Monday, February 28, 2011

Meriam Paling Gempak~




























































Kali nih, aku tanak merepek, aku nk tulis pasal sesuatu yang fakta dan bukan auta.. hahaha.. Pernah korg pikir pasal meriam gergasi yang gangster..?? meriam yang kalau tembak kompom kawah besar muncul..?? haaa.. ade duh.. jangan tak caye..


Meriam terbesar yang pernah dibina bernama "Gustav Gun" yang dibina di Essen, German pada 1941 oleh firma  Friedrich Krupp A.G. Adalah menjadi kebiasaan untuk menamakan meriam pada zaman tersebut, maka meriam gergasi nih dinamakan Gustav Gun bersempena nama keluarga Krupp - Gustav Krupp von Bohlen und Halbach (Pemilik firma pembina meriam nih). Pada zaman tersebut meriam nih boleh la dianggap sebagai pemusnah yang agak cilakak dan gangster, dan meriam gergasi nih dibina atas arahan Adolf Hitler untuk mempertahankan kawasan Perancis yang pada time tuh nk kene attack..Krupp merekabentuk satu jalan ketapi untuk membawa meriam gergasi yang seberat 1344 tan dengan laras meriam berdiameter 800 mm (31.5"). Apa yang menariknya, kira-kira 500 crew diperlukan dan di'command oleh seorang Mejer-Jeneral.

Meriam nih ada 2 jenis tembakan.. Yang pertama guna HE (High Explosive) shell dan yang kedua menggunakan
concrete-piercing.. Kalau guna HE Shell, meriam nih akan meninggalkan kesan letupan berbentuk kawah berdiameter 30 kaki lebar dan 30 kaki dalam.. WOW.. Ganas kan..??  Tembakan kedua pulak, berkemampuan tinggi.. Telah terbukti tembakan concrete-piercing nih mampu menembusi ketebalan 264 kaki kebawah tanah sebelum meletup.. Actually tembakan kedua nih lebih kepada untuk memusnahkan kubu bawah tanah laa.. Cuba teka jarak tembakan meriam nih.. Nak taw..?? Jangan tak caya, meriam nih mempunyai jarak tembakan sejauh 23 batu untuk tembakan dengan menggunakan HE Shell, dan 29 batu untuk tembakan menggunakan concrete-piercing.. Kelajuan peluru meriam pun dah cukup gempak.. Setiap peluru akan bergerak selaju 2700 kaki per saat.. Senang cite, korg takkan dengar pun bunyi tembakan dan kompom korg takkan sempat pun nk lari.. hahaha

Ada 3 buah meriam seumpamanya yang ditempah pada 1939. Yang pertama namanya Gustav Gun, yang kedua namanya Dora (bersempena dgn nama bini chief engineer yang bina meriam) dan yang ketiga takde nama pasal tak sempat siap bila British dapat tawan Essen, German.. Menjadi kebiasaan pada time tuh, first weapon akan diberi secara percuma sebagai trial dan weapon kedua akan perlu dibayar.. Meriam bernama Dora adalah berharga 7 Juta Deutsch Marks..!! meriam paling mahal la kot.. hehehe..



Mengikut rekod, meriam digunakan untuk menentang pihak Soviet Union dan dengan meriam nih sebagai punca utama disamping meriam berat lain,
Forts Stalin, Lenin and Maxim Gorki kalah pada masa tuh.. Rekod yang menarik telah dicipta meriam nih bila meriam nih berjaya memusnahkan bilik simpanan senjata Soviet Union yang terletak 100 kaki didalam tanah di Severnaya Bay..

Kegemilangan dan kegangsteran meriam nih berakhir pada 1945 dengan Dora diletupkan engineer jerman untuk mengelakkan di rampas oleh Soviet Union sebab by that time,  Oberlichtnau, Germany hampir ditawan Soviet Union.. Untuk Gustav Gun pulak, meriam nih berjaya dirampas oleh US di Metzendorf, Germany, pada June 1945.. Berakhir la cerita meriam gangster nih.. 


Sekarang cuba jawab, kereta Audi, Mercedes, Opel, Porsche, BMW,  dan Volkswagon,  berasal daripada negara mana..?? Yeah.. German.. Hahahaha..




Credits: Printed in the American Rifleman, February 1998. Page 26. 

2 Drop Your Comment:

Anonymous January 26, 2013 at 7:20 AM  

Nice blog here! Also your site loads up fast!
What web host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
I wish my site loaded up as quickly as yours lol
Also see my page :: transfer news soccer espn

Anonymous February 5, 2013 at 2:55 PM  

You really make it appear so easy with your presentation but I
in finding this matter to be actually something that I feel I would never
understand. It kind of feels too complicated and very vast for me.

I am looking forward in your subsequent publish, I'll try to get the hang of it!
my web page: comprar perfume

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP