Assalamualaikum... Apa kabo anda..??? harap sehat sejahtera dibawah lindungannya.. Dah lama teman tak nulis, blog sama skil menulis pun dah karat habis.. Last post ialah pada bulan satu.. Cool kan..?? Nak buat macam mana, bergelar seorang jurutera memang memeritkan.. Sumpah teman kabo, cukup 3 tahun, teman nk kje sendiri.. Payah seh nak keje bawah orang.. Semua nak A.. haiz..
Persetankan kata kata aluan teman tadi.. Mai fokus pada perenggan seterusnya nih.. Actually teman nak 'sound' sikit 'sesetengah' blogger yang agak lancang dalam menaip.. Dalam beberapa bulan nih, teman nengok, ada blogger yang begitu lancang menaip.. Kalau setakat sindir sindir manis tuh, tadahal laa.. nih siap sebut nama.. Tak cukup nama, gambo pun nak dipostnya.. Haiii... Lancang tatkala menaip...Tak bole kawal..?? Bukan apa, suka untuk teman ingatkan, kita orang timur, penuh adap sopan.. Jadi teman agak tak gemar bila membaca gaya penulisan yang extreme, tak pedulik hati orang lain, tak pedulik kesan jangka masa panjang atau pendek.. Dikatanya si fulan bin fulan begini begitu, si fulanah binti fulan macm ni macm tu.. Teman nak jugak tanya, bayangkan kalau s penulis yang dikatakan sebegitu, sebegini, agak agak dia marah tak..?? Kalau betul sekalipun, perlukah dihebahkan..?? Mak teman cakap, kalau taknak kene terajang, jangan terajang orang lain.. Tuhan maha adil, sekarang Dia suka kasi CASH..
Teman bukan merungut, jauh sekali mengeji, cuma niat teman nak saling ingat menginagti sesama blogger sekalian.. Marilah mengamalkan adat ketimuran... jaga bahasa, jaga maruah.. Untuk yang muslim tuh, diharap dapat ingat kat tuhan.. Malaikat kiri kanan tak pernah berhenti ''menaip''.. Tak takut ke kalau ''buku kiri'' tuh penuh..?? Tak gentar ke kalau ''buku kanan'' tu tipis..?? Renung renungkan...
Wallahualam.. Yang buruk dari diri teman, yag baik semuanya daripada dia.. Assalamualaikum,
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
: : Mendulang paku kayu serpih, mengata orang dia yang lebih. : :