Monday, July 4, 2011

13 Vs 11 = 11 menang

Malaysia melayakkan diri untuk beraksi di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun ditapau 2-3 oleh bangau aka Taiwan.. Gol Malaysia dijaring oleh Safiq Rahim dan Zakuan dimana gol mereka ternyata ''JANTAN'' dan tidak memerlukan belas ihsan pengadil, manakala gol taiwan diperoleh oleh player Taiwan yang sememangnya teman tak kenal dan tak perlu kenal..

Malaysia mendahului dengan Zakuan merembat bola masuk hasil sepakan percuma dari jarak sederhana jauh sebelum Taiwan merapatkan jurang gol dengan jaringan kepten dia yang tak beberapa nak kacak tuh (sempat ngutuk tuh.. hahaha).. Selang beberapa ketika, Safiq Rahim pulak mencipta nama sebagai penjaring apabila beliau dengan selambernya menyumbat gol kedua Malaysia untuk Malaysia mendahului 2-1.. Hanya pada minit terakhir sebelum babak pertama tamat, Taiwan memperoleh panalti selepas Mahali ''tersengaja'' menjatuhkan pemain taiwan didalam kotak panalti.. Hasil panalti tersebut, Taiwan berjaya mengikat kedudukan kepada  2-2 dengan agregate 4-3..

Bermula babak kedua, segalanya seakan tidak menjadi buat Harimau Malaya apabila SEGALA BENTESAN dan SENTUHAN menjadi faul.. Senang cerita, player taiwan tak boleh disentuh.. Didalam babak kedua, berlaku adegan '''tarik menarik'' dan tiarap meniarap (hanya player taiwan tertiarap) dalam kotak panalti antara Fadli Shas dan player Taiwan.. Berhubung insiden itu, pengadil menghadiahkan Taiwan panalti sebijik, dan itu dibantah oleh Fadli Shas.. Akibat bantahan tuh, Fadli Shas dilayangkan kad kuning.. Takda warning, terus kad.. Stail ref vietnam nih sebijik macam Ben William.. Yang teman hairan tuh, pehal dia tak kasi kad merah terus.. Kasi je la kad merah, senang sikit kami rakyat Malaysia nak hentam anda.. Okeh, sambung story.. Panalti tuh bagaimanapun gagal disempurnakan apabila Sharbinie menunjukkan skil rahsia dia dengan menafikan sepakan player taiwan tuh.. Keputusan kekal, 2-2 dengan agregate masih memihak kepada Malaysia, 4-3 dan dalam masa sama Malaysia masih memegang kelebihan gol ditempat lawan..

Seakan tidak berpuas hati dengan kegagalan panalti tadi, Taiwan terus mengasak ''mencari'' panalti  gol dan hasilnya, mereka berjaya memperoleh satu lagi panalti, kali nih disebabkan oleh Sharbinie menjatuhkan player Taiwan dalam kotak panalti. Taiwan tidak mensia siakan peluang, mereka berjaya mencuri sebijik lagi gol..  Selepas gol ketiga Taiwan, tiada lagi gol dicatatkan melainkan beberapa insiden seperti layangan kad kuning kepada kedua belah pihak.. Kira kira pada minit ke 80, Malaysia berpeluang menambah jaringan apabila Fakhri Saarani yang membuat larian solo dijatuhkan didalam kotak panalti, MALANGNYA, reffree Vo Minh Tri tak nampak atau mungkin beliau buat buat tak nampak.. Lalu game diteruskan seperti biasa.. Keputusan kekal, Malaysia 2-3 Taiwan, dengan agregate 4-4 tetapi Malaysia diistihar sebagai pemenang dengan penentuan kelebihan jaringan ditempat lawan..

Malaysia        Vs        Taiwan
2(2)      Jaringan     3(1)
4        Agregate       4
Malaysia menang dengan kiraan jaringan gol ditempat lawan


Selepas nih, Harimau Malaya akan bertemu skuad Singa dari tembok seberang.. Skuad Singa nih bukan sebarangan, seandainya Harimau Malaya masih dalam mood ''lemau'' lagi, memang bungkus le jawabnya.. Walaubagaimanapun, teman optimis Harimau Malaya mampu menumbangkan Skuad Singa yang rata ratanya dibarisi ''non-origin'' player.. Kalau Lubnan pun mampu ditewaskan oleh pasukan Olimpik Malaysia, insyaallah  tak mustahil Singapura pulak akan ditumbangkan oleh  Harimau Malaya.. Jadual perlawanan adalah seperti berikut..

-23hb Julai, Malaysia Vs Singapore. Venue: Singapore-
-29hb Julai, Malaysia Vs Singapore. Venue : Bukit Jalil- 

Teman menahan perut nak membuang air masa tgk bola tadi.. 
Tapi demi Malaysia, sanggup teman tahan.. hahaah

About This Blog

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP