Sepanjang 3 tahun teman belajar diploma, meniru dan ditiru umpama asam garam student.. Tanpanya, maka tak berwarnalah alam peperiksaan, alam ujian dan alam quiz.. Ibarat irama dan lagu, pabila dipisah, bosan jadiknya.. Kali nih teman buat entry untuk revealkan cara student meniru.. Kepada bakal guru, sila ambil perhatian.. Kalau student anda buat gini, anda paham paham je laa.. hahaha..
Penafian: Meniru tuh tak bagus untuk kesihatan.. Sila baca entry nih dengan niat yang baik..
1. Poket doremon
Boleh kata cara paling best untuk digunakan.. Malangnya nota tuh agak limited.. Nota kecik akan disimpan didalam poket.. Lalu menyebabkan poket tuh dikenali sebagai poket doremon.. hahaha.. Biasanya hanya subjek berkaitan ilmu kira-kira je yang sesuai untuk menggunakan teknik nih..
2. Mata power
Yang nih memerlukan kerjasama member.. Caranya, masa ujian, silalah duduk sebelah member yang pandai tahap cipan.. Bila anda tak tau jawapan, tanya la dia.. Nanti mesti dia angkat kertas jawapan dia sambil memberikan anda peluang utk tgk..
3. Meja ajaib
Teknik kegemaran teman.. Cara paling sempoi dan munasabah.. Sama ada anda tulis segala fakta atas permukaan meja atau anda taruk je buku kat laci meja tuh.. Pandai pandai hidup laa.. Tak pandai cover, paham paham laa.. Alaa, kene repeat je pun..
4. Tulisan halimunan
Cara nih, hanya sorang mamat bernama Azlan Bin Obet je yang guna.. Macam mana..?? Dia poie tulis segala jenis formula kat atas kalkulator yang berwarna hitam.. Jika dipandang dari jauh, anda takkan nampak tulisan tuh.. Cara yang selamat tapi menjadi sangat disaster jika tiba-tiba lec nak pinjam kalkulator anda..
5. Toilet pintar
Cara budak sekolah.. Tak uptodate sgt.. Dengan meninggalkan sebijik buku didalam toilet, maka anda bebas untuk carik jawapan untuk soalan yang anda tak tau tanpa masalah.. Tapi awas.. Kalau anda poie ke tandas sampai 14 kali untuk 1 jam, makanya anda akan menarik perhatian encik pengawas untuk membuat serbuan ke tandas.. Maka, berhati hati lah..
6. Surat layang
Posto tak bertauliah akan menjalankan tugasan nih.. Satu kertas kecik yang dikoyak daripada A4 paper, akan ditulis soalan.. Lalu di berikan kepada sorg member yang pintar dan baik hati.. Nanti dia akan jawap soalan tuh.. Biasanya, kertas jawapan tuh akan melayang seantero kelas.. Tu pasal kadang kadang satu kelas tulis jawapan sama, padahal jawapan tu salah.. Ketara sgt menirunya.. hahaha
7. A4 size
Nih pun cara kegemaran teman.. Sebelum masuk ujian,tulis satu note penuh. lengkap dengan graph dan segala bagai maklumat yang patut dimasukkan untuk subjek ujian tuh.. Kertas A4 yang penuh dengan maklumat tuh, akan diselitkan dibawah kertas untuk menjawab ujian.. Bila perlu, selak la kertas tuh.. Sila gunakan kertas yang ''agak'' sama dengan warna kertas menjawab ujian anda.. Malangnya, jika anda guna kertas yang mempunyai warna yang ''sgt'' berbeza, memang anda carik nahas sebenarnya.. Kalau anda perasan, kadang kadang, lec suka bagi soalan ujian dengan kertas berwarna, dan anda perlu tulis jawapan di kertas itu.. Kenapa..?? Sebab sebenarnya lec pun dah tau taktik nih.. Lec pun student gak dulu..
8. Bahasa isyarat
Isyarat biasa digunakan untuk mendapatkan jawapan.. Cara nih hanya sesuai jika soalan yang dikemukakan ialah soalan objektif.. Kalau anda pikir anda nak pakai cara nih untuk soalan subjektif, maka anda akan dikategorikan sebagai student noob.. Kebiasaannya mereka akan menggunakan isyarat seperti batuk, isyarat tangan atau ketukan meja.. Awas..!! Jangan sesekali menggunakan bunyi sendawa atau kentut sebagai pengantara bahasa isyarat, melainkan anda bersedia untuk mnerima terajang dibahagian abdomen..
9. Bisikan nurani
Nih biasanya orang guna kalau emergensi seperti masa menjawab dah nak tamat atau time pengawas nak kutip kertas jawapan.. Time tuh kompom semua kalut, dan bising.. Itu lah masanya student akan bercakap secara berbisik, untuk bertanya jawapan.. Bisikan nurani tak sesuai untuk student yang suaranya garau macam ramli sarip kerana bisikan nurani tersebut akan menjadi ''lolongan nurani'' dan seterusnya menyebab student tuh kantoi..
10. Teknologi
Yang nih, dikalangan member teman, cara nih dipelopori oleh sorang mamat bernama Arif Aziz.. Disebabkan kamera henpon dia boleh dikategorikan sebagai power, maka beliau akan mengambil gambar buku nota dan disimpan didalam henponnya.. Kalau anda nampak member anda pegang henpon kat bawah meja sambil menjawab soalan, anda perlu paham, beliau sedang konsentrasi menjawab soalan beliau dengan bantuan teknologi.. Jangan lupa silentkan henpon anda.. Kalau tak, anda memang menempah bala..
Harap harap lec tak kejam sgt sampai suruh student buat mcm gambar nih.. hahaha
Adios.. Assalamualaikum..