Islam dan bola sepak
Anda percaya tak, sebenarnya ramai pemain bola sepak gred A didunia nih beragama islam..?? Phuii.. Ramai der.. Berikut antara pemain gred A yang beragama islam yang dapat teman senaraikan.. Ada banyak lagi, tapi tak daya nak tulis semua.. Kalau ada yang tertinggal tuh, kira halal laa.. Mana mana player yang tak kenal tuh, sila la tanya pakcik Google.. Insyallah beliau akan menjawab soalan anda tuh..
- Karim Benzema ( Perancis, Real Madrid)
- Mesut Ozil (Jerman, Real Madrid)
- Sami Khedira ( Jerman, Real Madrid)
- Serdar Tasci (Jerman, Stuttgart)
- Samir Nasri (Perancis, Arsenal)
- Bakari Sagna (Perancis, Arsenal) -Dia nih sepupu Ibrahima Sonko, pemain Portsmouth
- Rami Shaaban (Sweden, Arsenal)
- Nacer Barazite (Belanda, Arsenal)
- El-Hadji Diouf (Senegal, Rangers)
- Khalid Boulahrouz (Belanda, Stuttgart/Sevilla)
- Halil Altintop (Turki, Bayern Munich)
- Seydou Keita (Mali, Barcelona) -Dia nih anak sedara Salif Keita
- Ibrahima Sonko (Senegal, Portsmouth)-Dia nih sepupu Bacary Sagna, pemain Arsenal
Ada lagi.. Contohnya, Hatem Ben Arfa yang main utk kelab Marsille, Armand Traore yang merupakan pemain kelab Arsenal tetapi dipinjamkan ke Juventus, Lassana Diara, adik beradik Toure (Kolo, Yaya dan Ibrahim Toure), Nicholas Anelka, Eric Abidal, Frederick Kanoute dan ramai lagi.. Itu baru sikit.. Tak masuk yang dah bersara macam Zinedine Yazid Zidane, Salif Keita dan lain lain.. Sebenarnya, ramai lagi pemain gred A yang beragama islam tapi anda tak tau. Malah dikatakan jugak sebenarnya Thiery Henry jugak beragama islam.. Tentang Henry nih teman tak tau kebenaran dia.. Kalau betul, alhamdulillah.. Selain daripada tuh.. Kelab Man City, ada ramai player islam.. mereka ialah, Edin Dzeko, Abdisalam Ibrahim, Mohammed Abu, Abdul Razak, Karim Rekik.
Anda perasan tak..?? Ramai player semasa dan bekas player Arsenal adalah beragama islam.. Contohnya, Kolo, Lassana Diara, Thiery Henry, Samir Nasri, Bakary Sagna, Rami Shaaban, dan Nacer Barazite.. Teman percaya, mesti ada lagi yang tak reveal lagi.. Player arsenal bukan sikit.. Okeh, teman ngaku, teman fan berani mati Arsenal, dulu kini dan selamanya.. MUAAHAHAHA..
Dalam ramai ramai pemain gred A tuh, antara yang menarik perhatian ialah kisah pengislaman Franck Ribery. Pada asalnya, ramai tak tau dia beragama islam sampailah menjelang game Piala Dunia 2006 kat Jerman antara pasukan Perancis dan Switzerland. Time game nak start, tanpa ragu dan kesal, beliau tadah tangan dan baca doa.. Lepas tuh, perihal agama beliau menjadi bualan.. Sampaikan satu hari tuh, majalah L’Express menyiarkan berita bahawa ada seorang pemain kebangsaan Perancis beratur untuk beribadah dimasjid dan orang tuh ialah Franck Ribery..
Franck Ribery berminat dan join islam masa dia main untuk kelab Galatasaray, Turki pada tahun 2005 yang mana pada time tuh beliau jatuh chenta dengan awek merangkap bini beliau, Wahiba Belhami yang berketurunan Maghribi. Ini antara factor kenapa dia peluk Islam.. Pernah ditanya pada beliau tentang agama baru dia iaitu islam, dan dia jawab, ‘’Islam adalah sumber kekuatan saya didalam dan diluar padang’’.. Kewl habis.. (-kisah nih ada dalam buku Akhirnya Ku Temui Cinta-Mu)
Kebanyakan kisah pengislaman pemain bola nih, teman dapat daripada buku keluaran Utusan Karya Sdn Bhd bertajuk ‘’Akhirnya Ku Temui Cinta-Mu’’ dan ada sedikit pencarian yang teman buat sendiri.. Moh le beli buku nih, murah je, RM12.90.. Takkan tiket wayang Transfomer boleh beli, buku nih tak bole pulak kan..?? Sama je harga kot.. hahaha.. Kat Minerva Jalan TAR ada jual, tapi agak limited.. First come first serve.. Selain kisah pemain bola tuh, ada beberapa tokoh lain yang turut memeluk islam ada dikisahkan dalam buku tuh.. Selamat membeli dan membaca..
-Selamat Berpuasa-