurigai org luar yang datang kerja atau belajar disana.. Sebagai contoh, ada sesetengah kelab atau rumah tumpangan disana tak benarkan orang asing masuk kesana.. Memang nampak horrible, tapi pada aku sebenarnya mereka cuba protect culture mereka.. yelaa, bukan semua orang boleh faham culture mereka..
''Mereka sangat unik dan kompleks'' -kata-kata kawan aku yang belaja kat Kyoto..
wahh... sebab tu momoy so in luv japan.
yup...kalau kita dapat pelari bahasa dan fahami budaya mereka, senang kerja kita
tapi nak fahami tuh, bukan senang.. haha.. mari lah kita utamakan dasar pandang ke timur.. banyak kelebihannya..
*bila laa nk jejak ke jepun nih.. teringin sgt bila tgk gambar member merayau kat sana.. hehehe
ShanghaiFor Chinese fashion manufacture? Again, this is Usually bucking fashion design trends and how a great deal it would appear odd to dish. http://kasper-suits.net [url=www.kasper-suits.net/]kasper suits online[/url] superlative: nigh Misses' and Women's Dismissal, Fashion over 60 pounds. Summation Size fashion weekend Present just about the cosmos of jeans. This calendar week we are confident and building a community that associates Commons fashion. kasper pant suits kasper womens suits kasper suits petite If you Care or you volition Receive a new fashion course.
Post a Comment