Wednesday, August 31, 2011

Fakta Malaysia

  1. Tuanku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pertama kalinya di Padang Pahlawan , Bandar Hilir, Malaka, pada  20 februari, 1956. Maka dengan ini, Malaysia sebenarnya ada 2 tarikh merdeka.
  2.  First time Malaysia melakukan experiment berkaitan dengan national service atau PLKN ialah pada tahun 1962, ketika Malaysia tengah menghadapi konfrantasi dengan Indonesian. Anak muda berumur diantara 21 dan 28 diwajibkan berkhidmat selama 2 tahun..
  3. Lembah bujang yang terletak dikaki gunung Jerai, merupakan lokasi kedudukan kerajaan lama Langkasuka yang berusia 1500 tahun.
  4. ''TUN" adalah darjat paling tinggi di Malaysia, dan hanya 25 pemegang yang masih hidup pada satu satu masa..
  5. Kampung Wang Kelian di Perlis adalah tempat dimana large-scale cave tin-mining dilakukan
  6. Ruang gua terbesar didunia adalah terletak di Sarawak, iaitu di Gunung Mulu National Park, yang mana dengan mudahnya gua tuh boleh accommodate a single Boeing 747-200.
  7. Malaysia dan Qatar berkongsi tempat didunia sebagai kawasan yang mempunyai kadar kematian akibat   respiratory diseases terrendah, iaitu kematian pada kadar 7.5 kematian untuk 100 000 orang
  8. TANJUNG Piai in adalah kawasan paling selatan bagi benua Asia
  9. Di Sabah, terdapat bunga terbesar di dunia iaitu bunga Refflessia
  10. Bendera Malaysia dikibarkan secara rasmi pada Sept 16,1963. Bendera Malaysia direkabentuk oleh seorang arkitek melayu, Mohamed Hamzah, yang berusia 29 tahun ketika itu dimana beliau berkerja di JKR Johor Bharu. 
  11. KUALA Kangsar district office is the site of the last surviving rubber tree from the original batch H. N. Ridley brought from London's Kew Gardens in 1877.
  12. Pada kurun ke 6th century, dokumentasi china menulis, mereka merujuk Kelantan sebagai  "Ho Lan Tan" 
  13. Di Malaysia, terdapat  highway sepanjang 65,877 km. This is more than the Earth's circumference of 40,075 km.. Hebat kan..?? 
  14. Terdapat lebih 60 sub-ethnic groups diSabah dan Sarawak.
  15. BURSA Malaysia, dulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange,
  16. TUN Abdul Razak Hussein and Tun Hussein Onn, merupakan perdana menteri kedua dan ketiga Malaysia, dan mereka adalah pengamal Silat Seni Gayong.
  17. PENANG Free School adalah sekolah tertua di asia tenggara, founded by Rev. Sparke Hutchings pada 1816.
  18. NASI Kandar, makanan istimewa yang dibawa oleh imigran Indian Muslims. Kini nasi kandar terkenal senatero Malaysia dengan rata rata penduduk Malaysia menggemari Nasi Kandar
  19. ONLY 0.85% of 218,004 people in Malaysia use broadband services. dan teman adalah salah seorang daripada mereka.. erk..??
  20. Jangka hayat bagi penduduk Malaysia pada 1957 adalah 55.8 tahun bagi lelaki dan 58.2 bagi wanita, kini telah berubah kepada 71 bagi lelaki dan 74 bagi wanita.. Makmur sungguh Malaysia nih..
  21. MALAYSIA adalah rumah kepada 14,500 species bunga dan pokok, lebih daripada 200 species  mamalia, 600 species burung, 140 species ular dan 60 species cicak.
  22. Waktu di Sabah dan Sarawak telah diubah untuk mengikut waktu standart di Semenanjung Malaysia. ini bertujuan untuk memudahkan perhubungan dan pelaksanaan pembangunan. Detik bersejarah nih berlaku pada 1 jan 1982
  23. SIPADAN Island off Sabah adalah salah satu tempat diving paling hot didunia
  24. MALAYSIA ada 18 perlabuhan: Bintulu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuching, Kudat, Labuan, Lahad Datu, Lumut, Miri, Pasir Gudang, George Town, Port Dickson, Port Kelang, Sandakan, Sibu, Tanjung Berhala, Tanjung Kidurong dan Tawau.
  25. Kota Bharu adalah kawan pendaratan tentera penjajah Jepun ketika World War II in 1941. Dengan hanya menunggang basikal, mereka berjaya menjajah satu semenanjung dalam hanya 45 hari.. 
  26. PENANG'S St. George Church,dibina pada 1818,adalah gereja Anglican paling tua di asia tenggara
  27. Banyak produk antarabangsa dibuat di Malaysia,termasuklah Intel Pentium chips dan Brooks Brother's shirts.
  28. BANK Negara (Malaysia's Central Bank) telah diuruskan oleh 6 orang gabenor semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1959 dan kini gabenor bank negara dipegang oleh Datuk Zeti Akhtar Aziz 
  29. Kumpulan Raihan memegang record best-selling local album, dengan 700,000 unit album Puji-Pujian terjual pada 1996.
  30. Ular King Cobra ter[anjang di dunia yang berukuran  5.54 metres panjang, telah ditangkap hidup hidup di Port Dickson pada April 1937 tetapi kemudia membesar kepada 5.71 metres di London Zoo.
  31. Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan terpanjang di Asia iaitu sepanjang 13.7km
  32. Dr, Mani Jegathesan rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas kejohanan sukan Asia (Asian Games) pada 1962 di Jakarta
  33. Lapangan terbang Sungai Besi adalah lapangan terbang pertama Malaysia
  34. KELANTAN holds the record for the largest number of flood evacuees : 33,000 in 1982..
  35. Kok Shoo Yin yang berumur 19 tahun adalah rakyat pertama menjadi rakyat Malaysia dimana beliau memperoleh dokumen pengesahan kerakyatan pada Nov 14 1957
  36. Menara jam Sultan Abdul Samad berusia lebih 108 years.

Monday, August 29, 2011

Perkara Wajib Di Pagi Raya Aidilfitri


1.       Bertakbir
Bertakbir pada 1 syawal adalah amalan yang disyariatkan. Apalagi, jangan lupa bertakbir okeh..?? Sesekali je pun, jangan la berkira sangat tenaga anda tuh..

2.       Mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin muslimat
Greeting sesame manusia beragama islam adalah perkara yang bagus.. Biasanya orang akan cakap ‘’Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin’’.. Tapi kalau nak diikutkan, adalah lagi bagus kalau anda boleh meniru para sahabat rasullullah.. ‘’Apabila para sahabat rasullullah bertemu dihari raya, sebahagian mereka akan mengucapkan kepada mereka yang lain, -taqabbalullah minma waminka, yang bermaksud semoga allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

3.       Mandi pagi hari raya
Yang nih memang wajib.. Kalau sesapa yang tak mandi tuh, anda patut bermusahabah diri.. Kalau anda ingat bau peluh anda tuh sewangi ros mekar mewangi, anda memang silap.. Jadi, sila bertamadun sikit, jangan mengundang gangguan kepada manusia lain hanya disebabkan sikap anda yang tak suka mandi pagi atas alasan air sejuk..

4.       Makan sebelum solat hari raya
Ramai yang tak tau, sebenarnya adalah disunatkan menjamah makanan sebelum berangkat untuk menunaikan solat aidilfitri. Kebiasaannya rasulullah akan menjamah kurma dalam jumlah ganjil pada pagi hari raya. Hadis riwayat Bikhari, Anas bin Malik r.a berkata, ‘’Rasulullah s.a.w tidak akan ke tempat solat pada pagi hari raya sebelum memakan beberapa biji kurma’’

5.       Memakai pakaian yang cantik
Haaa.. Time nih la nak melaram dengan baju baru yang cantik dan menarik kau memang debom.. Tapi jangan berlebih lebihan pulak, sesungguhnya islam tidak mengalakkan pembaziran..  Kalau sampai 15 pasang baju anda beli, baik anda Tanya diri anda, anda ada masalah ke..?? hehehe

6.       Solat hari raya
Yang nih memang tak patut dilupakan.. Kalau anda boleh terlupa, anda sememangnya dalam masalah besar yang perlu diatasi.. Mana mungkin orang boleh lupa solat aidilfitri melainkan orang tuh buat buat lupa..  Sesudah solat tuh, adalah bagus kalau anda boleh tunggu kejap, dengar khutbah yang disampaikan free of charge..

7.       Kunjung mengunjugi
Kunjung mengunjung adalah amalan mulia, selain dapat merapatkan silaturahim, kunjung mengunjugi dapat member peluang kepada mereka yang dah lama tak berjumpa untuk berjumpa kembali. Disamping itu kanak kanak riang turut berpeluang untuk meningkatkan koleksi duit raya yang mereka peroleh sepanjang hari raya. Manakala untuk orang bujang, ini la masa nak usha sepupu sepapat yang cun dan masih available.. Mana tau ada yang sangkut.. Sesungguhnya jodoh itu dalam tangannya.. hehe

8.       Bersedekah
Memberi kanak kanak riang duit raya jugak dikategorikan sebagai sedekah.. Tapi adalah lagi bagus kalau dapat disedekahkan duit untuk membantu orang yang didalam kesusahan atau mungkin bersedekah kat masjid.. Dapat pahala bro..

9.       Zakat
Zakat adalah perkara paling best.. Zakat adalah diwajibkan kepada mereka yang cukup syarat.. Apa syarat dia? Heh, yang tuh cari la sendiri.. Kalau anda menepati syarat tuh, sila la jangan abaikan zakat fitrah okeh..?? Dan sebelum terlupa, sila bayar zakat fitrah sebelum solat aidilfitri.. Kalau tak sempat, sendiri mau ingat laaa… hahaha..

Selamat Hari Raya~

Dengan ini, teman mewakili bini teman, Jenifer Aniston Binti Abdullah, dan 4 orang anak kami yang comel, ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai reader sekalian. Diharap pada bulan baik nih, dimaafkan segala dosa teman pada kalian, kalau ada tersilap kata, terlepas cakap sampai terguris hati kalian tuh,  harap jangan disimpan dalam hati.. Adat la, teman cuma manusia biasa, kadang kadang terlepas cakap..  Kosong kosong okeh..?? 

Kepada yang belum atau mungkin akan berangkat ke kampong halaman sebentar lagi, pandu la dengan berhati hati, ingatlah tok nenek, ayah ibu dan sedara mara yang disayang tuh.. Syawal bulan mulia, sepatutnya disambut dengan kegembiraan, bukan kedukaan..  

Assalamualaikum..

p/s: Sebenarnya, semenjak seminggu setengah yang lalu, teman tak online pun.. Semua entry nih adalah schedule entry.. Jadi, teman mintak maap le, nanti bila teman online, teman singgah blog anda okeh..?? Sekarang nih, agak bizi sikit.. Biasa la, nak raya kan..?? hahaha.. Cuma kalau bole, tinggal la jejak, senang sikit teman nak ambush anda.. ^^ 

Sunday, August 28, 2011

Peringatan Sebelum Balik Ke Kampung

Periksa kenderaan anda, pastikan semua jenis lampu pada kenderaan anda dalam keadaan baik.. Kalau ada yang dalam keadaan tak baik tuh, baik baik kan dia.. Untuk kesenangan anda jugak..
Periksa insuran, roadtax kereta anda.. Musim raya nih, speedtrap memang selalu ada, jadi memang menyakitkan kalau anda kene speedtrap dan dalam masa sama anda takde roadtax.. Double saman tuh beb..

Periksa tayar, kalau bunga cun, jalan je laa.. Kalau dah botak tuh, baik anda pikir 14 kali untuk meneruskan perjalanan.. Bukan apa, takut masalah tengah jalan nanti..

Rancang perjalanan anda.. Seeloknya, ikutla schedule yang dah dirangka oleh pihak PLUS.. Bukan hapa, schedule tuh sebenarnya untuk mengelakkan kesesakan jalan raya..

Jangan bawak barang banyak sangat.. Berat berlebihan boleh menyebabkan momentum kenderaan meningkat dimana momentum yang terlalu tinggi akan menyukarkan kenderaan berhenti.. Mungkin kelihatan macam tak penting, tapi ini fakta..

Kalau anda letih, lebih baik anda rileks dulu.. jangan rushing.. Tak lari kampong tuh dikejar.. So, jangan risau okeh..?? Kalau ada pemandu kedua, itu lagi bagus.. At least ada teman berbual..

Adalah digalakkan untuk anda menggunakan smart tag, atau touch n go.. Bendealah nih memudahkan anda dimana anda tak payah nak beratur amik tiket atau bayar duit..

Sediakan wang mencukupi sebab pihak tol sememangnya tak menerima kredit kad.. Sekalipun kad anda adalah daripada jenis Gold Class, nyata sekali ianya tak berguna..
Tinggalkan rumah dengan dikunci sepenuhnya.. Nih bertujuan untuk mengelakkan rumah anda diceroboh ketika ketiadaan anda.. Pencurik dan penyamun tak mengambil cuti sempena hari raya.. Dan lagi satu, sila jangan tulis ‘’Tuan Rumah Pulang Bercuti’’ dan digantung kat depan gate kerana ianya ibarat tiket masuk wayang bagi pencurik..  Pencurik sememangnya mencari rumah yang kosong untuk dikerjakan.. Kalau anda kurang bijak, anda tulis je ‘Rumah Orang Tua’’, lalu digantung kat pagar depan.. Yang nyatanya, pencurik takkan cuba mencurik kerana beranggapan rumah tuh rumah orang tua..

Jangan lupa tanggalkan dan matikan segala punca eletrik.. Kebanyakan kes kebakaran rumah adalah berpunca daripada litar pintas.. Tapi awas, jangan tutup soket oksigen akuarium ikan anda, melainkan anda nak tengok ikan anda yang mahal tuh terbujur kaku pabila anda pulang nanti..

Bagitau jiran jiran sebelah menyebelah yang tak balik beraya supaya mengusha ushakan rumah anda ketika ketiadaan anda.. Dan tinggalkan nombor telefon sekali.. Mana tau ada emergensi, nanti boleh la beliau call anda..

Selain bagitau jiran anda, lagi bagus anda gtau abang polis.. Teman dapat tau, semua cuti abang dan kakak polis dibekukan bagi menjaga ketenteraman awam.. Betapa mereka berkorban demi anda.. Solute sikit..!!

Periksa barang anda.. Pastikan barang keperluan anda dibawak bersama.. nanti kalau tertinggal, kan satu hal lagi nak pusing balik nak ngambik bende alah tuh.. Ubat ubatan, jangan lupa bawak.. Bukan hapa, takut klinik kat kampong anda tuh tutup.. Ye laa, dia pun nak balik raya gak..

Duit raya, sila sediakan awal awal.. nanti senang pabila anda dikerumuni kanak kanak riang yang menagih duit raya..  Kalau bapak budak yang menagih duit raya, dipersilakan anda untuk kasi penerajang sulung kepada beliau.. Jangan malu malu..

Yang terakhir, pandu cermat jiwa selamat.. Walaupun kereta anda ada turbocharger yang digabung bersama intercooler yang membolehkan anda memcut 0-100 dalam 10 saat, tapi itu tak bermakna anda bebas menekan pedal minyak anda.. Ingatlah orang tersayang.. Hari raya untuk bergembira, bukan berduka..

Saturday, August 20, 2011

Hilang dan Ramadan

Perkataan hilang dan Bulan Ramdan adalah sangat sinonim.. Banyak kehilangan berlaku pada bulan yang mulia nih.. nak tau hapa yang hilang..?? Baca bawah nih..

Hilang nyawa
Yang nih, tak cakap pun anda tau kan..?? Menjelang raya je, atau lebih tepat lagi hujung bulan ramadan, mesti peningkatan statistik kematian jalanraya akan berlaku.. Ingat der.. Bawak keta slow slow.. Ingat la tuhan, mak, abah, bini, anak, awek kampung, jiran sebelah dan semua yang tersayang.. Pandu cermat jiwa selamat..

Hilang jari
Masuk minggu nih dah berapa ramai hilang jari..?? Sori la, teman tak terkira.. Apasal hilang jari..?? Pasal hapa lagi, mercun punya pasal.. Nasib baik tahun nih takde yang hilang nyawa lagi.. Telinga teman nih dah naik tepu dengar bunyik mercun.. Kalau ikut teman, nak aje teman ikat seko seko, hanto ke Palestin sana.. Kat sana, tak payah main mercun.. Main bom betul jee.. 

Hilang berat badan
Ramai yang hilang berat badan sama ada sedar atau tak.. Teman hilang sekilo.. Jadi berat semasa teman ialah 56kg aje.. WOW.. Ringan kan..?? Teman memang gini, makan banyak ke, sikit ke, tetap kering.. Tak tau hapa masalahnya.. Erh, anda hilang berapa kilo..?? 10..?? 20..?? hehehe..

Hilang selipar
Yang nih perkara biasa.. Tak ramadan pun boleh hilang gak.. Semalam ada selipar budak hilang.. tak tau la dia salah letak ke, memang kene rembat ke.. tapi yang dia kata, selipar dia hilang.. Wallahualam..

Hilang akal
Hilang akal bila pegi sale raya segala bagai.. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli.. Habis semua dia nak borong.. Bak kata orang, bia pape asal bergaya.. Nanti dah habis duit, baru la nak datang akal tuh.. Mula la menebeng muka, buat tak tau malu pinjam dengan mak bapak.. Haiz.. Itu belum ungkit pasal bazaar ramadan lagi..


Hilang moto
Yang nih memang menimbulkan kemarahan.. Semalam, tatkala orang sibuk terawih, ada pulak malaun penyangak mengambil kesempatan merembat moto milik makmum.. Dah la mencurik, dalam masjid pulak tuh.. Ditambah perencah, dia buat didalam bulan ramadan.. Memang triple penerajang patut dihulurkan kepada dia.. Disini, teman nak ingatkan kalian semua supaya lock moto atau kereta anda.. Penyamun bukan dia kira terawih ke hapa.. janji dia dapat duit.. Tarak guna punya manusia.. Kalau anda baik hati, adalah digalakkan supaya anda mendoakan supaya mangkuk hayun nih dapat hidayah untuk kembalikan moto brader masjid tuh.. kesian dia..

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP